Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Jul 3, 2013

Wedding 26.05.2013

Okeh.
Yang ni bukan semua I upload dalam facebook.
Edited and unedited.
Hehe.





Never expect my wedding will turn out like this.
Puas hati dan berbaloi dengan persiapan hanya 3 bulan.

















Still lepas tengok all these pictures, I freak out.
Tengok muka lain bebenor.
Mr. Husband kata muka I lagi 'okay' without make up.
Anyway, bukan setiap hari dia nak tengok isteri dia make up tebal seinci.
Ye tak? ^_^

The special part is bila kakak photographer tu panggil kami 'adik' dan 'abang'
Dan ada orang tu nak gelak-gelak dengar gitu.
Malu I~
Auuw~
But in the end of the day, barulah tau betapa penatnya senyum memanjang.
Lenguh muscle di pipi.
Tak apa, mengurut muscle di muka.
I wonder how the celebrities and models deal with it?
Biasa dah kot...

 And special request...
Jauh dari utara...

Mendoakan dia cepat bertemu jodoh dan menjadi 'imam' yang dicari-carinya selama ini.
Ameen~
*Ameen kan dia ramai-ramai ye ^^ *

Credit to:
Full package by Warisan Baiduri.
Photographer by FirmanKreatif.
Location: S.K Bandar Baru Selayang (2) & Taman permainan Bandar Baru Selayang.

May 9, 2013

Bertukar Status

Hye peeps~
So, entry kali ni memang dah dekat dah masanya.
15 hari lagi untuk bertukar status dar 'Cik' kepada 'Puan'.
I'm going to miss the 'Cik's status.
Auww~

So, seems like time flies toooooooooooooooooo fast.
Being busy go here and there since I'm the one who running my own wedding.
Banyak benda nak dibuat dan I jenis selagi boleh buat, tak perlu minta bantuan orang.
Sampaikan mak sedara cakap, ' Kau ni ada berapa tangan? Semua nak buat sendiri.'
Hah! Amik kau!
Dan baru I sedar yang I perlukan orang...
Since ayah pun dah masuk hospital untuk kali keempat, hopefully he's able be strong in order to attend his own daughter's wedding.

Alhamdulillah, I'm lucky to have many supporters around me.
Banyak cerita-cerita yang inspires me. 
Ada beberapa orang yang I jumpa memang pernah mengalami situasi macam I.
Anak kahwin dan parents sakit.
Dan paling menyedihkan bila ibunya (penghidap kanser) masih sempat melihat anaknya nikah disaat-saat akhir sebelum meninggal.
Ibunya meninggal sehari selepas itu.
Dan ada yang dikala beberapa minggu sebelum wedding, ayahnya terkena serangan kanser untuk kali kedua.
To tell the truth, I am NOT alone...
They are inspired me so much~!

Well, at the same time siapa tak rasa gembira sebab nak kahwin.
Semua orang especially perempuan idamkan this big day.
So, lately been busy with these stuff~






So, all in progress..
Dan yang belum dapat kad kahwin, sila tunggu dan bersabar ye ^^
Tak lupa juga sedang menunggu keputusan interview SPP.
Setiap 30 minit, refresh website SPP.
Punyalah berdebar-debar.
Hehe

And just to show you that this is the current condition of my Ayah.
Ayah, please be strong~
And pray for him ya~

Mar 8, 2013

Semalam, hari ini, esok, lusa, tulat dan bila-bila

Fuh! title punyalah panjang.
Tak ada idea nak letak title pe.
Anyway, hye readers~
Tengahari sudah.
Dikala ini, ibu sibuk di dapur dan anak daranya pulak sibuk berblogging.
Hoh! Perangai~
Hehe...

Dah berhari-hari nak update blog tapi tak tercapai.
So, sementara ada idea ni, eloklah menulis sesuatu.
First of all, alhamdulillah interview semalam dah selesai.
Nervous bukan main lagi.
Tapi bila dalam bilik, dah macam tak ada perasaan.
Semua soalan yang diajukan memang tak ada apa yang I baca.
Dan I pun tak tau la pe menda-menda yang I jawab.
So, result tak taulah macam mana nanti.
Okay ke?
Hmm...

