Showing posts with label Mengomel. Show all posts
Showing posts with label Mengomel. Show all posts

Sep 13, 2013

No Titles to State it

Assalamualaikum...
Well, jari-jemari ni tak berapa nak menaip sebenarnya. 
Kemalasan gitu~
Tapi perlu update kata Mr. Husband.
Hehe.
Separuh hari dengan Program Pecutan Akhir PMR 2013.
What a day heartless day!
Memang sekarang I tiada perasaan, bah.
Bahaya untuk I even memang 'okay' untuk kaunselor sebenarnya.
Cuma kalau sebut tentang, arawh ayah, suami dan family, tears easily can be flowing down.
Ehem! forget about that.

Alhaamdulillah, 5 out of 8 stitches on my eyes, easily was removed from my eyes.
No pain. Hehe.
But yet, still berpantang walaupun sebenarnya I selalu langgar pantang.
Mana taknya, hari-hari makan telur, ayam dan kicap.
No choice and cannot be too choosy at this moment.
Alhamdulillah I didn't experience any itchiness until today.
Harapnya mata ini still boleh kekal ber-double eyelids!
Korean gitu~
Hehe.

So, tak berapa nak menaip sebenarnya but hopefully this is enough and hoping that I have many stories to tell you.
See you then~
Da...

Apr 20, 2013

Current Occupation: Driver

Hye~
So entry kali ni bukan berkenaan kahwin-mawin ye but more on my current situation which is I AM A DRIVER.
Bila ingat-ingat balik sungguh Allah s.w.t itu sudah merancang perjalanan I.
Ingat lagi lepas STPM I amik lesen kereta dengan adik I yang masa tu baru je habis SPM.
Elok sangatlah sebab orang ingat dia abang dan I ni adik dia.
Hehe...
So, memang I tak tau pun I ended up dengan tak suka nak drive or dengan lebih kena ayatnya adalah takut nak drive even dah berlesen bertahun-tahun.
Tiap-tiap tahun burn je duit dengan renew lesen.
Hehe...

Ingat lagi ayah dok push ceq suruh drive tiap-tiap petang tapi ceq tak mau.
Bagi ceq, tak ada keperluan berbuat begitu.
Hehe...
Rasa bazir duit minyak barangkali.
*helah bela diri... hehe*

Dan semuanya berakhir bila ada situasi awal tahun 2012...
Konon-kononnya nak gi intern tak ada transport.
Dok gatai nak cari jauh dari rumah.
Lalu terus cakap kat ayah MELALUI ibu. Hehe...
Bijaksana bukan?
Hehe...
Lagi bijak bila dah lama tak drive terus nak drive macam pro la kunun...
Dan ended up Cik Nad jadi co-pilot yang tolong tengok kiri dan kanan jalan.
Haha... I sorang je yang buat macam tu kot?

Dan alhamdulillah intern kami dah lama pun berakhir dan sekarang I jadi Pembantu Pemandu untuk ibu dan ayah.
Bila depa tak dapat nak hantar, I lah yang buat kerja ni.
Thanks to ayah sebab bagi pinjam kereta.
Untuk ibu yang support sepenuhnya.
Dan Cik Nad yang menjadi co-pilot untuk jangkamasa yang agak lama *barangkali... lupa dah*

Ingatkan berakhir dengan masa intern je.
Rupanya time kerja pun sama.
Ayah benarkan pinjam kereta.
Dia mengomel kalau tak drive.
Dan sekarang I tak kerja.
Maka, jadilah driver di rumah. ..

So, alhamdulillah sekarang boleh drive di Selayang, area Kuala Lumpur dan Gombak.
Paling gerun adalah DIPAKSA drive di Karak Highway dikala waktu malam.
Terpaksa sebab adik tak larat nak drive.
Memang umur masih panjang walau pun banyak kali nak 'cium' kereta orang.
Dahlah bawa penumpang yang tak biasa dengan I.
Memang agaknya taubat dia tak nak naik kereta dengan I lagi kot.
Huhu.
Nak buat macam mana sebab memang I tak leh drive malam.

Sekarang dah rasa kemalasan nak naik public transport sebab dimanjakan dengan adanya kereta.
Wira oh Wira~ Terima kasih untuk khidmatmu *calar dikereta makin banyak!*

**p/s: Do you remember Cik Nad, kes yang makcik kat Petronas potong line I nak pam tayar? Owh~! Masih geram kat dia... Hehe

Jan 10, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Hi readers...
Kembali menaip entry diblog ini.
Berkali-kali nak menaip, but in the end, just saved it as a draft.
Sejak minggu lepas lagi berdepan dengan hari-hari yang penuh mencabar.
Crying, clingy and cranky days!
Small children, 3 and 4 years old who never separated with their parents.
Boleh bayangkan macam-macam perangai. 
Mula-mula bolehlah pujuk-pujuk sayang.
Lama-lama? Rotan yang pujuk!
^__^

