Apr 28, 2011

Anak Dara

Hi again!
I baru je post entry pendek dan I post lagi sekali. My mum tak benarkan I jadi pengapit. Sebab? Orang tua-tua kata tak elok jadi pengapit. Tak manis. I siap call Opah Siah untuk pengesahan. Maka, I memang tak jadi pengapit. Berat hati sebab my BFF yang nak kawen. Berat hati jugak nak call dia. Bila dah call, alhamdulillah kawan dia jadi untuk jadi pengapit. Thanks to kawan Cik Aien because you saves my day and Cik Aien's day. Do please redeem your reward at akhirah. XoXo. Sorry jugak Cik Aien kerana menghampakan anda. Huhu.

As last reminder: ANAK DARA DILARANG SAMA SEKALI JADI PENGAPIT. Tak manis you~~!

Saya seorang Penyegan

Hi Peeps!
I baru je lepas-lepas mengemas. Tolong-tolong for dinner. Then Cik Aien call. Dia mintak tolong something yang I pun tak jangka dan tak nak sebenarnya sebab segan sangat. Tak pernah bermimpi pun. Jadi PENGAPIT. Uwaa! Have to sebab kawan dia dapat call yang atuk dia baru je meninggal. Innalillah...

Aish! Malu I macam ni. Dahlah majlis resepsi dia agak grand. Mana mau I sorok muka ni. So, kena cari baju purple. Mana I nak cekau ni. Cik Aien kata pengapit simpanan. Tapi I rasa tak. Adeh! One more thing, betul ke banyak kali jadi pengapit, kawen lambat? Haish! Simpang jauh. Huhu.

Tersalah tengok. Benci tapi suka!

Hi peeps!
Hari banyak pengalaman yang baik punya! Sampai penatlah jugak. Patutnya hari ni I ada date dengan doctors *more than 2. ngee~~* Tapi tau-tau I dah tersilap tarikh. mati-mati ingat hari ni rupa-rupanya esok. Auuww~ Memenatkan diri bangkit awal pagi. Kunun-kunun biasakan diri untuk minggu depan. Adeh! Ni pun baru je balik. Nasiblah tadi terserempak dengan sekumpulan doctors yang menarik untuk dilihat. ngee~~ *aksi menggatai~* Sejuk sket hati. Hehe.

Dah alang-alang turun bandor *bandar lah sangat!* I terus ke jalan TAR. seawal 9 pagi. Lenggang je. Betul kata Cik Nad. Best shopping pagi-pagi. Kedai-kedai bukak 10 pagi lalu I pun melilau entah ke mana-mana. Nak beli kasut je pun. Sambil tu check kedai lain gak. Cari jugak make up. Tapi tak beli. hehe. Bila dah pukul 10, serbu kedai Bata. My favourite shoes store. hehe.

Belinya kejap je tapi tunggu bas punyalah panas hati. Bas Metro dah tak ada hala ke Bandar Baru Selayang. RapidKL je yang ada. Dah tu pulak sejam sekali. Ditambah pulak ada yg "Touch n. Go Service Only". Haish!  Takkan nak beli kad semata-mata RM5 kot. Balance? Entah bila nak pakai. Dah 12.20 baru dapat bas. Okaylah. Cool je lagi. Malas nak penat-penat marah. Masa tunggu tadi pun nasib ada mamat encem kat sebelah. Dia pun nak hot gak tadi bas lama gila tak ada. *alasan ler tu....*

Dah naik bas, lalu pulak sekolah yang bakal I pergi by next week. Observe budak-budak ni. Sempat jugak borak dengan sorang student yang dok sebelah I. Tanya tambang pe semua. Kunun-kunun bersembang dengan FUTURE STUDENT. Lagi berdebar wo! Tapi tak apa. Tunggu minggu depan yer murid-murid. Sesiapa yang cam I dalam bas tadi, mungkin terkejut. Hehe.

Okaylah. Mau tido. Mengantuk. Esok kena gi hospital... AGAIN! Duh! Benci tapi suka~ *hanya bila ada doctor encem. hehe* Chiao!

