Showing posts with label Mari Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Mari Jalan-Jalan. Show all posts

Feb 25, 2014

From Paris With Love: Day 2

*Unforgettable Honeymoon~*

Tour Paris

It was our second day in France.
Woke up in the morning and just having our breakfast with Pringles. Tak tau nak makan apa sudah. Well, avoiding myself from having any kebab sebab masa kat Edinburgh asyik bantai kebab je. Famous jugak kebab ni kat UK dan Paris. Huhu... Dan pagi tu juga kami checked out siap-siap sebab akan tidur di hotel lain. Maka, I kena angkut beg pack kami kemana-mana sahaja untuk hari ini...

That morning, we took train, again! Owh! Hatiku berdebar-debar lagi! Bila jejak kaki je, I sense bahaya disitu. Huhu.. Memang mencabar. So, Mr. Hubby terus beli tiket dan disebabkan sistem train bawah tanah ini agak mengelirukan, maka terpaksalah bertanya. Ada seorang pekerja train (barangkali) approach dan explain kat kami. Dan masa nak pergi ke tempat yang sepatutnya, tiba-tiba security menahan kami. Dengan muka garang dan tegas, dia tanya kami. Tapi... sepatah pun tak faham sebab dia cakap bahasa Perancis. Adoi! Cuak jugak sebab dia macam marah-marah. Dan pekerja tadi datang kat kami. Dia kata orang tu tanya kami beli tiket dari mana. So, kami cakaplah dari kaunter. Agaknya memang depa takut kami beli tiket haram dari pekerja tadi. Memang ada isu penipuan sebab banyak orang gypsy kat sini. Alih-alih, dia escort kami ke tempat yang sepatutnya. Owh! Hanya Dia je yang tau hati kami ketika itu.

So, perjalanan kami menggunakan train tersebut memang pening. Even orang yang kami jumpa tu pun kata memang susah sikit nak faham servis train disini. Dan pada I, hati meronta-ronta untuk keluar dari station train ini!

Dan... tiba juga tempat yang menjadi idaman kalau berkunjung disini. Eiffel Tower. Well, hatiku dah berbunga-bunga. Mata bersinar-sinar *tapi cover-cover sebab silau matahari*. Macam dalam mimpi! Eiffel Tower depan mata! Dulu-dulu tengok gambar je. Dan sekarang...

Tapi...
Someone made my day bitter. Ada 2 orang girl approach kami. Depa cakap, "Can you speak English?" My instinct says NO. Depa tunjuk kami kertas dan minta sign kat situ. I pun tarik lengan Mr. Hubby untuk tak menghiraukan diorang tapi Mr. Hubby agak sukar nak bergerak. Tau-tau sorang girl ni bengang agaknya lalu cucuk I dengan sebatang pen ditangannya. She pokes me! Arggh! Terus mati perasaan excited. I felt like wanted to slap her badly. Seriously! 

En. Suami tak berkata pe. Dia pun tergamam. So, untuk menenangkan jiwa ini, kami jalan-jalan sekitar Eiffel Tower.


Dan Mr. Hubby reward me with this!

Nutella Crepe!

Okeh! Baru sejuk hatiku dengan crepe berharga "beberapa" Euro itu. I tak bayar sebab tulah I tak berapa tahu harga dalam matawang Malaysia. Hehe... So, disebabkan perut tak berapa nak berisi makanan sangat. Maka, memanglah bantai aje makan apa. Janji tak kebulur. So, mengharapkan ada makanan. Huhu~

Dan next station, Ke Versailles! Well, I tak tahu ada pe sebenarnya kat sana tapi Mr. Hubby sangat excited sebenarnya nak pergi dan Subhanallah~ Cantiknya~





Whatever it is, I still love this picture most.

Namanya terkenal sebagai Kota Cinta.
Eiffel Tower 

Dec 27, 2013

From Paris With Love: Day 1

*Unforgettable Honeymoon~*

It's a surprise, baby~!

It is 4th December 2013 (Wednesday).
As usual, I woke up in the morning and in my mind has been set up that we were going to London, today. Yay! My husband told this just after I bought ticket to Manchester and it was a month ago. So, my husband went out a little bit early cause he needs to do work on his stuff at his lab. And for myself, preparing a hot tea and sandwiches for breakfast and packed up a few for us to eat during the journey.


Bread + sliced sausages + marmalade + butter.

Looking at my watch which is almost 10 am, rushed picked up my bag pack, lock the room and rushed out heading to the lab. We had promised to meet outside the faculty. So, we meet up and catch a bus heading to Liverpool.