Setakat ni I tak pegang rotan mahupun perlu menjerit hingga tiada suara.
Kalau diberi rotan, bersiap sedialah ye..~
Tak mau rotan-rotan ni tapi dah lama-lama, memang perlu!
Nasiblah budak-budak ni masuk secara berperingkat.
Senang sikit nak handle.
Hari ni yang masuk sekolah, 10 orang (umur 3tahun)
Penat seyh!
Baru-baru belajar toilet training.
Ada yang masih dibekalkan pampers.
Tak nak bagi pakai tapi bila semua seluar yang dibekalkan oleh parents semuanya basah kena kencing mahupun buang air besar, jawapannya adalah pakai pampers...
MInggu depan ada last batch yang akan masuk sekolah lagi.
Prepare mental dan fizikal lagi.
T_______T

Cuma yang payahnya bila kurang vocabulary untuk berkomunikasi.
Even memang English medium tapi semua student adalah yang berbangsa Cina.
Faham-faham ajelah macam cakap ayam dan itik.
Dan alhamdulillah berguna juga belajar masa kat universiti dulu.
Juga masa kerja kat tempat lama.
Berguna juga akhirnya.
Sekarang ni hari-hari berhabuk cakap bahasa Cina.
Tapi dengan budak-budak je.
Ulang perkataan-perkataan yang sangat simple dan lama-lama boleh blend sendiri untuk jadikan ayat yang lain.

Mula-mula cakap slow-slow sebab malu nak sebut. 
Kang salah sebut, lain dah maknanye.
Sekarang? Kuat-kuat lagi.
Hehe...
Rupanya impian I untuk belajar bahasa lain terutamanya bahasa Cina, tercapai.
Dah nama pun ada keturunan Cina tapi tak tahu berbahasa Cina.
Rugi sangat.
Sebenarnya tak rugi belajar bahasa lain.
Kelebihan lagi tau...

Cuma I agak kurang senang bila ada orang yang mempertikaikan kalau belajar bahasa orang lain akan jadi bangsa lain.
Kalau macam tu, orang yang beragama Islam, Melayu, juga belajar bahasa Arab, makanya jadi orang Arablah ye?
Dan sama juga belajar bahasa Cina, English, Jepun, Korea dan lain-lain.
Typical minded!
Sangat tidak bersetuju.
So, dialah yang rugi sebenarnya.

So, impian I untuk belajar berbahasa lain tercapailah jugak walaupun kalau boleh nak belajar semua bahasa di dunia.
Dan check list bahasa yang I tahu adalah:
Bahasa Melayu: Excellent
English: Can be improve
Arab: Beginner
German: Beginner
Mandarin: Beginner

Dan kalaulah I 'dicampakkan' ke negara yang bertutur dalam bahasa Arab, German mahupun Mandarin, I sanggup!
Insha'allah~

Dan please, janganlah typical minded sangat...
Not good for your health!

Dec 17, 2012

Ada Apa Pada Nama?

Salam semua~
Er... terbelit lidah I nak sebut title entry ni.
Hew, hew~
Well, recently I'm doing fine.
Alhamdulillah~
Lepas resign dari tadika, sekarang bersambung dengan tempat kerja baru a.k.a. my old workplace.
It was 4 years ago I left that place.
With the reason of further my studies and now I'm back~!
Semua dah besar panjang: darjah 1, 2 dan 3. 
Badan pun semangat-semangat.
Makan sedap barangkali *memang aunty masak sedap! :)*

Tak menjangka pun lepas resign nak kerja balik.
Resign pun atas alasan-alasan yang I rasa memang terdesak.
Alhamdulillah kali ni lagi dekat dengan rumah. 
Hanya 10 min je *kiranya dah ditolak dengan berhenti sebab traffic light*
Tak perlu hari-hari main clutch dan break bila berhenti kat bukit.
Kesannya sakit kaki dan lenguh-lenguh.
Kereta manual ye. Bukan auto~!
Tapi apa-apa pun dari situ I belajar cara nak jadi cekap memandu.
Tuhan itu Maha Mengetahui.
Dia lebih tahu kenapa dan mengapa.

So, berbalik pada title entry ni.
Nama I, Nur Ruzanna Binti Rahman.
Kalau nama panggilan Ruzanna atau pun Ann.
Zaman dulu-dulu orang panggil Zana tapi disebabkan ramai yang menasihati agar nama itu kurang baik maksudnya, makanya jadilah Ann.