Apr 27, 2011

Happy macam dapat tau result semester lepas je

Hi peeps!
Dah lama tak berblogging. Entry kali ni pendek je. I baru dapat tau I akan dihantar ke S.M.K Darul Ehsan, Selangor untuk buat practicum. Excited sebab dah lama sangat tunggu jawapan dan baru hari ni office call I. Tapi I cuak jugak sebab nanti mesti student I lagi tinggi dari I. Macam nak undercover je jadi budak sekolah. Tapi baju Aja tak muat. Hehe. Ni semua idea Mr. P. Tadi kuar gi bank pun ada budak sekolah ngorat I. Parah! Confirm boleh menyamar jadi budak sekolah balik. Hehe *idea jahat*

Then, I bagi tau my mum. Ada plak dia yang excited lebih. Siap hug I. Adeh! Bukannya dapat result exam ler... Result exam dapat tau minggu depan. Lagi cuak! Hoho. Dapat dean list ke tak ye? Lulus semua ke? Tambah cuak ni. Doa banyak-banyak agar semuanya lulus. Amin...

Ni entah name tag dapat ke tak. Dahlah I tak buat name tag lagi. Buku nota kecik pun belum beli. Kasut juga begitu. Make up belum upgrade lagi. Haish! banyak benor I nak beli ni. Excited + Scary. Lepas lunch sat gi baru nak heading to UIA amik surat dan tanya pape yang patut. 

Dahlah. I lapar. My mum masak pakprik. Jom makan! Hehe. Selamat Lunch ye!

Apr 23, 2011

Kenapa Yuran Dinaikkan?

Hi peeps!
Baru je dapat news ni dari Inchik Syafiq. Kenapalah perlu naik ye? Dahlah bila ditolak dgn PTPTN dapat sket sangat berbanding dengan orang lain. 
Dahlah lepas ni TIDAK DIBENARKAN MENYIMPAN BARANG_BARANG KAT STOR MAHALLAH. Satu kerumitan yang lain pulak. Haish! Pening-pening macam ni. Kena cari EXTRA money. Huwaaa~~!!

Hari-hari terakhir sebagai 'single'

Selamat petang!
Dah minum petang ke? Hm... I tak buat pape untuk minum petang. Sekadar buat air bujang je. memang kebiasaan macam tu. Muka pun mengantuk sebab baru bangun tido. Biasalah bila dah hujan.... ngee~~

Tadi menemani Cik Aien I ke Pandan Indah. Dia hantar barang-barang hantaran untuk Jumaat ni nikah. Banyak jugak barang-barangnya. Macam cincin untuk lelaki, notebook, jam, tali pinggang, kasut, baju kemeja, sejadah dan lain-lain. Tu antara yang I ingat. 

*yang tudung biru, tuan yang buat hantaran. tudung hitam tu Cik Aien*

Kakak ni buat hantaran + pelamin. Tengah pregnant lagi. Hantaran yang paling I suka adalah cincin dan jam tangan Tissot. *nak mintak future husband aku pakai jugak!*



Juga melayani kerenah anak akak yang comel ni. Aktif + suka posing. *dah besar nanti leh amik jadi spare part. ngee~~*

Comel tak, Iqbal~?

Yuhuu~ I Love Barbie! Ouch!

"Sunday morning rain is falling..."

Well, remember this song? Yeah! Maroon 5 is my favourite! Love them!
Anyway, it is not SUNDAY yet but I hope this Sunday will be rain and I do love rain!
Saje je letak that lyric sebab tetiba lagu kegemaran tu berlegar-legar kat kepala I. Well, I ada makanan kegemaran baru. Memang selalu makan but this one is really handmade. Ada barbie pulak tu. I terpaksa makan jugak sebab takde corak lain. Bu I don't mind. As long as it is delicious and could satisfy me, it is adequate. *tapi kuantiti banyak la. hehe*

Mau tengok? Ni ala-ala chipsmore jugak...
Ready?

1..


2...


3...


*nasib ler comel*

it's Oreo inside! Mari cepat habiskan before kamu kempunan! Argh!
*macam setahun tak nampak chocolate je*



Apr 22, 2011

Geram

Hi peeps!
Hm... tengah geram. 3 kali cuba buat page untuk promote my crafts shop kat FB tapi tak menjadi. Tak apalah. Lain kali. Nak belajar dengan orang pandai.

Sangat...

Sangat...

dan sangat....

g.e.r.a.m.

buat lain kali jelah.

