Showing posts with label Miri with Love. Show all posts
Showing posts with label Miri with Love. Show all posts

Jan 12, 2014

Natural Beauty

Happy Sunday peeps!
Hari ni I nak cerita 1 cerita kat readers...
Last week was our Form 1 Orientation Day at school.
So, we collaborated with students Form Six Community (FOSCOM).
Jadi, kami bagi peluanglah kat budak-budak upper 6 untuk collect markah ko-kurikulum atau dengan perkataan lain, markah bonus.
Dan pada hari terakhir tersebut, I pun borak-borak dengan girls ni.
Dan soalan yang paling biasa adalah ini dan meleret-leret jadinya...

Student A: Cikgu dari mana ye?
Cikgu: Cikgu dari KL.
Student B: O... Tak macam dari semenanjung.
Cikgu: Hmm... tu la.. ramai teka cikgu ni dari Sabah atau Sarawak. Agak-agaknya kenapa ye?
Student A: Selalunya cikgu-cikgu dari Semenanjung ni ber-make up. Tak macam orang sini. Kami jarang make up dan pakai pun setakat eyeliner je. Jarang bha.
Cikgu: Eh.. Cikgu pun make up jugak pe...
Student B: O... sebab cikgu tak berapa nampak sangat make up. Yang lain make up tebal-tebal.
Cikgu: Kenapa orang sini tak make up?
Student B: Entahlah cikgu. Tak biasa itu dan tak perlu rasanya...
Cikgu: So, kamu nak kata orang-orang di Sarawak ni natural beauty. Macam tu?
Student A: Ha! Betullah tu cikgu! *dengan nada proud gitu dan gelak-gelak*
Cikgu: So, kalau macam tu, kamu kata cikgu muka macam orang Sarawak kan? Maknanya cikgu ni memang natural beauty lah! *nada mengena*
Student A & B: Haaaaaa!!!! Bukan macam tu cikgu! Haha... *sedikit menjerit dan gelak besar*

Well, they made my day! Haha... Seronok kalau dengan budak-budak sekolah ni because their way of thinking memang out of box! Masa diorang nak bagi jawapan tu, I'm expecting kata I ni berkulit cerah or muka tak macam Melayu ke. But then, wow! Rupanya orang Semenanjung ni suka make up tebal-tebal. At that moment I realized that memang sejak ke sini jarang I nampak orang localber make up bagai. Mungkin contoh-contoh cikgu di sekolah tu membuatkan mereka nampak obvious berbanding orang local. 

Natural beauty! haha!

But for me, I tak kisah sangat tapi tak bermaksud ke sekolah dengan selekeh. Janji letak bedak-bedak, blusher and lipstick / tint Moly / lipbalm berwarna. Dan paling penting, kecantikan I adalah milik Mr. Hubby seorang~ wnk! wink!

Jan 9, 2014

Bahasa itu Bangsa

Hye peeps~
Menjengah blog sekejap and it's been a while since my previous entry. 
Busy dengan budak-budak Form 1 berorientasi.
Form 1? Owh~! They are really naive and too adorable too!
Dah macam rasa rindu ketika zaman mengajar di daycare dulu.
So, masa nilah proses "pembesaran suara" berlaku.
Lama bha sik pakei suara lantang tokkk~~
Well, baru tersedar yang masuk tahun kedua di sini.
And my biggest concern is language.
Palau palak kamek!
Klaker bahasa Sarawak, kamek paham lagik tapi klaker Iban, Bidayuh, Melanau atau apa sahaja termasuk loghat pekat buatkan kamek sik tahan, bha~
Dengan rasa tak malunya, cikgu ini dok bertanya banyak kali.
Terpaksa sebab depa ni nangga kamek macam nya orang Sarawak jak.
Double palau palak~!
*realized that I'm using too many longhat / bahasa*

Well, this will take many year for improving my bahasa Sarawak.
And before I forget, last Wednesday we had our perhimpunan day.
Just click this to listen this...
I'm half Selangor and KL...
Just sort of tiny mini confusing.
Fuh! hard to say it but I fall in love with Sarawak, anyway~
Dan I merasai pe yang you rasa, Cik Nad ^^


** palau = pening
palak = kepala

Nov 10, 2013

Pregnant Lady's Story

Happy Sunday peeps!
Well, I'm enjoying my Sunday as 'single-mingle' lady at home.
Doing house chores, stuffed with laundry, cook for lunch and so forth.
What a pleasant Sunday!

So, the story about a pregnant lady?
Well, well, well... Just wait for it...
Let me begin with the 22nd August 2013.
It is Thursday and my first day at Kolej.
Remember that day I'm wearing blue Batik Kurung Moden with yellow hijab.
The first question from one of Kolej's counsellor, "Are you pregnant?"
Ehem! Seems like my fatty-bum looks like baby-bum.
*need to work out with my stomach part.. emmm...*
And of course I deny it even though I wish it is true that I'm a preggy lady after all.
 Then, the question become the most favourite part for the whole Kolej.
How I wish I'm pregnant :) *again*

Few weeks flies so fast and another story came out.
But this time around, the whole Miri knows it especially among the counsellors.
Mana taknya, di Miri sahaja ada 15 buah sekolah menengah.
My story is wayyyyyy too juicy to be heard.
Well, I'm supposed to serve at Sekolah Menengah Sains Miri.
Ehem! 
But, the headmistress would like to have the third counsellor which is a man rather than a women.
With the reason that they already have 2 counsellors which are women.
Then, they send my name to Kolej for fulfil the quota.