Ada apa dengan nama?
Hm... cerita ni paling interesting kalau dikaitan dengan budak-budak...
Dari nama secantik Ruzanna, boleh pulak bertukar menjadi 'Okana'.
Dah macam nama mesin mengurut dari Jepun.
Hew, hew~
Tak apa. Budak umur 3 tahun yang sebut.
Pelat sikit.
Lepas tu jadi nama 'Aruza'.
Macam nama Jepun dan Arab pun ada.
Kalau Arab maksudnya nasi.
Owh! Pun boleh~
Dan tadi ada budak panggil I... 'Louisa'...
Okeh! Mat Salleh celup muka Asia.
Jauh sungguh sebutan dan ejaannya.

Esok? Lusa? Tulat?
Mau panggil apa ye?
Sebab kat center ni I dipanggil Ruzanna Jia Jia.
No short name.
Kalau teachers yang lain namanya senang je...
Kelly, Stella, Aunty Zee, Jacqualine, Candy, Constant dan Ayu.
Dan I? Hm... perlu ke bagi tau nama pendek I?
Hew, hew~
Harap-harap budak-budak baru next year khatam sebut nama I yang cantik ini.
(T.T)

Sep 28, 2012

Oppa Gangnam Style. Lagi?

Hye readers~!
Rasa lama sangat tak update.
Busy lah katakan.
Lagi busy berbanding masa belajar dulu.
Dulu banyak masa untuk tidur dan bangun lambat *kantoi sudah!*
Sekarang NO more wake up late!
Tapi kalau nak cakap pasal tidur, memang balik flat terus.
Punch card 2.30 petang dan terus balk ke rumah kalau tak ada apa-apa.
Sampai rumah, tidur.
Rupanya bukan I je yang begitu tapi teacher lain pun sama.
Penat menjerit katanya.
Hm... betullah tu...

Sekarang dari 44 kg (berbanding awal tahun dulu 47 kg) turun lagi ke 42 kg.
Tahap kritikal sudah!
Baju masa I first year kat UIA dulu pun dah boleh pakai balik!
Sungguhlah tak seronok.
Rutin harian menari selama 30 minit menjadikan I lagi keding.
Mata kadang-kala tu memang dah macam panda.
Siapa yang kata kerja jadi cikgu tadika itu sangatlah senang, memang TIDAK benar sama sekali.
Tempat yang I kerja sekarang ni memang jenis cikgu-jangan-harap-TIADA-kerja.
Nampak senang tapi remeh.

Well, minggu depan ada Moon Cake Celebration Party kat school.
Paling haru bila cikgu-cikgu kena MENARI tarian Oppa Gangnam Style!
*tepuk dahi beratus-ratus kali*
Depan budak-budak boleh tahan lagi.
Tapi depan parents sekali...
Haish~
Malu sangat-sangat T.T

Sep 4, 2012

Oppa Gangnam Style

Speechless bila menanda buku.
Semalam menari dan menari gaya ala-ala Oppa Gangnam Style.
Hari ni pulak melukis lelaki berambut stylish.
Bila ditanya, katanya rambut "Oppa Gangnam Style:.
Haish! Ingatkan budak-budak sekolah menengah je suka K-Pop.
Tapi ni budak 6 tahun.
Belum lagi dok menyanyi lagu Big Bag - Monster.
*teacher tarik nafas dalam-dalam*

Predict the Unpredictable.

Sep 3, 2012

Sembang-sembang Budak

As Salam semua...
Sihat ka?
Well, harapnya begitulah ye ^.^
Untuk hari ni I nak bercerita dengan budak-budak comel kat preschool I ni.
Kalau nak bercerita, bukan main banyak ceritanya.
Dari minggu pertama sampailah sekarang, takkan habis punya.
Diorang taklah buat hal tapi disebabkan mulutnya yang bijak dan perwatakan yang comel, mampu buat I tersenyum
*tapi memang selalu kasi Teacher Ann naik minyak darah*
Apa sahaja yang keluar dari mulut budak-budak ni lebih ikhlas, genuine dan logik.
Yang orang dewasa pulak membayangkan yang budak-budak ni selalu fikirkan sesuatu yang ala-ala fairy tales *akulah tu. hehe*

Hari ni pun ada cerita jugak.
Tapi bukan hari ni je tapi dah berhari-hari bila balik je, I selalu bercerita dengan my mum tentang pe yang jadi kat sekolah.
Macam yang kita selalu buat dulu-dululah Cik Nad *terindu pulak. hehe*

So, cerita hari ni:
Masa ajar dancing untuk hari ni, tiba-tiba Ming Zhou (bukan nama sebenar) dok sibuk mengadu kat I yang Jordan (bukan nama sebenar juga) dok sibuk tanya pasal 'married or not'.
I pun mula naik angin tapi masih cool. 
Tanyalah kenapa bising-bising.
Lepas tu dia cakap, 'Teacher Ann, are you married?'
Owh! Terkedu bila soalan begitu keluar dari mulut budak 6 tahun.
Tanpa cakap banyak terus kata, 'No, I'm not married yet'
Lepas tu adalah dia mengomel-ngomel dalam Mandarin yang I hanya paham dia ada sebut perkataan 'bagus'.
Aish! Apakah?!