Selesai temuduga semalam, bermula hari ini, I akan sibuk kembali menguruskan hal kahwin.
Owh! terlupa...
Insha'allah dalam masa lebih kurang 2 bulan lebih ni, I akan jadi isteri orang.
Ouch! Sounds like berat tanggungjawabnya.
Well, sebenarnya it was decided by my parents and made a first move for it.
Not requested by my fiance's side.
Since I pun tak tau bilanya nak posting dan my fiance pun kalau rezekinya untuk sambung belajar di overseas (insha'allah~), maka itu yang menyebabkan my parents tak berfikir panjang.
Sorang dok sana, sorang dok sini.
Bila fikir-fikir balik, entah bilanya nak kahwin nanti.
Yang si dia confirm selepas setahun baru balik Malaysia.
Soon, bulan 7 puasa, bulan 8 raya dan si dia akan berlepas pada bulan 9.
So, tak ada masa yang sesuai lagi.
Nak ikutkan my parents nak menikahkan je dulu.
But then, nak jugak buat makan-makan sikit.
So, kenduri besar terus jawabnya....

Alhamdulillah juga Tok Kadi kata ON.
Dewan sekolah pun dapat jugak.
Lagilah dekat dengan rumah. 
Nak jalan kaki pun boleh sangat (I mean berjoging. hehe~)
Scenery dewan sekolah tu atas bukit.
Ehem...
Juga kami adalah bakal pengantin pertama yang berkenduri disitu sebab Guru Besarnya baru buka kepada orang ramai untuk buat kenduri atau majlis disitu...
So, rezeki kami...
Alhamdulillah~

So, insha'allah, bulan Mei adalah bulan yang dinantikan...
Doakan segala urusan dipermudahkan~
Ameen~

Feb 1, 2013

DIY Hantaran

Tak mo taip panjang-panjang.
So bolehlah ke link ini~


Sila, sila~

Jul 11, 2012

Untuk Cikgu Nadiah juga...

Hi~
I menaip lagi dan menge-post entry.
Kali ni melibatkan Cik Nad jugak.
Dah lama nak post tp tak sempat-sempat.

Hm... selepas sebulan lebih meninggalkan tempat kami internship, I selalu dihujani PM Facebook, texts dan panggilan telefon dari students.
*konon-kononlah tu*
Antaranya adalah yang merindui kami berdua.
Ala-ala dimana ada Cikgu Ruzanna, disitu ada Cikgu Nadiah.
Dan dimana ada Cikgu Nadiah, disitu ada Cikgu Ruzanna.
I malu~ tee hee hee~
*konon-kononlah malu*

Tapi kan...
Ada suatu malam tu, masa tu on the way dari Besut nak balik Selayang.
I dapat message yang tak dikenali.
Bila dah message banyak-banyak, baru tau kelas tu antara yang ternakal sekali.
Message yang berbaur kerinduan.
Hehe...
I pun cakaplah terima kasih kerana masih ada yang ingat dan merinduiku.
*Ecece~*
Dan dia balas...
"Kitorang suka cikgu sebab cikgu cantik dan baik. Cikgu Nadiah pun sama :)"
*sila baca ye Cikgu Nadiah*
Owh~!! mau pengsan kejap.

Err...
Speechless.
Cantik?
Padahal gi sekolah memang selekeh.
Kadang-kadang tak sempat make up pun.
Tenyeh Lip Ice sheer colour je.
Kalau tak sempat blusher, tenyeh je lipstik merah kat pipi.
*salah satu tips 'kecantikan' untuk wanita bekerjaya. SILA jangan amalkan*
Kadang-kala even tak sempat pun sapu bedak kat muka.
Celah mana cantik...?
*thinking hard*

Baik?
I ni punyalah garang, dikatakan baik.
Nak-nak yang kelas nakal-nakal tu.
Suara dah boleh tembus 3 kelas.
Muka je tak garang.
Nak nampak garang, tenung je lama-lama.
Buat muka serius.
*tips untuk jadi cikgu yang garang tak memerlukan suara*

Dan masih menyimpan message itu...
Teringat jugak ada student cakap...
"Kalau cikgu sekolah campur, mesti ramai budak lelaki yang suka cikgu kan?"
Ha?! Apakah...?
Terasa nak pengsan tu ada sampai sekarang.
Tu belum lagi orang cakap Cikgu Nadiah tu macam muka Ayu Raudhah.
Berjuta-juta kali lagi pengsan-bangun-pengsan-bangun.
Hehe...

