Showing posts with label Facts about me. Show all posts
Showing posts with label Facts about me. Show all posts

Feb 27, 2014

Reasons I'm Blogging

Morning peeps~~
I update blog pag-pagi buta with reasons and PLUS, I'm sleepy!
Hehe...
So, berdasarkan tajuk di atas, memang ada beberapa point yang I nak tekankan.
Recently I received komen yang menyenangkan.
Padahal I bukannya famous nak bagai dan I tau I menulis for the sake of my pleasure.
I dah lama menulis sebenarnya dan bermula daripada diary yang menggunakan buku-buku tebal.
I still keep them and one day, masa I first year di universiti, kami diperkenalkan dengan blog.
Masa tu tengah gila-gila dengan kemuncak blogging.
Pada asalnya my friends and I buka 1 blog with the purpose of assignment.
Then, my BFF, Cik Nad suggest to have own blog like her.
Since then, I selalu blogwalking dan sangat admire dengan  bloggers yang sudah famous dan gaya penulisan depa yang sangat relax dan sempoi.
So, I rasa sekarang dah 4 tahun I berbelog and I'm still enjoying it!
Dan sekarang juga I boleh list down kenapa I berbelog...
Meh kita tengok kenapa I berbelog with my current situation...

  1. I dah jarang menulis diary melainkan I modify diary bertulis kepada diary bergambar. Tak sempat nak menulis setiap malam sebelum tidur lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. Penat bekerja dan balik hanya nak berdating phone dengan Mr. Hubby :p
  2. I tertarik dengan Cik Nad pernah cakap dengan I dulu. I menulis untuk menyimpan memory yang indah untuk anak-anak dan cucu-cucu I kelak. Insha'allah~ Sebagai preparation untuk depa kenal I macam mana. I nak share sweet memories yang I pernah alami even though they might not really 'feel' it but at least they do read it. Kalau nak bercerita secara verbal, 1 hari 1 malam pun tak habis dan I tau yang my memory box is not really good. "Demanding" me to forget and just burry it very deeply. My past is something for share and bila kita tengok dan baca balik, disitulah refleksi diri berlaku. So, that's how I see the purpose of blogging.
  3. Blogging as a medium to connect with my Mr. Hubby. As you know, currently my husband and I are in long distance relationship atau nama saintifiknya adalah perkahwinan jarak jauh. Hehe... I know that when I update entries, he definately will read it. I akan bagi tau dia yang I dah update or sometimes dia macam dah tau je I dah update especially if I write something about him. Hehe... So, that's one way I "connect" with him. Connecting our thoughts and feelings. That is another purpose...
  4. Next, yang telah dinyatakan dan dicerikan seperti perenggan pertama tadi. Hehe...
Well, that is my purpose. Hoping that I tak menerima any negtive comments from readers. Do hate me as you wish if you think that I'm showing off my real of me.
So, keep on read my entries and I would love to read comments from you...
Input yang baik dari blog I, dipersilakan ambil dan abaikan apa yang tak baik dari I.
So, enjoy your day~! ^^


Jan 12, 2014

Natural Beauty

Happy Sunday peeps!
Hari ni I nak cerita 1 cerita kat readers...
Last week was our Form 1 Orientation Day at school.
So, we collaborated with students Form Six Community (FOSCOM).
Jadi, kami bagi peluanglah kat budak-budak upper 6 untuk collect markah ko-kurikulum atau dengan perkataan lain, markah bonus.
Dan pada hari terakhir tersebut, I pun borak-borak dengan girls ni.
Dan soalan yang paling biasa adalah ini dan meleret-leret jadinya...

Student A: Cikgu dari mana ye?
Cikgu: Cikgu dari KL.
Student B: O... Tak macam dari semenanjung.
Cikgu: Hmm... tu la.. ramai teka cikgu ni dari Sabah atau Sarawak. Agak-agaknya kenapa ye?
Student A: Selalunya cikgu-cikgu dari Semenanjung ni ber-make up. Tak macam orang sini. Kami jarang make up dan pakai pun setakat eyeliner je. Jarang bha.
Cikgu: Eh.. Cikgu pun make up jugak pe...
Student B: O... sebab cikgu tak berapa nampak sangat make up. Yang lain make up tebal-tebal.
Cikgu: Kenapa orang sini tak make up?
Student B: Entahlah cikgu. Tak biasa itu dan tak perlu rasanya...
Cikgu: So, kamu nak kata orang-orang di Sarawak ni natural beauty. Macam tu?
Student A: Ha! Betullah tu cikgu! *dengan nada proud gitu dan gelak-gelak*
Cikgu: So, kalau macam tu, kamu kata cikgu muka macam orang Sarawak kan? Maknanya cikgu ni memang natural beauty lah! *nada mengena*
Student A & B: Haaaaaa!!!! Bukan macam tu cikgu! Haha... *sedikit menjerit dan gelak besar*