Okeh. Tak apa.
Masa Revision Care, I tanya, kenapa dia suddenly tanya soalan tu.
Dia jawab, 'Because I saw you wear a ring.'
Owh! Rupanya dia nampak cincin emas kat jari I.
Hehe.
I excited dan tanya lagi, 'Then, if I wear a ring meaning that I'm married. Am I right, Jordan?'
Dia jawab, 'Yes, because my mummy and my daddy wear a ring,'
I jawab, 'Oh! I see... which fingers they wear the rings?'
Sambil tunjuk jari I.
Jordan jawab, 'This fingers' *tunjuk jari manis sebelah kiri*
Dan terus I tanya, 'Okay Jordan, did I wear on this finger?'
Dia jawab No je.
Lalu I terangkan, 'So, meaning that I'm not yet married, lorh,'
Terus dia ber'ooohhhhh' panjang-panjang.
*gelak bersama-sama. hehe*

So, budak pun tau logiknya kan?
Tu belum lagi kalau I nak bercerita pasai saiz baju, I bawa bekal apa, kenapa begitu dan begini, dan macam-macamlah.
So, my life is full with children's thought.
How greatful I am.
Alhamdulillah~

p/s: Teringat Dr. Siraje suka menyebut 'sembang-sembang makcik" bila buat sesi kaunseling. Recalling that moment ^.^

Aug 31, 2012

Untitle Entry...

Salam Syawal dan Salam Merdeka...
Well, masih beraya sakan lagi ke?
Hopefully beringat-ingatlah nak kawal nafsu makan tu.
Hehe...
Anyway, sebut pasal beraya ni, baru je kawan-kawan Cik Aja (my younger sis) datang beraya.
Dan I buat penampian khas buat diorang semua.
Rasa-rasanya mesti Cik Nad pun dah boleh teka.
Hehe.
Bila I muncul je, diorang gelabah sebab I ada kat rumah Cik Aja.
FYI, tahun lepas I dan Cik Nad adalah guru praktikal kaunseling di SMKDE.
Memang masing-masing terpancul panggil I "Cikgu Ann".
Masih melekat title 'cikgu' rupanya.

Yang paling tak leh lupa, one of my ex-client pun ada beraya sekali.
I siap cakap, 'eh... macam kenal je kamu ni?'
Dan terus jawab, 'taklah...'
Dan, dan je eh...
hehe...
It's okay. Kerahsiaan.
I noted that.
^_^

Anyway, Selamat Hari Raya, readers~

Aug 23, 2012

Ke-Berat-Tan

Salam Syawal~
Best tak beraya?
Banyak ke collect duit?
Hehe... 
Soalan yang tak wajib dijawab oleh orang yang berumur dan sudah bekerja.
Tapi alhamdulillah I masih dapat walaupun berkurangan dari tahun-tahun yang dahulu.
Tak apa.
Still sweet 17 27.
*berangan nak jadi 17 kembali*

Anyway, bila berakhirnya puasa, lagi scary I nak timbang-menimbang.
Dahlah hari tu "hilang" berat dari 47kg ke 45kg.
Internship dengan tekun dan dedikasi sehingga kurang makin tapi banyak exercise.
Ni pula, dok rumah cam kurang makan.
Dah tu pulak puasa dan bekerja.
Kepenatan bekerja melebihi tahap kelaparan.
Nama je half day tapi rasa macam full day bekerja.

So, starting for today...
Eat a lot!!!
Bukan pelahap tapi tahap kritikal dah ni.
And for appetizer...


Roti yang comel berbentuk rabbit.
Dengan sapuan penuh mentega dan kaya.
Ditambah dengan kasih seorang ibu yang dengan sepenuh hati bagi bekal kat anaknya.
Rajinnya ibu dia buatkan bekal untuk dia.
Beruntung dapat ibu yang rajin.
I wish someday I'll be able to make it for my dearest-to-be-hubby and my beloved children.
Letak loads of love.
Bentuk comel-comel.
Bawak gi office and school.
Hehe...
Insha'allah~
*Berangan sungguh si Ruzanna Rahman ni. Tahap imaginasi yang menjangkaui batasan....*



Dimakan oleh budak yang adorable (^.^)
Kesian kat rabbit sebab telinganya dah rabik (>.<)
Tak apa... Teacher Ann allows you.