Anyway, really miss working with my partner, Cikgu Nadiah~

Jun 3, 2011

My Normal Days... again.

Morning peeps!
Pagi-pagi online pulak. Kebetulan all my roomates dah balik kampung. I keseorangan pulak. Huwa~~~~! Ehem! It's okay anyway. Line wifi kuat sket nak online ni. Hehe. Well, cepat betul Jumaat berlalu. Banyak betul nak kena buat. Tapi baru sikit je yang dah capai. Tapi takpe. Make it another day.

Okay. Program Appreciation Dinner 2011 dah pun selesai. Dinner untuk Cohort 1. 1st batch students of Education (Guide, Tesl and Ta'asl). Then I berangan-angan nak dinner macam diorang bila I dah graduate nanti. Tapi kena grand sketla. Hehe. Berangan pulak nak pakai lawa-lawa even sanggup gi beli paju. From top to bottom. Then, Cik Nad mencelah pulak. Suruh bawak "handbag". At least 1 or 2 "handbag". Tapi kalau dapat bawak 1 "handbag" pun okay gak. Hehe. Ish! berangan sungguh I ni. Tapi tak kisahlah. I nak jugak grad cepat-cepat. Then, menikah. Menikah tu second requirement of my family yer. Then, posting. Tak posting pun, I kena cari back up keje kat mana-mana. finally, 5 years from graduated, mesti sambung at least master. But all these just a plan. He knows better. 

Ehem! tersasul pulak. I nak tunjuk pictures sket. Nak upload banyak-banyak, tak ada koleksi banyak-banyak. Hehe.
With my CF~ Love this picture, anyway. ngee~~

Amik gambaq tak tunggu ceq pun ~_~

Gorgeous Girls in here~ woot! woot!

Ehem! no comment.

With my bestie~

With Mr. Clone, Lukman.

Well, that's all for today. Chiao!

May 18, 2011

Setiap yang hidup itu akan mati...

"Apabila anak Adam itu meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariahnya, anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat." (riwayat Muslim)

Buat arwah atuk yang kami sayangi, kami merelakan pemergianmu. 16 Mei akan menjadi ingatanku kerana kali pertama menyambut Hari Guru sebagai seorang guru (walaupun guru pelatih sahaja). Juga telah lahir seorang cicit pertama tapi tak sempat melihat kelahirannya. Walau apa pun, moga-moga atuk hidup tenang disana. 
Selamat tinggal atuk... Al-Fatihah buatmu...

May 7, 2011

RapidKL dan Touch n Go

Hi peeps!
Sihat? Dah makan? DAa tido? Huhu. Merapu! Anyway, I baru je sampai rumah about an hour ago. Keluar dengan orang tersayang yang almost 2 bulan tak jumpa. Excited pada asalnya tapi jadi emo bila kenangkan RapidKL dan Touch n Go. Sekarang bertukar sistem sehingga kadang-kala agak menyusahkan orang ramai. Dulu senang je. Bawa duit cukup-cukup, masuk bas, bayar kat pemandu, dapatkan tiket dan terus duduk. Sekarang? Advance tapi leceh.

Kenapa advance dan bagus? Sebab:
~ Hanya bawa kad Touch n Go. Tak perlu bawa duit banyak-banyak.
~ Jimat masa sebab hanya perlu touch kad tu je.
~ Boleh reload banyak mana pun.

