Showing posts with label My Posession. Show all posts
Showing posts with label My Posession. Show all posts

Feb 25, 2015

Kehidupan Sebagai Suri Rumah Sementara

Assalamualaikum..
Sihat ka? Hehe..
Alasan yang sama tapi kali ni dikira ambil mood nak update blog.
Bila dikira dan dihitung, sebulan secara rasmi memegang jawatan Suri Rumah Sementara. 
Jawatan yang nampak ringan tapi berat sebenarnya.

Hmm.. pada tahun lepas bila jawapan muktamad untuk bercuti tanpa gaji selama 2 tahun ni, soalan yang pertama orang tanya adalah: "nanti cuti panjang nak buat apa?"
Memang mencabar nak jawab soalan tu.
Dulu, bila orang dok tanya "kenapa tak ikut je laki ke UK? tak payahlah kerja", I hanya menjawab tak apalah sebab okay je kot macam ni dok berjauhan. 
So, memang dok jauh nak kena naik flight berjam-jam tu memang tak ok. Tak OK.
Hati dan emosi terduga.
La ni dah dapat kembali ke pangkuan suami *ececece~* soalan lain pulak.
I pun jawab jela belum tau lagi. 
Padahal plan banyak dah. Hehe..

Orang lain itu suggest soh la kerja or buat charity kat UK nanti.
Kerja? Not eligible for working sebab Visa status bukan untuk itu.
Tak nak buat illegal sebab selalu sangat tengok cerita UK Borders kat TV sini yang selalu tangkap pekerja haram.
Ye. Tak nak masuk TV UK mahu pun dihantar pulang ke negara asal buat sementra ni.
Siapa rela nak tinggal berjauhan dengan suami lagi selepas setahun 3 bulan berstatuskan Perkahwinan Jarak Jauh.
Dan Encik Suami pun dah berjanji *bukanlah berjanji sangat pun..* in the middle of weekdays dia akan bawa berjalan-jalan or spend time with me at home 



Sabtu Ahad tak dikira sebab dia ada je di rumah but sometimes dia keluar ke lab atau gi siram pokok di botanical grounds.




Well, harapnya bukan setiap minggulah ye, Encik Suami.. :p


My ultimate planning adalah berkarya dan berkraflah sampai I puas.
Masa belajar dulu sempat sikit je.
Bila dah kerja, lagi sibuk.
La ni... rezeki bercuti panjang termakbul...
Alhamdulillah~




Baru dapat start sikit demi sedikit.


Lagi? Tolong suami jaga pokok kat rumah.
Haish! bolehlah juga setakat petik pokok mint buat air bolehlah.
Sambil tu jenguk-jenguk tingkap sebab sebelah rumah I ni hotel.
Ye. Orang keluar masuk hotel dan cleaning the rooms bila depa dah check out.
Interesting. Ngeee~

Then, hang out with my husband's friends dan juga merangkap anak kepada kawan ibu I.
Kebetulan juga secara tak sengaja rupanya dia anak kepada kawan ibu.
Kecil kan dunia ni?
They're all nice and warmth to get along our journey in UK.
*doakan lelaki-lelaki ini berjaya dapat title bila dah habis kelak. And my husband too*





*maaf Puan Nad, I terpaksa lupakan Zaheen kerana adanya Naurah :p*


Dan.. yang paling penting, perjanjian I dengan suami untuk pandai memasak, mengemas rumah, menghias rumah serta jaga makan minum suami.
Lebih kurang begitulah list nye.

So, refleksi untuk selepas sebulan tukar status ni, well, not bad at all.
Even though before this I had in mind that it will be tough for a working wife like me, to be a fulltime housewife.
Not bad at all. Really. I mean it.


Sep 18, 2010

Domo Si Mp3 Pouch

My recent masterpiece. 
My sissy, Cik Aja, nak sangat mp3 pouch.
So, dalam kelemasan dengan assignment yang berlambak-lambak macam ikan sardin, lalu, jahitkanlah jugak untuk dia...
Domo yang kurang comel *_~

Sep 4, 2010

Ugly Duckling!