Aug 2, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

Salam Ramadhan~
Entry kali ni, juga berkaitan dengan rutin harian I sebagai kindergarten teacher selama 3 minggu.
Almost a month tapi tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas.
Tak sedar memulakan tugas seawal 8.00 pagi dan tau-tau je 2.30 petang, punch card balik.
Saban hari, muka-muka comel nilah yang menemani I. 
Dan setiap hari juga tak sah kalau tak meninggikan suara disebabkan kenakalan depa-depa ni.
Tapi alhamdulillah, kenakalan dan kedegilan tulah yang memberikan satu kepuasan bila dapat mengajarkan ilmu asas sebelum melangkah ke alam realiti kelak...

Cuma sayangnya I masuk pada semester kedua dan seperti banyak yang mereka ketinggalan.
Bukan mengajar membaca, menulis dan mengira je tapi tu termasuklah adab-adab yang baik dan apa-apa sahaja yang baik untuk mereka belajar.
I hanya akan 'gila' bila dalam kelas.
Melayan kerenah yang degil, nakal, banyak bertanya, suka tiru apa yang I buat dalam kelas, tak suka share barang, bila kena marah budak tu boleh lagi senyum tak ada perasaan dan macam-macam lagilah.
Sayang kalau tak didik dengan baik.
Sempurna itu tak mngkin untuk dicapai tapi apa yang mampu itu lebih baik dari tak beri apa-apa.
Betul tak?








Tahun depan tak jumpa dah sebab dah melangkah ke alam sekolah rendah...
T.T

p/s: tak leh berangan banyak! Lesson plan tak siap-siap lagi ni!!!
T.T

Jul 31, 2012

R.U.T.I.N

Hye peeps~
Sebelun tu, sila enjoy video ni...


Dah tengok?
Enjoy tak?
Hm... curious?

Well... let me tell you something~
I'm going to teach my children HOW to DANCE...
*telan air liur dibulan puasa*
*Cik Nad... sila tolong saya!*

Agak gila jugak sebab manalah pernah nak mengajar orang.
Nak-nak dengan budak-budak.
Pening nak fikir walaupun steps dah ada.
Dua minggu lepas sibuk dengan mencari lagu-lagu yang sesuai dan 2 kali juga di reject.
Tak terasa langsung dengan apa yang bakal I hadapi.
Dan hari ni baru I realized yang kemahiran menari I memang ZERO!

Now... have to TEACH my children how to dance...
T.T
Lagi parah... time limitation.
Kelas lain dah start 2 bulan sebelum tu dan kelas I je lambat sangat.
Due date?
End of this month.
Tapi I dah fikirkan props yang comel-comel untuk depa ni.
Habislah kena tenyeh dengan I nanti.
*wink, wink~*

p/s: Dance ni untuk preparation for their concert on this 22nd October 2012.
Diorang akan perform kat tempat dekat lagi dikenang...
UIAM tercinta...
Masak kalau kantoi *tapi sekarang pun dah kantoi. Hehe*

Jul 11, 2012

Episod Selepas Sebulan

Hi semua~
I nak berceloteh lagi kat sini.
Lepas ni nampaknya belum tentu nak update blog banyak-banyak.
Jadi wanita bekerjaya nampaknya.
Besar title tu.
Hehe...
Tapi sebenarnya jadi Guru Tadika.
Seronok dapat kerja yang I idamkan selepas 4 tahun.
Tak kiralah berapa gajinya, janji boleh buat I happy ^__^

So, Insha'allah Isnin ni mula berkhidmat kat sekolah baru.
Ajar 5 dan 6 tahun.
5 tahun dipanggil Kinder dan 6 tahun dipanggil Preschool.
Tak lama lagi diorang jadi buah-buah hati yang tersenarai dalam carta top 10. 
*yang tersedia ada akan terkeluar dari senarai. maaflah ye~ hehe*

Okeh.
Malam ni perlu tido awal.
Esok ada kelas Sulaman Benang~ 
Excited!!!

Jun 20, 2012

Pesanan Khidmat Masyarakat

Hye~
Sihat semua?
Ha~! Entry ni pendek je tau.
Korang suka tak gi Tesco?
Lepas tu ada REDUCE CLEARANCE atau STOK AKHIR?
Hm... memang tabiat manusia sukakan yang murah.
Nak-nak separuh harga. Betul tak?

Well, memang bagus kalau dapat murah-murah kan?
Mana taknya dengan harga barang sekarang ni mahal-mahal.
I pun sangat-sangatlah suka membelinya.
TAPI, perlu diingatkan...
JANGAN beli bahan-bahan makanan STOK AKHIR yang daripada hasil tenusu seperti susu dan yougurt.
JUGA... telur pun tak boleh.
Tadi I dah masuk troli yogurt 2 botol.
Ditambah dengan my mum dalam agak-agak 6 botol!
Tau-tau, Encik Doktor bagi 'Pesanan Khidmat Masyarakat'.

Nak tau dia kata pe?
"NO, NO and NO.
Nak kena E-Coli ke? *sila SEBUT betul-betul ye*
Yougurt tu dah kuar masuk peti ais.
Dengan berpanas-panas lagi.
Ada tendency dapat E-Coli *again ya~*
Jangan ambil Stok Akhir yang bahan-bahan dari tenusu dan telur..."