Apr 21, 2011

Keluar Malam

Hi peeps!
Hm... setelah 2 minggu I kat rumah, barulah dapat jumpa dengan my BFF, Cik Aien. Opps! Bakal jadi Puan Aien. Tak sangka Jumaat depan dia bakal menjadi isteri kepada En. Khalik. Tadi pun cam agak sedih. Tak tau kenapa. Dia pun macam sedih untuk meninggalkan zaman bujangnya, fikirkan untuk jadi bini orang, nak ada anak dan segaa-galanya la. Tapi dia menahan sedih. I pun sedih sebab lepas ni nak kuar hang out mesti payah kot sebab dia dah ada suami. Takkan kalau nak hang out Khalik kena ada? Cian Khalik and mungkin kurang selesa. Lainlah kalau I pun ada husband. Hehe. Takpe ye Cik Aien, I dah kawen nanti kita buat double date! Hehe.

Tadi pun I dapat birthday present in advance. Seronok~! Smells good too!


Entah mimpi apa nak bagi in advance. Mungkinkah....? Takpe. Bersangka baik. Love you, my BFF. Hope that you will live happily with your new life~

*sob! sob!*

Apr 20, 2011

Hidup Setahun Setengah

Hi peeps!
Dah malam baru nak update blog. Busy menyiapkan tempahan. Bila petang baru berhenti dan menyediakan minuman petang. Hm... tadi masa mencuci kesan degil pada pinggan mangkuk, tiba-tiba I rasa sedikit sayu mengenangkan masa setahun setengah ni. Actually tak sampai setahun setengah pun. Kenapa setahun setengah? Sebab tulah jangka masa I nak menghabiskan sisa-sisa hidup I kat UIA ni. 

Teringat masa mula-mula masuk lebih kurang 3 tahun yang lepas. Suka tapi memberontak bila terpenjara kat CELPAD. Alhamdulillah dapat buat 1 sem je. Alih-alih sekarang dah pun third year. Insha'allah bulan 5 ni I dah pergi practicum. Bulan 9 pulak masuk 1 sem belajar. Selepas tu 6 bulan ke internship. Cepat betul masa akan berlalu. 

Dulu-dulu (tak lama dulu), I pernah berborak-borak dengan Cik Nad tentang jangka masa nak habis. Tup-tup dah habis pun sem baru-baru ni dan prepare nak ke practicum. Cepat sangat masa. Sama macam dulu-dulu waktu kat kolej. Bercerita tentang yang sama den Cik Iqa. Tau-tau dah pun tiba masa convo dan masing-masing membawa haluan sendiri dan berjauhan. Kini dengan Cik Nad, my CF and Cik Yati? Hm... perpisahan sekali lagi akan berlaku. Masing-masing akan membawa haluan sendiri dengan kehidupan yang berlainan. 

But before I habis, I wajib sertai program kat UIA. Aim yang terdekat: Ta'aruf Day (Hari Orientasi), Mock Trial (diadakan masa convo sahaja), dan lain-lain. Hm... agak sedih bila kenangkan benda-benda begini. Lepas graduate je, I nak kerja dulu. Insha'allah harap-harap dimurahkan rezeki. Then, I nak kawen. Umur tahun depan pun dah 27 tahun. Doakan kami dapat bersama. Then, bina my own family. Lepas 5 tahun I plan nak sambung master. Setakat ni my future husband pun beri peluang itu. Lebih-lebih lagi dai pun nak capai cita-cita untuk letak title "Dr." kat depan nama dia. I belum teringin ke tahap tu kot. hehe. Sambung degree pun semacam satu kebetulan. Dah lama-lama, terasa nak sambung. my mum kata dah tua-tua baru nak study. Hehe. But I don't care. Long life learning. Yang selebihnya I tak merancang lagi. Tapi pada masa sekarang, tulah target I. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye~! hehe.

Opss! Tersasar jauh. Anyway, I pun harap-harap kawan-kawan  begitu juga. Dengan Cik Nad yang nak menjadi suri rumah sepenuh masa dirumah a.k.a counselor terhormat kat rumah. Juga sambung master dan seterusnya phD. Cik Yati yang nak menjadi akauntant yang berjaya dan dapat take care mak dia dengan baik. Tak lupakan my CF yang nak jadi seorang ustaz hot kat sekolah nanti. 

Hm... agak-agaknya apa yang berlaku tak lama lagi ye...? I'm waiting for that day...

Apr 19, 2011

Kerja Seminggu yang Berbaloi

Hi peeps!
hari ni I nak post something yang I buat selama seminggu. Berbaloi sebab puas hati. Dapat duit jugak. ngee~~ 

Firstly...
Dapat pengganti baru daripada yang ni...

*hilang tak lama dulu. Bukan lawa. Sama ada masuk dalam tong sampah or ada yang berkenan lalu...*

Kepada yang ini...

