Feb 25, 2015

Tips Menjaga Tudung

Assalamualaikum..
Okay. Kali ni I nak bagi tips sikit macam mana nak jaga tudung dengan baik. 
Nak-nak kalau pakai tudung yang kita sayang or susah nak beli seperti Fareeda ke Aidijuma ke Sincerelybyyours ke dan lain-lain yang tidak dinyatakan.
So, just scroll down dan baca sepenuh hati ye (^.^)

  1. Kalau mampu, pakailah kerongsang macam Ozel or Zhulian or buatan emas. Sebab? Pinnya tajam dan taklah tudung kita tertarik benang. Macam I, pakai je yang murah-murah sebab kerongsang I senang hilang dan cepat bosan kalau pakai kerongsang jenis yang sama setiap hari.
  2. Cuci tudung guna tangan dan bukan mesin. Tapi, untuk orang macam I yang jenis tangan sensitif dan alahan dengan sabun pencuci, I pakai laundry net je. Beli kat mana-mana kedai pun boleh. Yang I tunjuk ni adalah yang I beli kat Daiso sebab ada secure lock pada zip.

  1. Letak manik kecil pada kerongsang seperti dalam gambar di bawah untuk kurangkan benang tertarik. Yelah, orang macam I ni ganas bila pakai tudung. Tau-tau bila balik, berlubang besar or tertarik benang. Sedih (T.T).  Manik kecil tersebut hendaklah mengikut saiz pin. Karang beli besar, tak menjadi pin tudung.


  1. Dan tips yang terakhir, kalau berlubang, gosok dengan duit syiling pada lubang tersebut. Gosok dengan PERLAHAN dan jangan lupa untuk TERBALIKKAN tudung bila tenyeh tu. Nanti tak pasal-pasal hilang warna atau corak tu. Gosok je dengan lembut. Jangan ganas-ganas yer~


So, diharapkan agar 4 tips ni berguna untuk readers dalam ni.
Good Luck!



Kehidupan Sebagai Suri Rumah Sementara

Assalamualaikum..
Sihat ka? Hehe..
Alasan yang sama tapi kali ni dikira ambil mood nak update blog.
Bila dikira dan dihitung, sebulan secara rasmi memegang jawatan Suri Rumah Sementara. 
Jawatan yang nampak ringan tapi berat sebenarnya.

Hmm.. pada tahun lepas bila jawapan muktamad untuk bercuti tanpa gaji selama 2 tahun ni, soalan yang pertama orang tanya adalah: "nanti cuti panjang nak buat apa?"
Memang mencabar nak jawab soalan tu.
Dulu, bila orang dok tanya "kenapa tak ikut je laki ke UK? tak payahlah kerja", I hanya menjawab tak apalah sebab okay je kot macam ni dok berjauhan. 
So, memang dok jauh nak kena naik flight berjam-jam tu memang tak ok. Tak OK.
Hati dan emosi terduga.
La ni dah dapat kembali ke pangkuan suami *ececece~* soalan lain pulak.
I pun jawab jela belum tau lagi. 
Padahal plan banyak dah. Hehe..

Orang lain itu suggest soh la kerja or buat charity kat UK nanti.
Kerja? Not eligible for working sebab Visa status bukan untuk itu.
Tak nak buat illegal sebab selalu sangat tengok cerita UK Borders kat TV sini yang selalu tangkap pekerja haram.
Ye. Tak nak masuk TV UK mahu pun dihantar pulang ke negara asal buat sementra ni.
Siapa rela nak tinggal berjauhan dengan suami lagi selepas setahun 3 bulan berstatuskan Perkahwinan Jarak Jauh.
Dan Encik Suami pun dah berjanji *bukanlah berjanji sangat pun..* in the middle of weekdays dia akan bawa berjalan-jalan or spend time with me at home 



Sabtu Ahad tak dikira sebab dia ada je di rumah but sometimes dia keluar ke lab atau gi siram pokok di botanical grounds.




Well, harapnya bukan setiap minggulah ye, Encik Suami.. :p


My ultimate planning adalah berkarya dan berkraflah sampai I puas.
Masa belajar dulu sempat sikit je.
Bila dah kerja, lagi sibuk.
La ni... rezeki bercuti panjang termakbul...
Alhamdulillah~




Baru dapat start sikit demi sedikit.


Lagi? Tolong suami jaga pokok kat rumah.
Haish! bolehlah juga setakat petik pokok mint buat air bolehlah.
Sambil tu jenguk-jenguk tingkap sebab sebelah rumah I ni hotel.
Ye. Orang keluar masuk hotel dan cleaning the rooms bila depa dah check out.
Interesting. Ngeee~

Then, hang out with my husband's friends dan juga merangkap anak kepada kawan ibu I.
Kebetulan juga secara tak sengaja rupanya dia anak kepada kawan ibu.
Kecil kan dunia ni?
They're all nice and warmth to get along our journey in UK.
*doakan lelaki-lelaki ini berjaya dapat title bila dah habis kelak. And my husband too*





*maaf Puan Nad, I terpaksa lupakan Zaheen kerana adanya Naurah :p*


Dan.. yang paling penting, perjanjian I dengan suami untuk pandai memasak, mengemas rumah, menghias rumah serta jaga makan minum suami.
Lebih kurang begitulah list nye.

So, refleksi untuk selepas sebulan tukar status ni, well, not bad at all.
Even though before this I had in mind that it will be tough for a working wife like me, to be a fulltime housewife.
Not bad at all. Really. I mean it.