Ehem...
Ada faham?

Jun 2, 2012

Bermalam bersama Zee Avi

Hye peeps~!
Sugguh malam ni I melayan Zee Avi dengan mengerjakan report client yang bernilai 150 credit hours (ditolak 50 credit hours).
Macam Cik Nad kata, "untunglah lebih 140 credit hours~"
Owh! bila dia kata UNTUNGLAH tu, I feel very sarcastic.
Noted that.
Hm... tak tahulah sama ada betul-betul beruntung atau sekadar.... unknown answer.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, untuk internship, perlu buat sesi kaunseling individu sebanyak 140 jam = 140 sesi untuk selama 3 bulan = 14 minggu.
Jadinya, I dah melebihi tahap yang sepatutnya.
Agaknya memang lagi lebih, lagi bagus kot...
Hehe.
Dan sekarang, I suffer and struggling with papers!

Tapi dengan menggunakan kaedah Cognitive Behaviour Therapy, I cuba untuk merasionalkan pemikiran I ni untuk habiskan.
I WAJIB habiskan esok juga sebab Isnin nak berangkat ke Port Dickson.
Ada Kem Bina Insan Guru...

Sambil-sambil tu juga I dok usha-usha customer yang nak beli barangan crafts.
Mau cari duit nak bayar macam-macam.
Duit poket selepas "bercuti" selama beberapa bulan.
Yang penting, duit top-up!

Tamat sudah untuk hari ini.
Buhbye~

"The poppy took my baby away from me..."
Zee Avi: Currently listening it~

May 28, 2012

Update Post-Intern

Hye peeps!
Memang tersangat tak update blog. Rasanya blog ni pun dah tiada yang sudi melawat *kot~*. Busy dengan ber-internship = prakticum sebagai Intern Counselor. Title yang tak sebesar mana. Tapi pulun jugak hampir 4 bulan. Kalaun pregnant ni, tummy dah besar *mula melalut. sila abaikan*. 

Sedar tak sedar, 4 tahun hampir berlalu. Teringat bila berborak dengan Cik Nad. Masa tahun kedua di UIAM. 
"Bilalah nak final year ni. Nanti pejam celik, pejam celik, dah pun sampai ke penghujungnya." 
Dan sekarang... bila hantar je assignments yang semestinya berlambak-lambak ni, tamat sudah 'berkhidmat' sebagai siswazah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling). Dan memberi laluan kepada 'berkhidmat' sebagai penanam anggur yang berjaya. Sukses lagi! ^___^

Sebenarnya, bila sekarang berfikir-fikir, baru terasa betapa scary nya nak menamatkan belajar kat sini. Rasanya tak sama seperti masa Diploma dulu. Mungkin sebab masa Diploma dulu, I sememangnya bekerja sambil belajar *baru terperasan sekarang*. Bila sekarang, sibuk-sibuk mencari tempat bekerja walaupun Insha'allah dapat posting. Tapi masa menunggu itu lama. Sekarang pun memang I dah mulakan bisnes sendiri *walaupun tidak dikenali ramai. sob! sob!*. Bisnes itu sampingan *rasanya*. Tapi tak apa. Walaupun scary tapi I extra part confident sebab confident tu penting! Confident dapat kerja even guna Diploma dan mungkin ada mengalami kegagalan semasa mencari kerja. 

Soalan cepumas dikala ini adalah: (1) Posting bila? Negeri mana? (2) Lepas ni buat pe? Kerja pe? (3) Bila planning nak kawen? Dengan siapa? Dah habis ni menikah terus ke?
I boleh je menjawab soalan 1 dan 2, tapi yang ketiga tu... pending kejap. ^___^

Sekarang I belum lagi rasa sedih nak meninggalkan UIAM dan rakan-rakan yang ku cintai ini *sayang UIAM lebih? err...*. Belum sebab: (1) Assignment belum submit lagi, (2) Report sekolah belum dihantar, (3) Kem belum gi lagi, (4) Appreciation dinner belum gi lagi, (5) Belum packing barang-barang kat bilik ni, and FINAL one...
(6) Belum jumpa kali terakhir dengan orang-orang yang sentiasa disisi I kat UIAM ni...

Yang the FINAL one tu la yang paling penting sebab dalam 4 tahun tu, kalau I kawen, boleh dapat 2 orang anak ^______^ *teeeeetttt~~!*


*Hmmm... tiba-tiba rasa sedih bila menaip rangkap terakhir tu...*




Mar 16, 2012

Hye peeps~
I baru balik dari ziarah Opah I kat Damansara.
Dia turun sini.
Tak sempat nak balik Ipoh, alhamdulillah dapat jugak ziarah dia.