*I buat sehabis simple*

Secondly...
Request from my mum. Baru beli hp baru tapi calar-balar! Maka, decided buatkan satu untuk dia...

*gubahan pokok pasu dan bunga memang sesuai untuk dia*

Thirdly...
Telah dapat siapkan 2 items sekali gus! Gila tak? muhaha! 

*dah request berbulan-bulan tapi baru hari ni siap*

Juga...
For Cik Nad...
*sorry kalau toooooooooo girlish. sengaja. Haha*

*pink inside. sengaja jugak. Haha*

Harap semua suka~~~ Dan untuk waiting list, sila bersabar ye... hehe.

Berpinar-pinar

Selamat petang~!
Hari ni I kurang sikit nak update blog. Busy menjahit dan menyiapkan order-order yang tertunggak. Kesian my customer yang terpaksa menunggu turn untuk terima order yang dah siap. Juga I tambah free gift untuk customer yang order banyak dan return customer. So, nanti taklah serik nak order lagi. Nanti dah siap, I upload pictures ye... Dah banyak siap tapi malas nak snap pictures. Hehe

Apr 18, 2011

To KL with Love

Hi peeps!
Siang tadi I menghabiskan masa untuk berjalan-jalan. Again... Tapi dengan motif. Hehe.
I ke Kg. Pandan, Cheras untuk hantar puppet yang I pernah post dulu (click sini) yang berlink dengan my another blog. 



Bila sampai je, I jumpa cikgu-cikgu yg pernah jadi my colleague. Tak sempat jumpa my ex-students. Miss them anyway~ Then, gerak ke bilik guru besar. Lama jugak berrborak dalam tu. Dia berkenan dan nak I professionally mengajar students diorang. Cuma tunggu keputusan je... *wink~* Mengajar sambil bersedekah. Cikgu tu nak bayar tapi I okay je nak dibayar berapa pun sebab budak-budak ni disabled. Tak salah sesekali nak menderma dengan cara sebegitu. I tak ada duit nak sumbang tapi dengan cara mengajar skills, apa salahnya kan kalau nak bersedekah dengan cara tu? Sedekah itu bukan hanya wang ringgit sahaja. 

Dulu masa I buat practical kat sana, I mengajar art and crafts. Bahan-bahan macam water colour semua I kuarkan duit sendiri. I tak ada duit nak bagi tapi mungkin dengan cara begitu lagi okay kan sebab budak-budak ni memerlukan skills yang mungkin dapat menambah kekurangan mereka. *miss them anyway :( *

Okay, enough for that story. I pun beredar ke Lorong Hj. Taib. Bertemankan my mum and Aja. Beli barang-barang kuih. As usual my mum belanja sampai RM200++ padahal dalam kete dah cakap nak beli sikit je. Huhu. Tak leh caya betul.

*berkenan tapi tak beli*

*rambang mata*

*candid*


Owh! Ada jugak I menempel. Of course~! It's my blog!

Kawen itu senang

Selamat Petang semua!
I baru je lepas bergosip dengan my mum. Berjam-jam tapi ni belum pun lunch. Sakan bergosip. Hehe. Bergosip pulak tang kawen. Lagilah meleret-leret. Asalnya my mum tanya pasal bakal-suami-yang-bakal-jadi-favourite. Then, meleret-leret ke hantaran, nak merisik dan bertunang bila, tentang hati, tentang pilihan dan macam-macam lagi. Sebenarnya my mum agak risau dengan anak daranya yang belum kawen-kawen. Maklumlah anak sulong. Expectation tinggi. Tu belum masuk cerita ayah. Sekarang ni dah pandai berkirim salam dan tanya khabar kat bakal-suami-yang-bakal-jadi-favourite. Takde pulak tanya khabar I sangat. Huhu. Ayah yang terlebih excited. Scary~~

Tak lama lagi my BFF nak kawen. So, bersangkut-pautlah dengan I ni yang belum kawen. My mum risau kalau bakal-suami-yang-bakal-jadi-favourite tu sebenarnya tak serius. Kalau tak serius, I boleh cari lain *boleh cari lebih encem. hehe*. Tapi kan... I kurang gemar nak cari yang lain. Lebih kurang macam mengecewakan hati-hati lelaki. Tu pun nak cari sorang pun susah. Ingat macam pilih cupcake kat kedai ke? Macam cupcake, nampak cantik, comel, berselera nak makan dan nak banyak mana pun boleh. Cuma sediakan duit je. Cuba kalau kita pilih laptop... Mesti nak yang elok, tahan lama, luar dan dalam kena tip top dan semuanyalah. Harga pun mahal. Hehe. Tu analogy je... *sila jangan pilih orang cam pilih barang*. 

