Aug 29, 2009

My first time for mock counseling

Tadi Ann ada class. Hari ni agak best juga coz it was my first time buat sesi kaunseling walaupun hanya sekadar praktis. Dahlah cuaca pun sangat cool membuatkan hari semakin best. Ann partner dengan Nadia. Dia jadi counselor & Ann pula sebagai client. dan next time pulak Ann akan bertukar role dengan Nadia. Lepas habis sesi, Ann kena buat report (agak kemalasan & kelecehan).

Pada mulanya agak berdebar-debar juga coz al-maklum baru first time nak bercerita di depan classmate. Tapi bila dah duduk depan audience, rasa agak selesa juga. Bila nak start mula-mula tu, Ann dan Nadia asyik tergelak-gelak je. Rasa macam agak kelakar juga lah.

So, I'll make it short... Ann "melakonkan" watak seorang perempuan yang sedang bekerja bercerita tentang parent Ann yang agak mendesak Ann untuk berkahwin. So, pada masa yang sama, Ann sudah mempunyai calon. TETAPI, Ann terpaksa membuat pilihan diantara ketiga-tiganya:
Mr. A - lebih tua dari Ann dan sudah bekerja tetapi baru berkenalan selama 2 bulan.
Mr. B - umurnya setahun muda dari Ann, akan menamatkan study pada tahun hadapan dan sudah saling mengenali selama 3 tahun.
Mr. C - dua tahun lebih muda, masih ada 5 tahun lagi untuk menamatkan belajar dan sudah berkenalan selama 2 tahun akan tetapi Ann tidak berkenan kerana umurnya sebaya dengan adik Ann.

conflictnya disini adalah pemilihan diantara ketiga-tiganya. Disitulah Nadia "terpaksa" mengupas lebih lanjut atau dengan perkataan lain mengorek rahsia supaya Ann akan bercerita lebih untuk mendapatkan penjelasan. Kata Nadia, agak sukar untuk dia bertanyakan atau mengorek dengan lebih mendalam. Tapi apa-apa pun ia dapat membantu kami untuk memperbaiki skill untuk masa hadapan. Dengan perkataan lain untuk client yang kami kena cari & terpaksa buat report!!

Tidoq dalam class

Ni ada gosip. Kunun-kunun juicy story ler katakan. hehe... Cerita biasa-biasa jer. Ada sorang minah ni. Tiap-tiap kali attend class mesti dia tidoq. Tak pernah "miss". Kiranya dah jadi satu kemestian. Kalau tak, memang tak sah! Dia memang dok sebelah Ann dan baris yang paling depan sekali. Tapi yang peliknya lecturer tak pernah detect yang dia tidoq kat depan. huhu... Apa-apa pun tetap tabik kat dia coz result dia agak gempak... Teruskan usaha anda!!