Keburukan? Banyak! Antaranya:
~ Orang takde kad terpaksa beratur dan beli kad sampaikan jam dibuatnya. 
~ Buang masa orang sebab kena tunggu lama sehingga pakcik bas tu habis settle kan pembayaran kad.
~ Orang yang hanya kena bayar RM1 untuk perjalanan dekat, terpaksa beli kad. sedangkan tak perlu pun.
~ Kena reload bila kad berbaki RM2.50. Kurang dari tu dikira takde kredit.
~ Bila nak reload, nak masukkan duit ke dalam mesin sangat mengambil masa sebab mesin tu takleh detect duit. Duit licin sangat.
~ Guna sistem canggih tapi bas keluar masuk hanya setengah jam hingga sejam baru dapat naik bas. Alahai...
~ Dah tu pulak kat kawasan Selayang hanya ada RapidKL. Metro dah tak ada! Nak keluar rumah dengan guna public bus dah macam nak menangis!

So, untuk hari ni, I duduk dalam bas tu almost 2 hours! Bukan jam tapi sebab orang nak beli kad. Dah tu pulak bila tak ada kad, orang tu tak boleh naik bas. Sistem begini dah macam MEMAKSA pelanggan untuk ikut cara ini. Sebagai pelanggan seharusnya ada rights untuk memilih tapi dah lain pulak. Kan tak adil tu...

Juga masa terbuang begitu sahaja disebabkan sistem yang kurang efisyen. Dah 3 kali naik bas dalam masa 2 minggu ni. Maka, I dah merasai azabnya. Mula-mula boleh tahan tapi lama-lama? Wallahualam....

First Week @ SMKDE

Hi peeps!
First week of my school days as a practical counsellor had already completed. Menempuh 3 hari yang pertama agak sedikit mencabar. Lebih ke penat dan tak cukup tido. Mungkin bercuti 3 minggu yang membuatkan I lena sangat. Tapi sebenarnya a few days before I masuk kat sekolah, my life kat rumah a bit hectic. Banyak angkat berat-berat, tak cukup tido and not enough rest. Then, berlanjutan hingga ke hari sekolah. Gagahkan diri jugak ke sekolah with my red-dry eyes sampai cikgu-cikgu dan students naik takut tengok I. That is my major fears in the first place. Lebih-lebih lagi kalau buat sesi. Risau client kurang percaya dan takut tengok mata I yang merah-merah, yang disangkakan sakit mata. I can't avoid that. For me, rest means have enough sleep on my bed. So, mungkin 6 minggu yang akan datang my life will be stabil. Hopefully! *crossing my fingers*

Back to main story. First day kat sekolah rasa macam NAK BALIK RUMAH. Padahal, baru setengah jam, dah dok merengek-rengek kat Cik Nad untuk pulang ke rumah. *mentang-mentang rumah kau dekat!* Sebab? Kena transfer ke sesi petang sedangkan kami amik class disebelah petang. Ditambah pula kami memang dah tak boleh tangguh lagi untuk amik subject tu sebab tak nak extend 1 semester lagi. Tak perlu pun sebenarnya sebab jadual dah cantik-cantik je. Tak kacau orang bak kata Cik Nad. Jenuh turun naik tangga dan ke sana sini untuk dapatkan penyelesaian. We are almost 'get' a chance to change school!. It is not the best solution anyway. Sekolah dah okay sebenarnya. Maka, tak bolehlah angkat kaki atas sebab kena tukar ke sesi petang. Huhu. Sangat immature and unprofessional kalau buat macam tu. Am I right? Finally, we decided to stick with this school and 'hidup' dua alam. Isnin dan Rabu pergi sekolah sesi pagi. Selasa dan Khamis dok kat sekolah for the whole day from 7:20 a.m. until 6:40 p.m. Ni pun tak cukup lagi jumlah jam yang kena habiskan. Hopefully dapatlah settle (-_-!)

Sekarang ni, my another major concern is the shifting of my language. Belajar dalam English, sampai sekolah totally in Malay. Mungkin terlalu 'selesa' maka nak shift pun macam kelakar. Juga first time buat proposal dalam Bahasa Kebangsaan. Ada juga kata-kata sinis dari seseorang yang lagaknya kami ini 'bersalah' sebab belajar dalam English. Haish! Payah. Tapi tak apalah. Standart macam tulah. Takleh kata pape. Buat je sehabis baik!