So, did you get it? Hm... bercinta dengan orang tends to have psychological risk. So, tu yang merisaukan my mum. Anak dara ni dahlah sulong. Lagilah yang ditunggu-tunggu. Sapelah yang tak nak tengok anaknya kawen.... kan? Kawen tu senang ke? Sape cakap?

Bershopping mencari pendrive

Good Morning, peeps! *yela... pukul 12 lebih a.m. kan...?*
I baru je balik dari Tesco Extra, Selayang. 
Motif: mencari pendrive 4gb yang comel dengan harga RM17+ daripada harga asal RM24+.

*pendrive ni comel membuatkan I cair~~~ fuh! fuh!*

 Tapi kecewa sangat. pendrive tu TIADA! Entah habis, or stock sengaja dikurangkan. *pikir bukan-bukan* Macam tak logic je. Hampau tau sebab hari tu nak beli tapi kena pikir sebab nak beli buku Yakjuj Makjuj. Bila ada peluang... hampeh. Mungkin belum ada rezeki. Lastly I beli ini...


Maka, tak rugi juga sebab I tak perlu keluar 1 sen pun. I pow my mum. Hehe. Harga 3 botol, RM10. *puas hati aku! muhahaha!*



Apr 17, 2011

Berdating dengan Inchik Lee

Hi peeps! 
Actually I baru je balik dari Ipoh semalam. 3 hari 2 malam je tapi meninggalkan banyak perasaan semasa I berada di sana. I ke sana dengan Inchik Lee a.k.a adik I. Sementara bercuti, so balik Ipoh sebab nak melawat my grandparents and sedara-mara. Asyik berjalan je. Tapi seronok! Hehe.

Day 1 (Khamis)

At first, planning to go with bus or train laju pukul 8 a.m.! *I masih tido sebab tido pukul 5 a.m. So, decided to go by car. Inchik Lee drive. Bertolah 11 pagi dan sampai 1.30 petang. Sampai je, dah dijamu dengan makan tengahari. Heaven! Tak sampai beberapa jam, I makan lagi! Makan laksa dari air tangan Mak Uda. 

*tiba-tiba boleh buat kerja dapur plak. huhu*


Opah dah tak boleh masak. Dia tak sihat. Atuk pun macam tu. Sedih T_T Kurus je... Lagi kurus dari I... Hopefully they will recover and sempat attend my wedding~ *crossing my fingers*
Bila dah malam, I mula menjahit dan rehat-rehat. Mengantuk! Huhu. Sebelum tido, bantai lagi 2 mangkuk laksa. *tak senonoh kau! tak padan dengan badan kecik. haishh!*

Day 2 (Jumaat)

I mulakan berehat-rehat sampit menyiapkan tempahan. lepas solat Jumaat je, my brother and I start berjalan-jalan nak visit Pak Su, Mak Su dan my boipren a.k.a Azril kat gerai bawah pokok depa. Dapat makan free lagi padahal baru je lepas lunch 2 pinggan nasi. Ni makan lagi laksa semangkuk dan kopi O. Heaven tapi EXTRA kekenyangan.

Bila malam menjelma, aktiviti bersama Inchik Lee pulak. Dia dah ter-ber-janji dengan Ezzat. Ha! Apa lagi... Muncullah bakal-doktor-mengajar-art-kat-budak-kecik. Garang wo! Scary you~~

*focus! buat slow, slow pun takpe*

*hasilnya*

Budak ini pun mau menyibuk. Hehe. Izzani.



Day 3 (Sabtu)

Awal-awal pagi dah keluar ke pekan mencuci mata tempat Pak Su sebab janji nak tunjukkan pasar tani tempat Pak Ngah meniaga. Hoyeah! I excited sebab dapat jumpa buah hati. Mula-mula ala-ala malu gitu. Kunun-kunun lelaki Melayu terakhir. Aiceh! Tapi sebenarnya dia sangat lasak! Lepas jumpa Pak Ngah, kitorang ke kedai barangan elektrik. So, kenalah jadi babysitter sat. Jenuh wo pujuk-pujuk nak dukung dia. Last-last baaru tau betapa aktifnya dia.

*muka tak bersalah main peti ais*


*jangan bagitau ibu tau Azril main-main peti ais. Shhhhh!!!! ~ menggoda you~~!*

Then bertolak pula ke kedai kek Pak Ngah. Makan lunch PLUS makan laksa.... AGAIN...