Well, they made my day! Haha... Seronok kalau dengan budak-budak sekolah ni because their way of thinking memang out of box! Masa diorang nak bagi jawapan tu, I'm expecting kata I ni berkulit cerah or muka tak macam Melayu ke. But then, wow! Rupanya orang Semenanjung ni suka make up tebal-tebal. At that moment I realized that memang sejak ke sini jarang I nampak orang localber make up bagai. Mungkin contoh-contoh cikgu di sekolah tu membuatkan mereka nampak obvious berbanding orang local. 

Natural beauty! haha!

But for me, I tak kisah sangat tapi tak bermaksud ke sekolah dengan selekeh. Janji letak bedak-bedak, blusher and lipstick / tint Moly / lipbalm berwarna. Dan paling penting, kecantikan I adalah milik Mr. Hubby seorang~ wnk! wink!

Jul 24, 2013

Mata Korea

Salam Ramadhan readers~
I was undergo a surgery.
It's minor actually but looking at my eyes, Aziq says my eyes like Ju-On versi sepet.
My, my, my~

Well, dulu tak perlu jumpa doktor anestatik (bius), tapi terlalu banyak masalah, I NEED to meet them.
Doktor -doktor risau kalau anything happen to me memandangkan I ada Steve Johnson Syndrom masa kecik dulu.
Sampai tahap ICU depa dok soh ceq prepare.
Berdebarlah hati ini...

Dan pasa 18 Julai, warded.
Makan nasi hospital.
Tengok keliling, teringat kat arwah ayah.
Okeh! Takmo nangis-nangis, baby.

Keliru sebenarnya...
Siapa yang sakit sebenarnya eh?


Ops! Lupa nak cakap.
I kena operate mata.
Laser the unwanted eyelashes and splitting my eyelids a bit so that the unwanted eyelashes won't scratch the eyeballs.
Ouch!
And after the operation...

Still swallon.
Ni gambar hari kedua.
My husband says, baru nampak macam orang. 
Kalau tak... err...


And the following days, nampak I ada double eyelids!!
And the stitches is still there.
Need more ointments to recover.
Ni pun pelan-pelan bagi mata nampak dan cerah.
Kalau tak kabur sebab banyak ointment.

So, doakan I cepat sembuh.
Juga minta-minta sempat beraya di Semenanjung sebab I nak ke MIRI~!
It's my final decision ^^

Jul 2, 2013

Sarawak Aku Datang!

 Dear readers~
Sebagai pembuka kata, meh tengok ni...



Sarawak aku datang!
Excited sungguh I ni.
Hehe...
Alhamdulillah penantian berakhir disini, walhal tentunya banyak dugaan yang menanti...
I packing bagai nak ke sana 1 Julai dan tentunya entry ni dah melebihi waktunya.
Dengan kata lain, entry berkepam.
Ngee~


Akhirnya juga mengidamkan name tag baru BERMAGNET.
Sekali buat dua terus.
Yang lama dah berkarat gantung dalam kereta dan bila berpin, tentunya tudungku rosak!
Rezeki untuk ber-name tag baru ^^


Travel tag khas buat Mr. Husband yang akan fly bulan 9 ni.
Bye-bye abang~
Sayang fly dulu~
*malu i~ tee heee~ gatai!*
Orang kata PJJ a.k.a Percintaan Jarak Jauh.
Atau lebih sesuai Percintaan Antara Benua.
T.T



Kali ni betul-betul cikgu. 
Semalam hadirkan diri orientasi sekejap je.
Sad news to say, I postponed my flight to Sarawak due to health condition.
Too bad 'coz Dr. Radzli is waiting for me.
Sorry bro, tunggu kakandamu ye~!