Lain-lain perkara? Alhamdulillah banyak benda dah start buat. Cuma paling gerun bila nak buat sesi. Even though pernah buat with real people, tapi rasanya diri ni macam kecik je bila ada dalam bilik kaunseling. nak gunapakai teori pun entah bila nak selitkan. Taknak macam 'sembang-sembang makcik'! Mungkin I perlu berdikit-dikit dulu. Kasi panas dulu baru okay kot... Huhu. Insha'allah minggu depan Cik Nad and I akan bagi talks about "Belajar Kemahiran Belajar". Sounds like weird sebab gunapakai teknik tu pun hanya 20%. Selebihnya entah ke mana. hehe. Harap-harap tak bagi salah ilmu. Juga berusaha cari client! Menyelam sambil minum air.

Buat masa ni Cik Nad tinggal dengan I. Rumah family. Kadang-kala risau jugak if we ended up with arguments. Mau tinggal 6 minggu lagi, ma...! Kalau gaduh-gaduh mau tak haru dibuatnya. Nanti tinggal aje Cik Nad ke sekolah dengan berjalan kaki. Ngee~~ Tak pun suruh je dia tido dalam stor dengan hamsters. Hehe. *jangan risau, hamster I baik ye Cik Nad! Hehe*

Hari ni dah pun pagi Sabtu. Rasa singkat sangat masa nak bercuti. Lepas Zohor nanti nak keluar dengan orang tersayang. Dua bulan tak jumpa. Nak ikutkan badan penat tapi kalau tak jumpa, entah bila dia nak turun KL. Payah kalau macam tu. Masa itu penting. Sebab? I nak kejar banyak benda dengan kekurangan yang ada pada I. Harap-harap I dapat habiskannya (^_^)...

Before I forgot... I suka dapat title CIKGU sebab macam sweet je bila ada orang greet with that title. Cuma bila dah pegang title tu, banyak tanggungjawab yang kena pegang. Banyak juga beheviour yang kita kena jaga. Anak murid hanya kenal kita dari luaran kalau belum tahu dalaman... *aku tak merepek, okay?*

May 1, 2011

Selamat Pengantin Baru, Puan Aien~

Salam~!
Huu~ finally dah kawen pun my BFF ni. Agak sedih gak sebab kawanku dah dicurik Inchik Khalik. Hehe. Anyway, I doakan depa semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga~ Juga dapat anak ramai dan sila cepat-cepat yer supaya I leh jadi aunty. Hehe.

*time selepas nikah. haish! tersilap hug. hehe*

*my ex-school mate... sekolah rendah, Shut*

*majlis resepsi sebelah Aien*

*majlis resepsi sebelah Khalik*

Thanks kawan-kawan sebab membenarkan I mencuri pictures ini. Hehe. Masa resepsi Aien tak dapat bergambar sebab protocol dari Istana Pahang. Ada orang penting yang hadir dari Pahang. Then, I pulak datang dengan family. So, takleh wat pape la... sob! sob! Jealous depa dok bergambar sakan (>.<)

Apr 28, 2011

Anak Dara

Hi again!
I baru je post entry pendek dan I post lagi sekali. My mum tak benarkan I jadi pengapit. Sebab? Orang tua-tua kata tak elok jadi pengapit. Tak manis. I siap call Opah Siah untuk pengesahan. Maka, I memang tak jadi pengapit. Berat hati sebab my BFF yang nak kawen. Berat hati jugak nak call dia. Bila dah call, alhamdulillah kawan dia jadi untuk jadi pengapit. Thanks to kawan Cik Aien because you saves my day and Cik Aien's day. Do please redeem your reward at akhirah. XoXo. Sorry jugak Cik Aien kerana menghampakan anda. Huhu.

As last reminder: ANAK DARA DILARANG SAMA SEKALI JADI PENGAPIT. Tak manis you~~!