And... reaching here... a surprise awaits me! It wasn't London but...


Paris.
Yeah, it was Paris.
Mr. Hubby dah siap sedia pegang his mobile phone to capture the moment.
I wish I can put that video but tak boleh sebab I kurang pengetahuan tentang upload video ke blog. Huhu~
Sejak I diberitahu akan ke Paris, kelam-kabut I cilok mobile phone Mr. Hubby dan dengan pantas belajar bahasa Perancis. Owh! Terasa gila ketika itu. Mana lagi Mr. Hubby dok kata kat sana banyak pick pocket. Eee~ memang sangat gila dan extremely surprise!

Well, it tooks 1 hour flight. Lalu bandaraya London dulu. Padahal I yang beriye-iye nak ke London dek kerana "penipuan" yang telah dibuat oleh Mr. Mohd. Fauzihan bin Karim. 

Alhamdulillah, safely arrived!

BUT...
Our journey begins with bitter feelings in it. Masa beli tiket or billets untuk naik train, ada seorang lelaki Muslim berbangsa France membawa abangnya dan anak lelakinya yang masih kecil untuk pulang menjenguk maknya dia Paris. Dia selalu suruh kami berhati-hati dengan pick pocket sebab banyak orang gypsy. Bila sampai kat station yang dituju, barulah kami faham. Ada certain tempat yang memang black area station. Siap ada askar dan security. Tak pasal-pasal kami yang nak bertanya tempat pun akan dicurigai. Cuma kebarangkalian orang yang Muslim, senang dikenali dengan berhijab, tendency untuk jadi mangsa mereka agak rendah. Disaat itulah bermula jantung I berdegup kencang setiap kali nak naik train dan dikesan tempat black area. 



Gila bukan?
So, kami menginap hotel yang indah khabar dari rupa... Juga diakhir honeymoon kami, diberitahu kawasan yang kami menginap adalah black area jugak. Gulp! Gare du Nord. Double gulp!


Dan santapan kami untuk malam itu setelah berlapar...


Alhamdulillah~

* to be continue... *



Dec 9, 2013

From Paris with love~

Bonjour!
Kembali menulis dan secara langsung dari Manchester, United Kingdom.
Ehem.
Visiting my husband for almost a month!
Alhamdulillah rezeki masih ada dan asalnya nak ke sini tahun depan.
Dan mungkin jodoh barangkali.
Teee hee~ *gatai!*
Well, setakat berada di Manchester, jejak sudah di Edinburgh, Scotland dan Paris.
Kalau di Manchester, jejak kakinya banyak tertumpu pada shopping mall.
Mr. Hubby yang ngajar I ke shopping mall sentiasa.
Lalu, I pun suka hati dan riang ria menge-pow dia.
Hehe.
Banyak cerita nak cerita sebenarnya especially about Paris.
Indah khabar dari rupa.
Barangkali kami pergi tanpa tourist guide dan bak kata Mr. Hubby, "Kita gamble aje."
Owh! Bijak.
Tu belum lagi cakap ke sana tanpa any GPS or phone line.
Semua bergantung pada bertanya orang.
Lagi haru bila kena faham bahasa Perancis.
My, my, my...
Macam ayam dan itik.
Depa ayam dan kami itik sebab itik lagi comel :p

Minggu pertama ibu dan I datang, Mr. Hubby bawa ke Edinburgh, Scotland.
Dan selepas tu ibu pulang ke Malaysia.
Selepas tu Mr. Hubby dah cakap awal-awal akan ke London bawa I.
So, nak cari tiket murah, perlu naik bas ke Liverpool dan kapal terbang ke London.
Bila tunggu flight, dia bagi I tengok booking pass.
Sekali imbas, nampak "To: Paris Charles de Gaulle"
Dalam hati hanya cakap mungkin airport London tu nama gitu kot.
Hehe...
Dan sampailah Mr. Hubby soh tengok betul-betul..
Hehe...
So, we went to Paris!



Verseilles...
Tapak UNESCO...
Berkait dengan Marie Antoinette.
and it was such a beautiful scenery...
Subhanallah...


Another surprise~
Feels like I'm in roller-coaster! 
Disneyland Paris.


Banyak lagi nak diceritakan tapi...
Tak cukup dengan 1 entry je.
Mr. Hubby pun mengomel-ngomel nak guna lappy buat homework.
Nanti kena rotan katanya.
Hehe...

Merci.