Hm... baru semalam cakap pasal kain ela nak buat baju CONVO yang dah disimpan selama 3 tahun.
Dan hari ni pula...
Senyap-senyap rupanya my mum beli cadar LAWA untuk kawen / bertunang nanti.
Aish! Terlalu berwawasan my mum ni.
Mak Uda and Opah I siap cakap lawa cadar tu.
Yang pastinya warna beige.
Again?
Opah I pulak siap bagi idea buat bunga tabur (tak tau lagu mana design nye) atas katil.
Tak sanggup den nak mendengarnya.
Mak Uda I pulak siap nak cucikan langsir masa dia kawen dulu.
Langsir tu pun my mum pakai jugak.

Anyway, even diorang yang merancang awal untuk I...
But I feel grateful to have them.
Care about me...
And I love them~
^_^

Mar 15, 2012

3 Tahun Menyulam Kasih

Evening peeps~
Mengambil sedikit masa menaip entry.
*padahal banyak lagi kerja yang kau boleh kerjakan! (>.<) *
Lately bengkek  dengan MukaBuku barangkali.
Yang menjadi idaman.
Dream of all girls around the world.
Get married.

Penuh MukaBuku I dengan good news.
Yang berkahwin.
Yang baru disahkan pregnant.
Yang baru deliver baby.
Yang boleh bermanja-manja dengan anak-anak.
Yang dapat second, third baby.
Dan berbahagia bersama suami.
Tak sakit hati.
Jealous sikit jer.
*tak tipu (>.<) *
Genuine ^_^

But it's okay.
*pujuk hati kunun-kunun*
I ada terbaca 1 article.
Lupa exactly words yang digunakan.
Dalam article tu kata minta bersabar.
Jodoh dah ditetapkan.
Lambat atau cepat, semuanya dah ditulis masa dalam perut ibu lagi.
Kalau lambat, mungkin ada sebabnya.
Barangkali ada kekurangan dari diri sendiri dan sebab itulah 'diberi' masa untuk menampung kekurangan itu.
Jadinya, cuba fikir-fikirkan kekurangan yang mungkin kalau kita kahwin, adakah kita mampu lakukannya?
Maka, Dia Maha Mengetahui.

Jadi, sabar ye~ 
*untuk kau juga ye~*
I tergerak nak tulis entry ni sebab I dok bincang dengan my mum pasal baju convo nanti.
Ada sepasang kain yang dibeli khas 3 tahun lepas untuk I convo nanti.
Baju batik. Beige with black.
Berangan nak buat kebaya dan cam ada sulam-sulam / kerawang (lupa namanya).
Masa display kat patung, nampak sangat macam wanita Melayu terakhir.
Classic and pure.
Dapat bayangkan?
Hehe...

So...
My mum pulak kata, "nak pakai untuk CONVO or BERTUNANG nanti?"
Err... kain ela tu dah menyulam kasih selama 3 tahun.
Bila ntah mau pakai?
(>.<)

Mar 14, 2012

Bersyukurlah~

Morning semua~
Dah breakfast?
Hm... kalau dah, sila hantar sikit kat I yer~ Hehe...
Sekarang ni musim cuti sekolah.
Makanya, I pun bercutilah jugak walaupun 'dibebani' dengan banyak kerja 
*padahal sendiri yang malas nak buat* 
(>.<)
Tapi walaupun cuti sekolah, I kena ulang-alik dari Selayang ke Gombak sebab kena babysit my siblings.
Bila perlu je baru balik Gombak.
My parents gi honeymoon berdua *ouch!*
Tapi tak mengapa...
Biarlah gi bercuti berdua.
Penat kot nak menjaga kerenah my siblings and I yang bermacam-macam kerenah.
Berbakti kepada ibu bapa.

Bila cakap pasal ibu bapa, teringat pelajar-pelajar kat sekolah I ni.
Sememangnya budak-budak baik dan masih boleh dibentuk.
Cumanya biasalah, tiada yang perfect karekternya.
Kenakalan di zaman remaja adalah perkara biasa.
Cumanya kenakalan generasi sekarang ni agak 'luarbiasa' sedikit.
Tak macam zaman I dulu-dulu.
Marah sekali dua, dah boleh nak mendengar.

Yang kena marah tu, bersyukurlah jikalau yang marah itu adalah parents.
Ramai pelajar di sekolah I adalah anak-anak yatim.
Ada juga yang kehilangan kedua-duanya.
Tinggal pula di asrama.
I terasa sebak bila mula-mula tau tentang perkara ni.
Menginsafi diri bila terkenang yang I masih ada parents untuk bermanja-manja.
*Sorry... I'm a bit spoiled*
Masih lagi dapat melihat wajah-wajah mereka.
Tapi mereka?
Hmm...