Laksa sedap

Lai Chee Kang

Mak Su bancuh air... sedap!

Then, kitorang balik ke rumah my grandparent pukul 5 lebih. Packing je terus balik. Adik I buli I dari Tapah suruh...

...drive.

Hate him. pfftt!
Then, samapi rumah pukul 9. On my lappy. Update apa-apa yang patut. Hehe. So, selama 3 hari kat sana adalah MAKAN, MAKAN, dan MAKAN. *gemuklah aku lepas ni!!*



Hello, Sunday!

Hi peeps! 
Before I nak mengomel kat sini, nampak tak ada apa-apa perubahan? Well, I baru je buat surgery ke atas my blog ni. Buat plastic surgery je. Bagi cantik gitu~ *bajet kau!* Dah lama nak tukar tapi tak ada masa. Maklumlah sibuk dengan dating, assignments, research, field trip, exam dan segala-galanya. Dah bosan dengan yang lama. Dulu ada gak cakap tak mo tukar. Tapi bila ke blog orang lain, I jadi jeles sebab lagi lawa dari I. Eh! lawa dari blog I. hehe. Maka, fully transformation. I prefer my blog looks clean, easy to be read, girlish, look sweet, soft and simple. So, inilah hasilnya. Okay tak? *tak okay pun kau apa kisah*

So, kali ni I tak mo letak banyak-banyak gadget. Rimas kot! Dulu-dulu masa berbelog, suka jugak benda-benda tu tapi sekarang tak suka dah. letak sikit-sikit je. But yet, it still look nice. Am I right? So, lepas ni nak sambung menjahit pulak. Dah puas hati menggodek blog ni. Tpi agak-agak tak okay, ubahlah lagi. Hehe.

Okay, nak pergi makan dulu. Penat selepas memasak dan menguruskan rumahtangga. Hehe. Da...

p/s: nak tau tutorial untuk blog, boleh tengok link ni (click ni)

Apr 12, 2011

Berakhir sudah~

Hi peeps! Petang tadi was my last paper untuk sem 2, 2010/2011. Maka, dengan ini settle sudah 21.5 kredit hour bersamaan 9 subjects untuk sem ni. Sengsara? well, nak kejar cepat-cepat. Tak nak tua kat UIA ni. huhu. malam ni baru separuh packing barang-barang. Separuh lagi esok pagi. Cik Nad dah selamat pun pulang ke kampung halaman. I yang 20 min dari Gombak ke Selayang ni pun belum balik-balik. Hehe. 

Dah penat. Nak off lappy awal sket. Good Nite to all~! XoXo.

Apr 11, 2011

Announcement!

I akan bercuti semester bermula petang ni lepas habis exam (11/4/2011). Maka, dengan ini I buka sebarang tempahan kraf kepada anda semua. Untuk sebarang contoh, bolehlah lihat pada entri-entri yang terdahulu atau pun hanya klik sini (mehla klik~) untuk melihat harga-harga dan contoh. Lebih banyak tempahan, lebih diskaun 
yang dapat anda dapat. First come, first serve!


Bookmark


Brooch







Keychain


Yang ni boleh jahit kat baju or jacket



Juga kalau ada request for Puppet Making Class, sedia untuk mengajar ^_^




*Dah macam iklan jual tilam pulak*


Selamat membeli-belah~!

Apr 10, 2011

Rahmat Membunuh

Hi peeps! 
Hm... hari ni hari minggu tapi tak best sebab exam. Menjawab, berbahas dan memberi moral judgement untuk paper Contemporary  Moral Issues. Dahlah I ni jenis tak reti bahas-bahas ni. Nasiblah ada soalan yang ala-ala scientific sket. Ada 6 soalan dan kena jawab 4. Maka, I pun memilih untuk jawab soalan tentang incest, censorship, cloning dan euthanasia. Dua lagi soalan tentang corruption dan capital punishment. 

Hm... nasiblah lecturer kesayangan semua dan hot... Oops! bukan semua yer. Hehe. Lecturer ni memang suka pasal philosophy ni. Mau pening-pening nak kaitkan dengan moral judgement. Banyak guna moral reasoning. Ha! Pening tak? Hehe. I pernah tulis entry sket pasal dia (click sini kalau mau baca). So, tak hairanlah kalau dia memang suka berfalsampah berfalsafah. 