Nov 25, 2013

Being Single

Hye peeps~!
Kegembiraan cuti sekolah bermula!
Gembirakah?
Alhamdulillah diberi kenikmaatan untuk bergembira.
Diberi rezeki dengan nikmat-nikmat dari Nya.
Well, soon, I'll be back to the status of a housewife to Mr. Fauzihan!
Terbiasa sudah berada di Miri as a single lady.
Opps! Lupa sudah. I baru je balik dari Miri flight hari Sabtu.
Mixture feelings in there sebab naik flight seorang diri and it was my first time!
My, my, my~
Feelings? Unspeakable. Fullstop.
So, esok malam, insha'allah...
Berangkat menemui Mr. Hubby tercinta di Manchester.
Flight Etihad yang berharga lebih dari gaji I sebulan.
A long distance relationship with a enormous price to pay.
But, whatever it is, doakan I selamat pergi dan pulang.
Moga-moga this unplanned trip ni sesuatu yang diberkati oleh Nya.
Ameen~~
Wife mana yang tak excited nak jumpa husband yang jauh dari benua Asia.
Baru I tau PJJ berkahwin lagi menduga perasaan.
Jiwa dan raga.
Ehem.
Hope to see you soon, Mr. P.
Dan jangan lupa pegang teddybear besar dan nama besar-besar I pada kertas besar masa di balai ketibaan nanti.
Teddy bear or bunny bear yang besar tau.
Okay?
*hehe. I know you won't do it :p*
Miss you badly, Mr. P~

Oct 20, 2013

Gua Niah Trip

Hye peeps~!
Pada 13 Oktober yang lepas, sedang orang sibuk siap-siap nak beraya haji, I tak balik rumah.
Sobs~!
Maka, planned ke Gua Niah.
Merasa sakit-sakit otot peha dan betis berjalan selama 1 jam.
Owh! Perjalanan yang penat!
Tapi, berbaloi dan rasanya ada second trip sebab tak sampai ke tempat lukisan zaman purba dahulu kala.
Penat weh!
Anyway, itulah antara cara-cara untuk I mengenali Sarawak.
Next time, bolehlah buat trip datang dengan I~
Hehe...








Sebelum jumpa Gua Niah, akan jumpa Gua Dagang dulu. 
Tempat persinggahan orang berdagang.

Tinggalan sejarah di Gua Dagang.


Kawasan perkuburan zaman purba.


Dalam kegelapan gua. Berhenti berehat!



Muka kepenatan tapi best!

Sep 21, 2013

Shopping at Miri

p/s: ini entry berkepam!

Assalamualaikum...
So, I baru je balik dari Majlis Penutupan Hari Malaysia.
Jubli emas untuk Sarawak ^^
Well, 3 minggu plus-plus di Miri dan alhamdulillah taklah susah sangat nak cari makanan halal sebenarnya.
Cuma kena rajin dan kadang-kala perlu spend duit sebab agak mahal jugak kat sini. 
Kalau malas nak masak, kena makan luarlah jawabnya.
Huhu~
Kadang-kala tu bukan malas memanjang tapi atas sebab kekangan kerja, keluar pagi pukul 6.30.
Balik sah-sahlah langit dah gelap.
Al-maklum Miri gelap cepat sangat.
Hehe...

Antara favourite makanan adalah Lelapan.



Means ada 8 jenis lauk dan nasi.
Mesti ada timun, kacang panjang, kubis, kangkung, tempe, tauhu dan sambal belacan dan ayam / ikan / daging / seafood.

Next, Rojak Sotong Kangkung / Tauhu

Sedap dimakan dengan ABC untuk minum petang ^^

Next, Acar.

Makan dengan keropok Terengganu.
Dalamnya ada betik muda, bijan dan cili.
Hard to explain but the taste?
Yummy, bah!

So, lepas ni nak rasa Mee Kolok pulak.
Belum sempat nak rasa tapi member-member kata Mee Kolok kat Kolej sedap.
Dan kek lapis Sarawak versi Miri pun sedap tapi apakan daya, belum mampu nak fly bawa balik ke KL.