Mr. Husband tentunya lega bila Mrs. Wife tunda ke Sarawak.
Spend time lebih lama.
Dia tak cakap tapi I tau~
Ngee~


Dan abang, bila sayang ke Sarawak nanti mahu pun abang akan fly tak lama lagi, kenalah lipat baju sendiri ye ^_^
Begitu juga dengan iron baju.
You'll gonna miss me.
Ouch!
*harapnya begitulah ye. ehem!*

Apr 20, 2013

Current Occupation: Driver

Hye~
So entry kali ni bukan berkenaan kahwin-mawin ye but more on my current situation which is I AM A DRIVER.
Bila ingat-ingat balik sungguh Allah s.w.t itu sudah merancang perjalanan I.
Ingat lagi lepas STPM I amik lesen kereta dengan adik I yang masa tu baru je habis SPM.
Elok sangatlah sebab orang ingat dia abang dan I ni adik dia.
Hehe...
So, memang I tak tau pun I ended up dengan tak suka nak drive or dengan lebih kena ayatnya adalah takut nak drive even dah berlesen bertahun-tahun.
Tiap-tiap tahun burn je duit dengan renew lesen.
Hehe...

Ingat lagi ayah dok push ceq suruh drive tiap-tiap petang tapi ceq tak mau.
Bagi ceq, tak ada keperluan berbuat begitu.
Hehe...
Rasa bazir duit minyak barangkali.
*helah bela diri... hehe*

Dan semuanya berakhir bila ada situasi awal tahun 2012...
Konon-kononnya nak gi intern tak ada transport.
Dok gatai nak cari jauh dari rumah.
Lalu terus cakap kat ayah MELALUI ibu. Hehe...
Bijaksana bukan?
Hehe...
Lagi bijak bila dah lama tak drive terus nak drive macam pro la kunun...
Dan ended up Cik Nad jadi co-pilot yang tolong tengok kiri dan kanan jalan.
Haha... I sorang je yang buat macam tu kot?

Dan alhamdulillah intern kami dah lama pun berakhir dan sekarang I jadi Pembantu Pemandu untuk ibu dan ayah.
Bila depa tak dapat nak hantar, I lah yang buat kerja ni.
Thanks to ayah sebab bagi pinjam kereta.
Untuk ibu yang support sepenuhnya.
Dan Cik Nad yang menjadi co-pilot untuk jangkamasa yang agak lama *barangkali... lupa dah*

Ingatkan berakhir dengan masa intern je.
Rupanya time kerja pun sama.
Ayah benarkan pinjam kereta.
Dia mengomel kalau tak drive.
Dan sekarang I tak kerja.
Maka, jadilah driver di rumah. ..

So, alhamdulillah sekarang boleh drive di Selayang, area Kuala Lumpur dan Gombak.
Paling gerun adalah DIPAKSA drive di Karak Highway dikala waktu malam.
Terpaksa sebab adik tak larat nak drive.
Memang umur masih panjang walau pun banyak kali nak 'cium' kereta orang.
Dahlah bawa penumpang yang tak biasa dengan I.
Memang agaknya taubat dia tak nak naik kereta dengan I lagi kot.
Huhu.
Nak buat macam mana sebab memang I tak leh drive malam.

Sekarang dah rasa kemalasan nak naik public transport sebab dimanjakan dengan adanya kereta.
Wira oh Wira~ Terima kasih untuk khidmatmu *calar dikereta makin banyak!*

**p/s: Do you remember Cik Nad, kes yang makcik kat Petronas potong line I nak pam tayar? Owh~! Masih geram kat dia... Hehe

Mar 13, 2013

Living with cancer...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
This entry might reveal the real life of me and my family.
Just read the title, you might guess what it is.
So, let's begin with the real life of me who live with a cancer person which is my own beloved Ayah.
Survive with lung cancer...

My Ayah is not a smoker (like people always ask Ayah that statement) and something might trigger his cancer.
Started with heavy coughing and luckily detected earlier.
After I graduated on June 2012, went back home and that is the beginning of everything.
I still remember that a day before my convocation day, having my photoshoot with Cik Nad, and accompanied by my younger brother and sister, received this kind of news, makes the world suddenly frozen.
To tell the truth, I can't react normally.
Might be due to my 4 years as a counselling student; jadi hati batu barangkali.