Selain tu, bersyukur juga kalau masih diberikan peluang kali kedua untuk hidup.
Accident teruk sampai remuk motor tapi bernasib baik hanya tergeser di tangan dan kaki sahaja.
Kalau kena muka?
Hilang gigi?
Hilang encem...
Itu pun masih tak bersyukur lagi ke?

Juga, bersyukur jikalau masih ada cikgu-cikgu yang berpeluh membanting tulang 4 kerat.
Bersusah-payah menyediakan modul, buat kelas tambahan, bermalam bersama, merasionalkan kembali apa yang sepatutnya dan sebagainya.
Tiada cikgu yang nak anak-anak didiknya menjadi sampah masyarakat suatu hari nanti.
Tidak kiralah apa yang dilakukannya, cuma sedikit hormat yang cikgu perlukan.
Cuma sedikit...

Akhir sekali... 
Hidup ni singkat.
Please...
Fill your life with meaningful things...

*p/s: dedicate to someone... and as reminder for me too*

Jan 8, 2012

My worriness

Hye peeps~
Sihat tak?
Hopefully you are doing fine.
Those who have examination, good luck!
Those who struggle with assignments *like me. tons of it!*, well done! Hehe...

Well, lately I'm not doing my very best *I guess*.
Just by doing my EXTRA effort, hopefully it will pay off with something good.
Just worried about few things about me. And other people worried about me as well.
Firstly, due to my feelings on having NO FEELINGS.
For instance, just a few days ago, I had lost my greeny pendrive that I treasured for almost 4 years.
 My bad. I guess.
Forgot to take it back from the computer lab that I used. 
Just walk away without checking on it.
Only when a few days later I realized that that greeny pendrive is not with me.
Very bad.
But when that happened, NOT the PENDRIVE that I worried for.
But my own FEELINGS that I'M NOT WORRIED I had lost that pendrive.  
Plus, very positive about it. 
Hmmph!

Then, about my driving skills.
Not like I don't know how to drive but then, just incompetence.
Long time not drive 'that' car.
That's why people around me are worried about me.
Thanks for worrying about me.
But then, when is the ample time for me to improve?
I'm not saying that I'm confident or too confident.
But again, I wanna take those challenge.
Challenging myself.
Bagi leher untuk dikerat.
I guess. Hehe.
Also those people who gonna be with me.
In that car. Pity them. Hehe.
Sorry-in-advance.

Hm... again. That's me.
Worrying things that I shouldn't have to.
Just don't want to make it difficult.
I just don't want to be like other person who are always don't want to challenged themselves.
Like to be under the hat BUT not to be outside it.
Wear it and proud of it.
*but not with SILLY proud of it ya'*

Just want to be me, me and me.
Take all the challenges *If mampu buat*.

Jan 1, 2012

Hye semua~
Selamat Tahun Baru~!
Well, tahun baru mesti dengan azam baru kan?
I ni setiap hari ada azam baru tapi barunya tu tak capai-capai jugak.
Mungkin di lain kali kot... *self-defence mechanism*

Malam semalam. I bertahun baru di bilik.
Laptop on. Mata lelap dah. 
Penat berfikir. Assignment yang tak berkesudahan. 
Well, tulah realitinya.
Sebagai student. 
Bertemankan laptop dan berbagai-bagai jenis kertas.
I'm gonna miss that part, anyway *chuckle*

Alhamdulillah, I sempat berada di rumah sejak petang tadi.
Makan malam bersama keluarga.
Azam tahun baru untuk awal tahun ni.
Tunaikan sebelum I grad tahun ni.
Insha'allah...
Masih mahu bersama-sama keluarga.
Cumanya kekangan dari pelbagai sudut.
Hope they are understood the reasons why their lovely daughter can't always be there.
At home.
Sending their daughter for reasons.
Hope they are understand it very well.

Hm... planning tahun lepas mungkin terpaksa ditunda pada tahun ini.
Dua tahun dah tertunda.
Bab kahwin.
Dulu mungkin I sangat, sangat dan sangat 'teruja' nak kahwin.
Tapi bila tahun berganti tahun, bila fikirkan balik, mungkin ada sebabnya.
Mungkin kekurangan diri yang menyebabkan 'belum bersedia'.
Dia dah letakkan segala-galanya.
Sebelum tamatnya 2011, I dapat 'petanda' kenapa bukan sekarang.
Mungkin itulah sebabnya... 
Bila tiba masanya, I akan berkahwin juga. 
Dengan siapa?
Shhh.... Biarlah rahsia. Hehe *banyaklah kau rahsia!*

Banyak yang I nak mengomel kat sini sebenarnya.
Banyak benda.
Tapi mungkin lain kali.
Bila ada masa.
Bila ada kerinduan.
Bila segala-galanya.
Hehe.
Dahlah. Nak buat assignment.
T_T
Da....~~