Dan sini pun ada pasar sayur, ikan dan buah-buahan.
Lagi 'berselera' bila 'daging' Ball Python, labi-labi mahupun kura-kura turut dijual secara terbuka.
Ergh! Terasa sangkut makanan ditekak.
Walaupun dijual secara terbuka, tapi sendiri mau fahamlah sebab majoritinya bukan beragama Islam.
Yang Melayu dan beragama Islam ni kira cam kecil bilangannya.
Dan I respect orang disini yang memahami berlainan agama dan budaya.
Semuanya mereka ambil kira.
Tak adalah nak riuh sekampung.
Contohnya kalau kedai Cina tapi menjual makanan halal, diluar kedai akan ditulis "No Pork Serve Here".
Dan sebenarnya banyak je makanan halal disini cumanya nak cari makanan yang macam kat semenanjung tu payahlah sikit.
Setakat ni jumpa 2 kedai mamak dan 1 kedai Kelantan.
Dan lama-lama kamek sik boleh makan yang pedas-pedas sangat bah.
Perut sik biasa sudah (T.T)

Dan perkataan dari bahasa Sarawak yang I belajar adalah:
Sik = tak / tidak
Aok = ya
Nangga = tengok
Molah = buat
Cangkir = cawan
Berambeh = singgah
Tok / tek = ini

Sep 7, 2013

Cross Culture

Assalamualaikum...
Early morning at school and it is Saturday!
Sekolah ganti (>.<)'
Okeh! Siapa yang suka datang bekerja dihari SAbtu but then, it's fine for me.
Tapi mood tak berapa nak sama macam hari bekerja yang biasa.
Luckily tomorrow will be something special gonna happen to me.
I wish I could turn the clock!
*extra excited!*

So, rasa kejap je dah 3 minggu kat Miri.
Macam bermimpi!
Still adapting the current environment.
Guess what?
In only 1 day (and happens everyday), my brain need to process few languages and slang.
At school, 'need' to listen and speak bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Mandarin, and bahasa Sarawak.
Jarang-jarang juga dengan longhat utara.
At night, kecek klate sebab housemates ore klate.
Err... I think it's good even though sometimes my brain got confused.

However, the best part is I feel free to speak any languages and learn new words especially in English.
Kalau di Semenanjung, agak payah nak 'lawan-lawan' cakap bahasa Inggeris.
Mungkin dipandang poyo, mengada-ngada atau takut nak berbahasa.
Tapi disini? Freely to speak in English!
Grammar dan sebagainya lain cerita.
Lagi pun kolej I memang kluster bahasa Inggeris walaupun bukan semua cakap bahasa yang sama tapi effort itu penting.
Ye tak?

Kesimpulannya, datanglah dan bekerjalah di Sarawak (dan maybe juga certain places in Sarawak) kalau nak improve berbahasa Inggeris.
Frankly speaking, most of the time I try my best to speak and reply any conversation in English.
Is that heaven?
Hehe...

Anyway, can't wait for Sunday!
*means tomorrow!*

Jul 8, 2012

Customize Header

Hye again~
Long time not writing in here.
Been busy for a while.
*Sudahlah kau! time blaja dulu-dulu, busy. Sekarang pun busy!*
I wish I could put all together in one entry but... pfft!!
Never enough. The space, I mean.
Terlalu banyak!

Anyway, make it short. 
It is almost a month since I left IIUM.
Since then, asyik berjalan sakan especially spending my days with my beloved younger brother.
Dia dah jadi doktor! *doktor pelatih selama 2 tahun*
I'm not purposely bragging about this but just too happy for him.
Alhamdulillah, his houseman ship is at Kuching, Sarawak.
Already a week since he left us.
Hopefully, left us for for good.
Berkhidmat untuk manusia ^__^
Kalau ada masa, mungkin I akan ke sana.
Menebus peluang yang tak kesampaian masa internship hari tu.
Insha'allah~

So, my status?
Taken. Opps! Bukan yang itu ye. Hehehe...
Status taken bermaksud kembali kepada keluarga.
Serve for my parents since I'm away for 4 years.
Saban hari ada je kerja kat rumah. 
Kadang-kala pun tak melekat kat rumah.
Keluar hantar adik, hantar parcel untuk customers dan mencuci mata.
*perkara wajib untuk statement yang last tu. ngee~~*

Sementara tak bekerja ni, I menguruskan Garden of Crafts.


Nak kata banyak customer, taklah jugak but at least I have something to do at home.
Killing my time.
But at the same time, I do hunting for jobs.
Tak kiralah apa-apa pun.
Since I'm not sure whether I made through for posting *sounds scary when mentioned about posting*, so, I'm using my diploma as the beginning.
Look up for any kindergarten or daycare centre who need my service.
I am so excited about it and hopefully I've made it through.

Talking about posting, it is not like I don't want to be a counsellor at school but it is scary for me.
Being a teacher / counsellor must be very responsible towards person as a whole.
Bukan calang-calang orang boleh jadi educator.
Nak-nak dizaman moden ni.
Budak-budak sekarang lain...
But, kalau I diberikan amanah tersebut, I akan buat yang terbaik.