And last week, I heard a story from my another housemate.
All these time she's away, had her unpaid leave due to delivered her first baby.
Then, she told me something that unchain the whole story for the pregnant lady part.
Well, supposedly, a pregnant lady (a counselor) is posting to this school.
However, she refused to come and ask from KPM to placing her to another school which is in Semenanjung.
She's about to deliver her baby in October. 
So, during the posting, it's still in July.
She can't make it because her condition is not allowing her to fly to Miri.

And that's the Pregnant Lady's Story is all about.
Unchain everything and I'm quite famous due to this story...
Miri kecik je.
Ke mana-mana jua, ceritaku boleh tersebar.
Huhu~

Moral of the story:
Cakap siang, pandang-pandang.
Cakap malam, dengar-dengar.

Oct 20, 2013

Gua Niah Trip

Hye peeps~!
Pada 13 Oktober yang lepas, sedang orang sibuk siap-siap nak beraya haji, I tak balik rumah.
Sobs~!
Maka, planned ke Gua Niah.
Merasa sakit-sakit otot peha dan betis berjalan selama 1 jam.
Owh! Perjalanan yang penat!
Tapi, berbaloi dan rasanya ada second trip sebab tak sampai ke tempat lukisan zaman purba dahulu kala.
Penat weh!
Anyway, itulah antara cara-cara untuk I mengenali Sarawak.
Next time, bolehlah buat trip datang dengan I~
Hehe...








Sebelum jumpa Gua Niah, akan jumpa Gua Dagang dulu. 
Tempat persinggahan orang berdagang.

Tinggalan sejarah di Gua Dagang.


Kawasan perkuburan zaman purba.


Dalam kegelapan gua. Berhenti berehat!



Muka kepenatan tapi best!

Oct 18, 2013

Only Me

Okeh. I post this picture untuk tatapan seseorang.
Dia bagi tau I yang kunun-kununnya dia buat picture I kat desktop.
Terharu I diawal pagi *waktu di Miri. bukan semenanjung. ehem!*
Dan I pun tak ngaku kalah bila I pun tunjuk desktop I yang lagi canggih dengan gambar-gambar kahwin. Hehe.
Anyway, I ada post picture ni kat Instagram. 
Orang tu kata I makin berisi...
Berisi makanan.
Hehe...


Dan yang ni kaunselor KTDTHB.
Namanya Norshida.
Single and available.
Hehe...

Sep 21, 2013

Shopping at Miri

p/s: ini entry berkepam!

Assalamualaikum...
So, I baru je balik dari Majlis Penutupan Hari Malaysia.
Jubli emas untuk Sarawak ^^
Well, 3 minggu plus-plus di Miri dan alhamdulillah taklah susah sangat nak cari makanan halal sebenarnya.
Cuma kena rajin dan kadang-kala perlu spend duit sebab agak mahal jugak kat sini. 
Kalau malas nak masak, kena makan luarlah jawabnya.
Huhu~
Kadang-kala tu bukan malas memanjang tapi atas sebab kekangan kerja, keluar pagi pukul 6.30.
Balik sah-sahlah langit dah gelap.
Al-maklum Miri gelap cepat sangat.
Hehe...

Antara favourite makanan adalah Lelapan.



Means ada 8 jenis lauk dan nasi.
Mesti ada timun, kacang panjang, kubis, kangkung, tempe, tauhu dan sambal belacan dan ayam / ikan / daging / seafood.

Next, Rojak Sotong Kangkung / Tauhu

Sedap dimakan dengan ABC untuk minum petang ^^

Next, Acar.

Makan dengan keropok Terengganu.
Dalamnya ada betik muda, bijan dan cili.
Hard to explain but the taste?
Yummy, bah!

So, lepas ni nak rasa Mee Kolok pulak.
Belum sempat nak rasa tapi member-member kata Mee Kolok kat Kolej sedap.
Dan kek lapis Sarawak versi Miri pun sedap tapi apakan daya, belum mampu nak fly bawa balik ke KL.

Dan sini pun ada pasar sayur, ikan dan buah-buahan.
Lagi 'berselera' bila 'daging' Ball Python, labi-labi mahupun kura-kura turut dijual secara terbuka.
Ergh! Terasa sangkut makanan ditekak.
Walaupun dijual secara terbuka, tapi sendiri mau fahamlah sebab majoritinya bukan beragama Islam.
Yang Melayu dan beragama Islam ni kira cam kecil bilangannya.
Dan I respect orang disini yang memahami berlainan agama dan budaya.
Semuanya mereka ambil kira.
Tak adalah nak riuh sekampung.
Contohnya kalau kedai Cina tapi menjual makanan halal, diluar kedai akan ditulis "No Pork Serve Here".
Dan sebenarnya banyak je makanan halal disini cumanya nak cari makanan yang macam kat semenanjung tu payahlah sikit.
Setakat ni jumpa 2 kedai mamak dan 1 kedai Kelantan.
Dan lama-lama kamek sik boleh makan yang pedas-pedas sangat bah.
Perut sik biasa sudah (T.T)

Dan perkataan dari bahasa Sarawak yang I belajar adalah:
Sik = tak / tidak
Aok = ya
Nangga = tengok
Molah = buat
Cangkir = cawan
Berambeh = singgah
Tok / tek = ini