Then, the event of my engagement day.
Aware of these kind of mix feelings; happy + sad + negatives feelings.
Ayah just said, 'Teruskan pertunangan ni. Nak tunggu ayah, belum tentu bila ayah boleh sihat.'
Alhamdulillah everything runs smoothly...

Along these 6 months, he started to walk with tongkat, done his kimo (12 pusingan dan minggu lepas yang terakhir), emotionally unstable, rambut gugur sikit, his appetite sometimes good and sometimes become less and many things has changes...
Even though all these changes is changing him, but he always be positives.
That is my Ayah.
Always believe in that.

Back to the early of 2012, when I did my internship.
One of my client had leukemia...
I managed to handle the case but then...
Diduga oleh Nya kepada diri sendiri.
How am I going to handle my own issue which have similarities?

Living with cancer is something couldn't be simply put a proper word in it.
To tell the truth, I'm hati batu.
By hook and crook I have to face it.
Sometimes I don't know how to help him.
Most of the time I help my Ibu because she's the one who handle everything.
And once Ibu said to me, 'Awak tak ada hati ke nak tanya Ayah okay ke tak...'
I have the answer but I remain silent.
Biarlah jawapannya rahsia...
It is not that I didn't do anything or help but I prefer to make it secretly.
That is another side of me.

And within these 2 months ++, my wedding is very soon.
I'm happy for it but at the same time, this happiness is surrounded by sadness and mix feelings.
Mungkin Dia nak duga kami dan pada masa yang sama mengingati Dia...

And today, he meets the doctor...
Seems that Allah menduga lagi...
Mungkin hujan lagi barangkali tapi percaya yang suatu hari nanti langit akan cerah kembali...
Insha'allah~

Feb 1, 2013

DIY Hantaran

Tak mo taip panjang-panjang.
So bolehlah ke link ini~


Sila, sila~

Jan 10, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Hi readers...
Kembali menaip entry diblog ini.
Berkali-kali nak menaip, but in the end, just saved it as a draft.
Sejak minggu lepas lagi berdepan dengan hari-hari yang penuh mencabar.
Crying, clingy and cranky days!
Small children, 3 and 4 years old who never separated with their parents.
Boleh bayangkan macam-macam perangai. 
Mula-mula bolehlah pujuk-pujuk sayang.
Lama-lama? Rotan yang pujuk!
^__^

Setakat ni I tak pegang rotan mahupun perlu menjerit hingga tiada suara.
Kalau diberi rotan, bersiap sedialah ye..~
Tak mau rotan-rotan ni tapi dah lama-lama, memang perlu!
Nasiblah budak-budak ni masuk secara berperingkat.
Senang sikit nak handle.
Hari ni yang masuk sekolah, 10 orang (umur 3tahun)
Penat seyh!
Baru-baru belajar toilet training.
Ada yang masih dibekalkan pampers.
Tak nak bagi pakai tapi bila semua seluar yang dibekalkan oleh parents semuanya basah kena kencing mahupun buang air besar, jawapannya adalah pakai pampers...
MInggu depan ada last batch yang akan masuk sekolah lagi.
Prepare mental dan fizikal lagi.
T_______T

Cuma yang payahnya bila kurang vocabulary untuk berkomunikasi.
Even memang English medium tapi semua student adalah yang berbangsa Cina.
Faham-faham ajelah macam cakap ayam dan itik.
Dan alhamdulillah berguna juga belajar masa kat universiti dulu.
Juga masa kerja kat tempat lama.
Berguna juga akhirnya.
Sekarang ni hari-hari berhabuk cakap bahasa Cina.
Tapi dengan budak-budak je.
Ulang perkataan-perkataan yang sangat simple dan lama-lama boleh blend sendiri untuk jadikan ayat yang lain.

Mula-mula cakap slow-slow sebab malu nak sebut. 
Kang salah sebut, lain dah maknanye.
Sekarang? Kuat-kuat lagi.
Hehe...
Rupanya impian I untuk belajar bahasa lain terutamanya bahasa Cina, tercapai.
Dah nama pun ada keturunan Cina tapi tak tahu berbahasa Cina.
Rugi sangat.
Sebenarnya tak rugi belajar bahasa lain.
Kelebihan lagi tau...