So, tengok pada title tu, agak-agaknya apa eh? Hm... tu cerita hal lain pulak. Pasal google translate. Google translate ni ala-ala dictionary yang kadang-kala tak boleh pakai jugak. Nak dijadikan cerita, I malas gila nak bukak dictionary, so just google translate. I nak cari maksud dalam BM untuk euthanasia. Perkataan lain adalah mercy killing. Bila google euthanasia, cam tak dapat jawapan. Bila mercy killing jadinya? Rahmat Membunuh. *ni rahmat (nama orang) pergi membunuh OR rahmat (was blessed) yang dapat daripada hasil membunuh?)

Ha! tak caye korang try google translate. I gelak macam nak bagai. Hahaha!
Moral justification: Jangan malas nak bukak dictionary!

Apr 8, 2011

Tersalah Tempat.

Hi peeps! We meet again.
Hari ni nak bercerita tentang kejadian siang tadi. Terjumpa madam yang duduk disebelah saya masa Life through a Puppet (click disini). Kami duduk dimeja V.I.P. So memang ingat sangat madam tu sebab anak dia comel, berambut kerinting macam my little sister, Aja. 

Nak dijadikan cerita, tadi terserempak dengan dia. dia dah senyum dari jauh. I pun bagilah salam and senyum padanya. Dan dia bertanya, "Kita jumpa kat kenduri mana ye?"
Haha. Amik kau! Madam tu tersilap event rupanya. Lalu I pun explain, "kat program puppet hari tu." Hm... I mengandaikan madam tu tak berapa ingat muka sebab time u dah malam. So, apa-apa jelah. Abaikan. Huhu.

 *sila click link tadi dan anda akan lihat ada seorang wanita duduk disebelah I*

Tapi kan... best jugak sebab since program hari tu, bila "student" I nampak I je, panggil I cikgu, sifu and ada yang bertanya "you ni yang ajar puppet hari tu kan?" best jugak macam tu. Tapi maaf sangat-sangat sebab I tak focus malam tu. So, memanglah muka tak familiar. Huhu...

So, kita tak bolehlah nak assume orang lain nak ingat kat kita sebab kadang-kala kita begitu jua. Betul tak?


Tiada Tajuk

Hi peeps!
Kali ni entry ala-ala random. Tak tahu nak menulis apa. Kebuntuan. 
Siang tadi baru je habis paper yang kedua. "Heaven" sangat sebab soalan macam semalam. Berderet-deret jawapan dan meleret-leret I menggoreng dengan sesuka hati. Dah nama pun short and long essay. Maka, begitulah jua jawapan goreng-menggoreng. Balik, terus melayang bantal-bantal dan katil. Yang tu barulah heaven  sebenar.

Malam ni ingat nak juga study Civic & Citizenship. Tapi belum serap dalam otak ni. Hehe. Jawabnya, esok pagilah baru study. Huhu. ni tetiba perut berbunyi. Hm... wahai perut, sila bertahan sampai esok pagi ye~ Malas nak jerang air dan buat milo O. karang dummy perut ni dengan air kosong je. Huhu.

Okeh. Mau tido. Mengantuk kot! Good nite~!

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random Giveaway


Dear Cik Yuyu~
Untuk pengetahuan Cik Yuyu, inilah kali pertama I cuba-cuba 'menceburkan diri' dalam benda alah ini. 
Kenapa?
Sebab macam menarik je kalau dapat skirt Ala Yuna tu. kan...kan... kan...?
*teruja sangat-sangat! wink~! wink~!*

Hm... Cik Yuyu suruh tulis pape sket kat entry ni, tapi maaflah...
Sebab I tak reti goreng-menggoreng! *goreng french fries je yang tau. huhu~!*
Anyway, harap-harap that random things will goes to m.e.!
*crossing my fingers and hope it will be me!*
EXTRA excited.

Apr 5, 2011

I'm NOT Popular Sanguine.

Morning peeps! Baru lepas selesai ! paper. Well, sedang menghadapi saat-saat bak habiskan lagi 5 paper. Nak habiskan tu alahai... payah benor... Anyway, tinggalkan begitu sahaja. Well, almost 3 years I 'berumah' di UIA ni. Duduk mahallah a.k.a kolej/hostel. Genap setahun je kena tukar bilik tapi dok kat I block yang sama. Setiap bilik ada cerita tersendiri. Bilik tukar, tapi partner I tak tukar. Belum pernah jemu untuk tukar roomate, Cik Yati. Mungkin dah selesa kot... Bermula short sem ni, tukar bilik dari tingkat 4 ke tingkat 3. Bila kira-kira balik, mungkin tak sempat genap setahun I akan tinggal sebilik dengan Cik Yati. Agak sedih sebab 4 tahun bersama-sama. Tak banyak kerenah dan memahami antara satu sama lain. Mula-mula nak dok sini, cuak gak sebab orang selalu dok bercerita tentang perangai roomates. Tak sebulu. Alhamdulillah, semuanya okay. Harap-harap berterusan. 