Ehem!
Terlajak pulak.
Sebenarnya nak cakap pasal my customize header ni.
I love transparent's header!
And I love pastel colour too!
Skill tambahan I masa cuti-cuti Malaysia ni.
Hehehe...
I tak pandai pakai Adobe Photoshop dan sememangnya pengguna Photoscape tegar!
Photoscape ni simple dan pengguna seperti I memang sesuai sangatlah pakai.
Kalau kat Photoscape tak ada transparent tools.
So, I guna GIMP.
Best jugak guna GIMP.
Next time I nak explore GIMP lagi~

Nov 11, 2011

11... 11... and another 11...

Hye peeps!
I baru je balik dari Ipoh~
Tak penat sangat tapi berdebar-debar sebab first time naik ETS *meh klik sini*
Sakit jantung jugak sebab banyak momokan dari my mum dan sedara-mara.
Tapi yang penting selamat sampai ^_^

*BF kecik. Tee hee~*

*Menikmati perkhidmatan ETS yang penyebab penyakit jantung*

Dan berakhir juga di station Rawang~

Owh! Terlupa pulak... 
Hari ni ada tarikh yang cantik. Jumaat pulak tu...
Kalau ikutkan kawan sorang ni, katanya nak menikah.
I wonder how she is right now~ Hehe...

Tapi pada I, siang tadi bila terpandang dua benda ni, sebak rasa hati...



Pemiliknya tidak kembali lagi...

Sedekahkan padanya Al-Fatihah~

Oct 7, 2011

Play Therapy @ USIM

Hye peeps!
Lama betul tak update blog ni. Busy sangat~ *iyolah tu!* ^_^
Lappy pun dah berabuk sebab lama dah tak buka. Ni sementara dapat online, maka jari-jemari ni dok sibuk menaip. Hehe.

Sejak I balik dari USIM minggu lepas, hari-hari dok cakap gaya ala-ala budak yang annoying. Mempraktikkan skil-skil asas Play Therapy. Hehe. Lalu, kami juga sudah jadi annoying juga dok tracking apa yang orang cakap. Hehe. Tapi I tak nak cakap banyak tentang apa yang kami belajar sebab payah nak explain...

Sorang lagi tak ada sebab gi melantak kot... Hehe

Makanya, in the end of the seminar, I lebih inspired nak jadi PLAY THERAPIST bila I dapat sambung Master nanti. Insha'allah, 5 tahun lagi I sambung ^_^

Dan I nak jadi macam Kak Ku~ Dia bakal Play Therapist ^_^

Sep 24, 2011

Awkwardness

Hye peeps!
I baru balik dari kenduri. Kenduri malam? Yup! Kenduri doa selamat. Jiran nak berangkat ke Tanah Suci Mekah. Semoga dapat haji yang mabrur ^_^

Tadi juga I berborak dengan Cikgu yang mengajar I masa sekolah rendah. 6 Semarak. Merangkap jiran I. Tiba-tiba dia tanya...

Cikgu: Awak nanti mengajar kat mana?
I: Oo... tahun depan baru gi mengajar, cikgu. Belum habis lagi.
Cikgu: O.o... baru praktikal la ni...

Reason for this conversation - I rasa awkward sebab cikgu bertanya kepada seorang bakal cikgu. Lepas ni I jadi lagi confuse kot. Hehe.

Then, I dapat news. Jiran I nak bertunang. Besar-besaran. ^_^ Okay. Wish depa kekal hingga ke jinjang pelamin ^_^. And me? Wallahualam...

Another news *just read from FB*. My ex-classmate is engaged. Congrats Lydia Chew and Edwin! And her twins, Esther Chew? When is your turn? *wink!*
*I wish mine will be like this. Sooooo sweet~*

Sep 18, 2011

My Day

Hi peeps!
Hujan hari ni. Sejuk je. Tenang hati nak menjahit untuk my CF~


Tapi semalam lagi best. Shopping! Tapi I tak guna duit PTPTN. Guna duit raya. Hehe. Apa-apa pun thanks to Mr. Petani Moden sebab temankan I bershopping sambil buat sesi yang tak munasabah. Nak beli barang pun sempat bersesi sebab tak tau nak pilih mana satu. Agaknya dia pun pening. Hehe. Maaflah ye~ Hehe. Tapi dia lagi dashyat sebab bila nampak harga barang murah, dia jadi tak keruan sebab banyak sangat yang BOLEH dibeli. Hehe.

Anyway, thanks gain to you Mr. Petani Moden ^_^


Okay. Nak packing balik UIA. Nak angkut balik semua masalah yang I tinggalkan kat depan pintu rumah Jumaat lepas *sigh*