Cuma I agak kurang senang bila ada orang yang mempertikaikan kalau belajar bahasa orang lain akan jadi bangsa lain.
Kalau macam tu, orang yang beragama Islam, Melayu, juga belajar bahasa Arab, makanya jadi orang Arablah ye?
Dan sama juga belajar bahasa Cina, English, Jepun, Korea dan lain-lain.
Typical minded!
Sangat tidak bersetuju.
So, dialah yang rugi sebenarnya.

So, impian I untuk belajar berbahasa lain tercapailah jugak walaupun kalau boleh nak belajar semua bahasa di dunia.
Dan check list bahasa yang I tahu adalah:
Bahasa Melayu: Excellent
English: Can be improve
Arab: Beginner
German: Beginner
Mandarin: Beginner

Dan kalaulah I 'dicampakkan' ke negara yang bertutur dalam bahasa Arab, German mahupun Mandarin, I sanggup!
Insha'allah~

Dan please, janganlah typical minded sangat...
Not good for your health!

Aug 2, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

Salam Ramadhan~
Entry kali ni, juga berkaitan dengan rutin harian I sebagai kindergarten teacher selama 3 minggu.
Almost a month tapi tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas.
Tak sedar memulakan tugas seawal 8.00 pagi dan tau-tau je 2.30 petang, punch card balik.
Saban hari, muka-muka comel nilah yang menemani I. 
Dan setiap hari juga tak sah kalau tak meninggikan suara disebabkan kenakalan depa-depa ni.
Tapi alhamdulillah, kenakalan dan kedegilan tulah yang memberikan satu kepuasan bila dapat mengajarkan ilmu asas sebelum melangkah ke alam realiti kelak...

Cuma sayangnya I masuk pada semester kedua dan seperti banyak yang mereka ketinggalan.
Bukan mengajar membaca, menulis dan mengira je tapi tu termasuklah adab-adab yang baik dan apa-apa sahaja yang baik untuk mereka belajar.
I hanya akan 'gila' bila dalam kelas.
Melayan kerenah yang degil, nakal, banyak bertanya, suka tiru apa yang I buat dalam kelas, tak suka share barang, bila kena marah budak tu boleh lagi senyum tak ada perasaan dan macam-macam lagilah.
Sayang kalau tak didik dengan baik.
Sempurna itu tak mngkin untuk dicapai tapi apa yang mampu itu lebih baik dari tak beri apa-apa.
Betul tak?








Tahun depan tak jumpa dah sebab dah melangkah ke alam sekolah rendah...
T.T

p/s: tak leh berangan banyak! Lesson plan tak siap-siap lagi ni!!!
T.T

Jul 31, 2012

R.U.T.I.N

Hye peeps~
Sebelun tu, sila enjoy video ni...


Dah tengok?
Enjoy tak?
Hm... curious?

Well... let me tell you something~
I'm going to teach my children HOW to DANCE...
*telan air liur dibulan puasa*
*Cik Nad... sila tolong saya!*

Agak gila jugak sebab manalah pernah nak mengajar orang.
Nak-nak dengan budak-budak.
Pening nak fikir walaupun steps dah ada.
Dua minggu lepas sibuk dengan mencari lagu-lagu yang sesuai dan 2 kali juga di reject.
Tak terasa langsung dengan apa yang bakal I hadapi.
Dan hari ni baru I realized yang kemahiran menari I memang ZERO!

Now... have to TEACH my children how to dance...
T.T
Lagi parah... time limitation.
Kelas lain dah start 2 bulan sebelum tu dan kelas I je lambat sangat.
Due date?
End of this month.
Tapi I dah fikirkan props yang comel-comel untuk depa ni.
Habislah kena tenyeh dengan I nanti.
*wink, wink~*

p/s: Dance ni untuk preparation for their concert on this 22nd October 2012.
Diorang akan perform kat tempat dekat lagi dikenang...
UIAM tercinta...
Masak kalau kantoi *tapi sekarang pun dah kantoi. Hehe*

Jul 10, 2012

Double, Triple or More Excitement

Evening~!!!
*terasa europhia yang berganda tanpa substance*
Well... today is not normal day since my last day at IIUM.
This week might be the interesting week than before.
Something that I'm hold back for about 4 years...