Saya seorang Penyegan

Hi Peeps!
I baru je lepas-lepas mengemas. Tolong-tolong for dinner. Then Cik Aien call. Dia mintak tolong something yang I pun tak jangka dan tak nak sebenarnya sebab segan sangat. Tak pernah bermimpi pun. Jadi PENGAPIT. Uwaa! Have to sebab kawan dia dapat call yang atuk dia baru je meninggal. Innalillah...

Aish! Malu I macam ni. Dahlah majlis resepsi dia agak grand. Mana mau I sorok muka ni. So, kena cari baju purple. Mana I nak cekau ni. Cik Aien kata pengapit simpanan. Tapi I rasa tak. Adeh! One more thing, betul ke banyak kali jadi pengapit, kawen lambat? Haish! Simpang jauh. Huhu.

Tersalah tengok. Benci tapi suka!

Hi peeps!
Hari banyak pengalaman yang baik punya! Sampai penatlah jugak. Patutnya hari ni I ada date dengan doctors *more than 2. ngee~~* Tapi tau-tau I dah tersilap tarikh. mati-mati ingat hari ni rupa-rupanya esok. Auuww~ Memenatkan diri bangkit awal pagi. Kunun-kunun biasakan diri untuk minggu depan. Adeh! Ni pun baru je balik. Nasiblah tadi terserempak dengan sekumpulan doctors yang menarik untuk dilihat. ngee~~ *aksi menggatai~* Sejuk sket hati. Hehe.

Dah alang-alang turun bandor *bandar lah sangat!* I terus ke jalan TAR. seawal 9 pagi. Lenggang je. Betul kata Cik Nad. Best shopping pagi-pagi. Kedai-kedai bukak 10 pagi lalu I pun melilau entah ke mana-mana. Nak beli kasut je pun. Sambil tu check kedai lain gak. Cari jugak make up. Tapi tak beli. hehe. Bila dah pukul 10, serbu kedai Bata. My favourite shoes store. hehe.

Belinya kejap je tapi tunggu bas punyalah panas hati. Bas Metro dah tak ada hala ke Bandar Baru Selayang. RapidKL je yang ada. Dah tu pulak sejam sekali. Ditambah pulak ada yg "Touch n. Go Service Only". Haish!  Takkan nak beli kad semata-mata RM5 kot. Balance? Entah bila nak pakai. Dah 12.20 baru dapat bas. Okaylah. Cool je lagi. Malas nak penat-penat marah. Masa tunggu tadi pun nasib ada mamat encem kat sebelah. Dia pun nak hot gak tadi bas lama gila tak ada. *alasan ler tu....*

Dah naik bas, lalu pulak sekolah yang bakal I pergi by next week. Observe budak-budak ni. Sempat jugak borak dengan sorang student yang dok sebelah I. Tanya tambang pe semua. Kunun-kunun bersembang dengan FUTURE STUDENT. Lagi berdebar wo! Tapi tak apa. Tunggu minggu depan yer murid-murid. Sesiapa yang cam I dalam bas tadi, mungkin terkejut. Hehe.

Okaylah. Mau tido. Mengantuk. Esok kena gi hospital... AGAIN! Duh! Benci tapi suka~ *hanya bila ada doctor encem. hehe* Chiao!

Apr 23, 2011

Hari-hari terakhir sebagai 'single'

Selamat petang!
Dah minum petang ke? Hm... I tak buat pape untuk minum petang. Sekadar buat air bujang je. memang kebiasaan macam tu. Muka pun mengantuk sebab baru bangun tido. Biasalah bila dah hujan.... ngee~~

Tadi menemani Cik Aien I ke Pandan Indah. Dia hantar barang-barang hantaran untuk Jumaat ni nikah. Banyak jugak barang-barangnya. Macam cincin untuk lelaki, notebook, jam, tali pinggang, kasut, baju kemeja, sejadah dan lain-lain. Tu antara yang I ingat. 

*yang tudung biru, tuan yang buat hantaran. tudung hitam tu Cik Aien*

Kakak ni buat hantaran + pelamin. Tengah pregnant lagi. Hantaran yang paling I suka adalah cincin dan jam tangan Tissot. *nak mintak future husband aku pakai jugak!*



Juga melayani kerenah anak akak yang comel ni. Aktif + suka posing. *dah besar nanti leh amik jadi spare part. ngee~~*

Comel tak, Iqbal~?

