Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Nov 10, 2013

Chitchat versus Google Translate

Morning again~
Kali ni I nak bagi tips yang berguna sikit.
Maybe banyak.
Hehe...
Ni pun I cedok dari En. Hubby yang nun jauh di sana. 
*sob! sob!*
Bila dia cerita pasal ni, teringat cerita Cik Nad kisah orang translate karangan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris menggunakan pakcik Google translate.
Dan I pun pernah try.
Memang kelakar bila dibaca sebab maksudnya lari.
So, my hubby suggested guna Chitchat berbanding Google translate. 
Katanya masa dia buat abstrak master, dia ada try guna yang tu.
Tipulah kalau words dia 100% tak lari.
Tapi tak se-lari pakcik google *katanyalah*

DAN, sebenarnya kurang bagus untuk praktik budak-budak sekolah.
Macam mana nak pandai kalau dok buat lagu ni.
Kan lebih baik banyakkan membaca dan praktis berbahasa.
Tapi... budak zaman moden kini...
Katanya, "apa guna teknologi dicipta".
My, my, my~

p/s: Cik Nad bolehlah gunakan yang ini. Hehe...

Sep 2, 2012

Tutorial: Collect Survey / Data versi bukan SPSS

Selamat pagi~
Dah sarapan?
Harap-harap dah kenyanglah ye ^__^
Well, pagi-pagi I dan mengadap depan lappy setelah semalam berjaya buat sesuatu.
Well, entry ni tak panjang tapi nanti I bagi link pada blog I yang lagi satu tentang cara nak buat.
Malas nak taip benda yang sama sebenarnya.
Hehe.

Okay.
Tau tak SPSS tu pe mendanya?
SPSS = *lupa dah namanya... hehe*

Ehem... Okay...
Salah satu cara nak collect data daripada survey.
Cumanya yang I nak tunjuk ni adalah guna online.
Yelah... kadang-kala kita nak buat research dengan collect data secara meluas.
So, gunakan cara online.
Dulu-dulu I pengguna tegar SPSS.
Taklah setegar mana tapi berpinar-pinar nak isi data dalam SPSS.
Tapi pape pun, merindui saat-saat itu...
*auuww~~*

Nak belajar?
Sila ikuti link ini.

Nov 25, 2009

* Origami ~ Bookmark *



Salah satu hobi Ann~~ ORIGAMI! Ann belajar dari sebuah website. Agak susah juga step untuk menghasilkannya. Jadi Ann akan cuba untuk permudahkan kepada yang ingn mencubanya. Ikutilah langkah-langkah yang seterusnya~~



1. Sediakan kertas yang berukuran segiempat tepat. Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja kertas mengikut kesukaan anda. Lebih elok jika menggunakan kertas pembalut hadiah.




2. Dibahagian belakang perlulah kosong kerana untuk membezakan di antara dua bahagian.


3. Lipat kertas kepada dua bahagian dan mestilah sama ukuran.



4. Potong kertas tersebut mengikut garisan tadi. Ambil salah satu kertas itu.


5. Seterusnya, lipatkan kertas tersebut sekali lagi. Sama seperti yang di atas.



6. Kali ini, lipat kedua-dua sisi kertas sehingga bertembung dibahagian tengah. gunakan garisan lipatan yang telah dibuat sebentar tadi.



7. Lipat sedikit dibahagian hujung kertas. Lipat mengikut lipatan yang sedia ada. Ia digunakan sebagai penanda.


8. Kemudian, lipat kertas mengikut lipan segitiga sebentar tadi. Setelah dilipat, buka lipatan segitiga tadi.




9. Setelah itu, lipat kedua-dua bahagian dan pastikan ianya selari. Biarkan ia bertembung di tengah-tengah.


10. Selepas itu, lipat di bahagian atas sedikit mengikut lipatan yang sedia ada.



11. Lipatkan jalur yang hujung mengikut lipatan yang sedia ada. Buka dengan perlahan-lahan dan teliti. Kelopak akan terbuka dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan sedikit bantuan untuk membukanya.



12. Gambaran dibahagian belakang.



13. Gambaran di hadapan apabila kelopak telah dibuka.



14. Hasil daripada lipatan tadi.




15. Lipat sedikit dibahagian belakang dan jadikannya 4 lipatan kecil.



16. Lihatlah hasilnya! Selamat Mencuba!


p/s: Please drop in your comment. Saya sangat menghargainya. Kritik jika perlu supaya saya dapat buat yang lebih baik daripada ini...