Firstly, just pass an interview for kindergarten teacher.
And waiting for the second interview....
Yang baca ni agak-agak mesti ada terdetik dihati dengan berkata begini...
"Ala... cikgu tadika? Pe barang... Aku pun boleh lepas!"
Hadoi~ *tepuk dahi yang tak berbunyi*
Wake up, man!
Mari I cerita sedikit kepada sesiapa yang ada this mental illness and orthodox minded.
These days... nak jadi cikgu tadika or even pengasuh sekali pun, qualification sekurang-kurangnya diploma holder.
Since my days at college years, government dah mula hantar cikgu-cikgu tadika dan tabika Kemas untuk ambil Diploma.
I sengaja stress out this things sebab I tau orang pandang remeh pada pekerjaan ni.
Dari dulu menahan telinga dengan ejekan orang-orang disekeliling.
But do I care?
Of course I DO care sebab orang-orang yang berkata macam tu, cukup kualiti dan cukup kemahiran kah anda untuk pekerjaan begini?
Oleh yang demikian, silalah respect pekerjaan ini sebab sangat mulia pekerjaan ini...

Okeh...
Yang kedua...
Excited nak attend short courses for this Thursday, Saturday and Sunday.
Agak-agak cuba teka I amik pe~?
Shhhh~!! Rahsia~~
*tee heee~*
Kalau I dah attend nanti, I buat I entry khas ye!
^__^

Finally, yang ni tak berapa nak excited pun.
Lagi sedih adala...
Dari beratku yang 47 kg, dah jadi 45 kg masa intern.
Sekarang?
44 kg...!!!!!!
Adoi~
Lagi stay kat rumah, lagi kering.
Kena makan banyak-banyak.
Habis baju-baju kurung dan baju kebaya membuatkan I nampak lagi keding.
T.T

Anyway, wish me luck for this second interview~!
Kalau dapat, nak guna bayar duit convo.
^__^

Jul 8, 2012

Customize Header

Hye again~
Long time not writing in here.
Been busy for a while.
*Sudahlah kau! time blaja dulu-dulu, busy. Sekarang pun busy!*
I wish I could put all together in one entry but... pfft!!
Never enough. The space, I mean.
Terlalu banyak!

Anyway, make it short. 
It is almost a month since I left IIUM.
Since then, asyik berjalan sakan especially spending my days with my beloved younger brother.
Dia dah jadi doktor! *doktor pelatih selama 2 tahun*
I'm not purposely bragging about this but just too happy for him.
Alhamdulillah, his houseman ship is at Kuching, Sarawak.
Already a week since he left us.
Hopefully, left us for for good.
Berkhidmat untuk manusia ^__^
Kalau ada masa, mungkin I akan ke sana.
Menebus peluang yang tak kesampaian masa internship hari tu.
Insha'allah~

So, my status?
Taken. Opps! Bukan yang itu ye. Hehehe...
Status taken bermaksud kembali kepada keluarga.
Serve for my parents since I'm away for 4 years.
Saban hari ada je kerja kat rumah. 
Kadang-kala pun tak melekat kat rumah.
Keluar hantar adik, hantar parcel untuk customers dan mencuci mata.
*perkara wajib untuk statement yang last tu. ngee~~*

Sementara tak bekerja ni, I menguruskan Garden of Crafts.


Nak kata banyak customer, taklah jugak but at least I have something to do at home.
Killing my time.
But at the same time, I do hunting for jobs.
Tak kiralah apa-apa pun.
Since I'm not sure whether I made through for posting *sounds scary when mentioned about posting*, so, I'm using my diploma as the beginning.
Look up for any kindergarten or daycare centre who need my service.
I am so excited about it and hopefully I've made it through.

Talking about posting, it is not like I don't want to be a counsellor at school but it is scary for me.
Being a teacher / counsellor must be very responsible towards person as a whole.
Bukan calang-calang orang boleh jadi educator.
Nak-nak dizaman moden ni.
Budak-budak sekarang lain...
But, kalau I diberikan amanah tersebut, I akan buat yang terbaik.