Apr 21, 2011

Keluar Malam

Hi peeps!
Hm... setelah 2 minggu I kat rumah, barulah dapat jumpa dengan my BFF, Cik Aien. Opps! Bakal jadi Puan Aien. Tak sangka Jumaat depan dia bakal menjadi isteri kepada En. Khalik. Tadi pun cam agak sedih. Tak tau kenapa. Dia pun macam sedih untuk meninggalkan zaman bujangnya, fikirkan untuk jadi bini orang, nak ada anak dan segaa-galanya la. Tapi dia menahan sedih. I pun sedih sebab lepas ni nak kuar hang out mesti payah kot sebab dia dah ada suami. Takkan kalau nak hang out Khalik kena ada? Cian Khalik and mungkin kurang selesa. Lainlah kalau I pun ada husband. Hehe. Takpe ye Cik Aien, I dah kawen nanti kita buat double date! Hehe.

Tadi pun I dapat birthday present in advance. Seronok~! Smells good too!


Entah mimpi apa nak bagi in advance. Mungkinkah....? Takpe. Bersangka baik. Love you, my BFF. Hope that you will live happily with your new life~

*sob! sob!*

Apr 18, 2011

To KL with Love

Hi peeps!
Siang tadi I menghabiskan masa untuk berjalan-jalan. Again... Tapi dengan motif. Hehe.
I ke Kg. Pandan, Cheras untuk hantar puppet yang I pernah post dulu (click sini) yang berlink dengan my another blog. 



Bila sampai je, I jumpa cikgu-cikgu yg pernah jadi my colleague. Tak sempat jumpa my ex-students. Miss them anyway~ Then, gerak ke bilik guru besar. Lama jugak berrborak dalam tu. Dia berkenan dan nak I professionally mengajar students diorang. Cuma tunggu keputusan je... *wink~* Mengajar sambil bersedekah. Cikgu tu nak bayar tapi I okay je nak dibayar berapa pun sebab budak-budak ni disabled. Tak salah sesekali nak menderma dengan cara sebegitu. I tak ada duit nak sumbang tapi dengan cara mengajar skills, apa salahnya kan kalau nak bersedekah dengan cara tu? Sedekah itu bukan hanya wang ringgit sahaja. 

Dulu masa I buat practical kat sana, I mengajar art and crafts. Bahan-bahan macam water colour semua I kuarkan duit sendiri. I tak ada duit nak bagi tapi mungkin dengan cara begitu lagi okay kan sebab budak-budak ni memerlukan skills yang mungkin dapat menambah kekurangan mereka. *miss them anyway :( *

Okay, enough for that story. I pun beredar ke Lorong Hj. Taib. Bertemankan my mum and Aja. Beli barang-barang kuih. As usual my mum belanja sampai RM200++ padahal dalam kete dah cakap nak beli sikit je. Huhu. Tak leh caya betul.

*berkenan tapi tak beli*

*rambang mata*

*candid*


Owh! Ada jugak I menempel. Of course~! It's my blog!

Bershopping mencari pendrive

Good Morning, peeps! *yela... pukul 12 lebih a.m. kan...?*
I baru je balik dari Tesco Extra, Selayang. 
Motif: mencari pendrive 4gb yang comel dengan harga RM17+ daripada harga asal RM24+.

*pendrive ni comel membuatkan I cair~~~ fuh! fuh!*

 Tapi kecewa sangat. pendrive tu TIADA! Entah habis, or stock sengaja dikurangkan. *pikir bukan-bukan* Macam tak logic je. Hampau tau sebab hari tu nak beli tapi kena pikir sebab nak beli buku Yakjuj Makjuj. Bila ada peluang... hampeh. Mungkin belum ada rezeki. Lastly I beli ini...


Maka, tak rugi juga sebab I tak perlu keluar 1 sen pun. I pow my mum. Hehe. Harga 3 botol, RM10. *puas hati aku! muhahaha!*