Okay... Dah lama tak officially "berbelog" dan meng- upload pictures. Maka banyak ler benda yang miss. Ni baru jer balik dari UIA petang semalam. So, terus mengerjakan kain flannel dan felt yang dah lama tertunda. So, baru jer berjaya buat a few things. Sebenarnya dah banyak tapi tak ada pics pulak. But happy sangat-sangat ^_^. So, nilah hasilnya...

My Ugly Duckling. Ada rupa itik ke ni?

Hp Pouch. Dah buat a few weeks ago. I love my wabbit! Ada orang dah order tapi mungkin lambat sket kot nak buatnya... huhu

My Tsunami Kanzashi flower. Blaja online tutorial jer!
So, more craft is coming soonnnnnn!

Jul 5, 2010

I ♥ You, Button Boy.

Ehm... pengumuman yer... Ann ada boyfriend baru. Namanya Button Boy. Dah lama mencari dia tapi baru sekarang jumpa. Dia taklah encem macam Ashton Kutcher or segagah Arnold Schwarzenegger. Biasa-biasa aje.  sekarang ni dia akan selalu menemani Ann even nak tido sekali pun. Nak tengok dia tak? Nilah buah hati baru I~~ Mari kita mulakan...

Eins...



Zwei...



Drei...



My Button Boy ♥

Lalala~ encem tak? Hehe. Dah lama nak buat doll macam ni cuma belum ada masa. Then cari resources yang betul untuk menjahitnye. This is my first attempt. So, the stitch was a bit messy. So I made another things. Just do it as a purpose of experiment and my passion towards stuff like this. Another attempt I made for my sister. It is like this...
A for A.J.A (dah macam rupa alien pun ada)

Well... still not good enough for me. I MUST try for another design. Wish me luck!

Nov 25, 2009

* Origami ~ Bookmark *



Salah satu hobi Ann~~ ORIGAMI! Ann belajar dari sebuah website. Agak susah juga step untuk menghasilkannya. Jadi Ann akan cuba untuk permudahkan kepada yang ingn mencubanya. Ikutilah langkah-langkah yang seterusnya~~



1. Sediakan kertas yang berukuran segiempat tepat. Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja kertas mengikut kesukaan anda. Lebih elok jika menggunakan kertas pembalut hadiah.




2. Dibahagian belakang perlulah kosong kerana untuk membezakan di antara dua bahagian.


3. Lipat kertas kepada dua bahagian dan mestilah sama ukuran.



4. Potong kertas tersebut mengikut garisan tadi. Ambil salah satu kertas itu.


5. Seterusnya, lipatkan kertas tersebut sekali lagi. Sama seperti yang di atas.



6. Kali ini, lipat kedua-dua sisi kertas sehingga bertembung dibahagian tengah. gunakan garisan lipatan yang telah dibuat sebentar tadi.



7. Lipat sedikit dibahagian hujung kertas. Lipat mengikut lipatan yang sedia ada. Ia digunakan sebagai penanda.


8. Kemudian, lipat kertas mengikut lipan segitiga sebentar tadi. Setelah dilipat, buka lipatan segitiga tadi.




9. Setelah itu, lipat kedua-dua bahagian dan pastikan ianya selari. Biarkan ia bertembung di tengah-tengah.


10. Selepas itu, lipat di bahagian atas sedikit mengikut lipatan yang sedia ada.



11. Lipatkan jalur yang hujung mengikut lipatan yang sedia ada. Buka dengan perlahan-lahan dan teliti. Kelopak akan terbuka dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan sedikit bantuan untuk membukanya.



12. Gambaran dibahagian belakang.



13. Gambaran di hadapan apabila kelopak telah dibuka.



14. Hasil daripada lipatan tadi.




15. Lipat sedikit dibahagian belakang dan jadikannya 4 lipatan kecil.



16. Lihatlah hasilnya! Selamat Mencuba!


p/s: Please drop in your comment. Saya sangat menghargainya. Kritik jika perlu supaya saya dapat buat yang lebih baik daripada ini...