Ehem!
Terlajak pulak.
Sebenarnya nak cakap pasal my customize header ni.
I love transparent's header!
And I love pastel colour too!
Skill tambahan I masa cuti-cuti Malaysia ni.
Hehehe...
I tak pandai pakai Adobe Photoshop dan sememangnya pengguna Photoscape tegar!
Photoscape ni simple dan pengguna seperti I memang sesuai sangatlah pakai.
Kalau kat Photoscape tak ada transparent tools.
So, I guna GIMP.
Best jugak guna GIMP.
Next time I nak explore GIMP lagi~

Nov 1, 2010

I pernah cakap yang...

Okeh... entry kali ni nak lari dari kekusutan exam *buku pun belum khatam nak kusut mendanye!!!*. 
So I decided to write this entry. Pernah tak dulu-dulu terkeluar kata-kata yang mungkin membawa kepada perubahan besar dalam diri sendiri? Masih ingat lagi kata-kata itu? Well, for me, sangat-sangatlah ingat. Antaranya...

  • Sebelum dapat melanjutkan pelajaran *skemanye*, ayah pernah bertanya, "lepas ni nak amik course pe? bidang apa?" Lalu menjawab, "Yong *gelaran kat rumah* tak nak yang kerja-kerja kat office tu. Nak yang banyak ke practical." Berkata begitu sebab ayah I seorang pekerja di sebuah bank. Kerja kat office. Nampak agak membosankan. Pernah bercita-cita nak jadi macam ayah tapi exam gred tak memuaskan. Suka jadi nurse sebab tak kerja kat office. Tapi family tak galakkan sebab masalah kesihatan yang kurang sesuai untuk I jadi nurse. And now, I end up jadi counsellor-in-the-making. Juga bertauliah jadi cikgu tadika or caregiver. Jadinya memang suitable betullah jadi cikgo merangkap kaunselor ni kan? ngee~~
  • Ayah I orang Jawa. Selalu bawak pergi ke kenduri-kenduri sedara-mara. Mostly mesti kawen dengan orang Jawa jugak. Dalam hati terkata-kata, "Kenapa semua *most of them tapi bukan kawen sedara-mara* nak kawen dengan orang Jawa jugak? Nanti TAK MO cari orang Jawa jugak!" Now... ehm... Mr. P juga orang Jawa. Adeh! *ntahpahapela aku nih!*
MORAL OF THE STORY: 
Jangan terlalu awal buat assumption (kalau benda tu negative). Nak-nak dalam memilih soal jodoh dengan siapa. Tapi kalau untuk own confidence, boleh jer especially untuk convince orang lain. Maknanya ada certain things is okay untuk berkata-kata dalam hati. Kalau benda tu negatif, ada kemungkinan boleh berbalik kepada empunya diri. Nauzubillah...
p/s: homesick mood~ mau balik  >_<

Oct 17, 2010

10 Things About Ruzanna Rahman

  1. Suka jalan laju-laju! Sesiapa yang follow dari belakang or temankan gi jalan-jalan, alamatnya you left behind! Say bye, bye je la...
  2. Food Lover~~! I might look soooooo skinny but beware! Kalau ajak makan-makan, usually my friends takut tengok I makan. ngeee~~~
  3. I sangatlah garang! Tak caya? Tanyalah all my students. 
  4. I suka beg besar-besar. Tak kira pergi ke kelas or jalan-jalan. Sebab? Senang nak sumbat semua barang!
  5. Sangat bosan dengan warna hitam or beige. Jadinya sekarang most of my apparels berwarna putih.
  6. Tak suka mengemas rumah or bilik. Tapi sekarang kena belajar a.k.a paksa diri jugak. I prefer to cook than do housekeeping ~_~
  7. I ada good bestfriend since standard 6. I love her!
  8. Dulu-dulu, I sangat mementingkan masa. My father's who influenced me. Tapi sekarang kurang begitu. Influenced by my environment including friends. Tapi kalau benda-benda yang penting, I akan jadi yang sama and quickly get angry bila orang lain lambat datang.
  9. I tak suka adhoc!
  10. I ada seorang kawan baik yang suka tidoq dalam class. Tiap kali terlelap, terpaksa menyiku or buat-buat ketuk meja. Manalah tau kot-kot lecturer tegur dia. Kang dia jugak yang malu. Ngeee~~