Okay, I terlajak bercerita tentang lain. Begini... selama almost 3 years ni, satu je yang tak suka dan merisaukan; bertegur sapa dengan jiran-jiran. Nak je berkawan dengan orang lain tapi kadang-kala kalau kita senyum, ada je orang tu tak membalas senyuman kita. Ada sekali tu, ada sorang sister tengah jemur kain. Lalu depan dia. Asyik tengok je I. Lalu, I pun bagilah sebuah senyuman. Tapi................!!!!!!!!!! Dia pandang I semacam je. Macam singa lapar! Haish! Scary kot. Tapi tak apa. I mencuba kali kedua di lain hari. Aduhai~~~ Tetap sama reaksinya. Masuk bilik, tengok diri sendiri. Dalam hati terkata-kata "Apa yang aku kurang? Salah pakai baju ka? Aku lawa sangat ke?"

*Cuba tersenyum jugak walaupun orang tak suka (~.~)*

I bukan jenis ramah-tamah sangat nak gi tegur-tegur orang. First time jumpa mestilah bagi senyum-senyum manis dulu tanda perkenalan, kita warmth dan openness. Tapi yang ni... Haish! Tak taula ceq nak habaq lagu mana...

So, apa pendapat anda semua ye? 
Senyum itu satu sedekah tau~~!

Apr 3, 2011

First Paper ~ Tomorrow.

Agak cuak sebab esok is my first paper, English for Academic Purpose. Hm... macam carry marks tak cukup banyak nak tampung untuk dapat A. Same goes with other subjects. Tak suka tengok carry marks sebab kebarangkalian nak down gila-gila tu sangatlah berpotensi besar. Even dah try cool down pun masih sama je rasa down. Mungkin sampai semua paper habis, barulah tak teringat. Kalau kejar pun agak-agak boleh capai ke? Possibility nak dapat DEAN LIST (DL), payah. Banyak nak kejar sebab I jenis sederhana. Kadang-kala EXTRA hardwork pun, result masing tak sampai apa yang kita target. Kadang-kala jealous jugak tengok orang yang pandai-pandai, yang tak perlu study hard tapi result tetap DL. Kalau I dapat DL, bermakna semester itu I 'bertuah' or 'bernasib baik' sahaja. 

I pernah meluahkan (pendedahan exclusive yer...) kepada seseorang tentang ini. Dan dia cakap...
"You study awal-awal or EXTRA hardwork tapi tak dapat yang dijangka. Tak boleh di judge on paper je... Habit you dah baik... nanti akan bawak sampai kerja in the future. Notes, study awal-awal and extra hardwork... So, benefit nampak masa akan datang berbanding orang yang bernasib baik pada time exam. Tapi kalau bukan habit,  susah time keje nanti. You tak ada silap apa-apa..."

And I hope it's good to be true...

Long-Distance Relationship

Hi peeps!
Rasa cam nak update je blog ni padahal takde benda nak cerita sangat.
Maka, mengomel lah banyak-banyak disini *bukannya kau nak buku buku dan study for exam!*
Wee, seperti title kat atas, agak-agak this kind of relationship okay tak eh?
I'm having this kind of relationship, currently.
He moved from Serdang to somewhere *dirahsiakan... hehe*
Anyway, *make it short, baby* I had that kind of relationship before. With my ex. Okay?
A bit scary anyway because he left me because of we are too far away.
But it's okay sebab masa tu budak-budak lagi. Commitment pada this kind of relationship, maybe not worth at all *cuba denial*. Kot...

And currently, having this similar issue. Not a big problem anyway. Just sometimes feel a bit insecure and because of toooooooooo many past experiences *mestilah yang buruk-buruk*, kadang-kala diri sendiri pun tak boleh nak percaya. Bukan setakat dia sahaja. 
Mungkin boleh jadi banyak perkara yang I sendiri tak mo state apa-apa disini.
We are in love *berani mati letak statement begini yer kau!*. 
Started to plan to have a family *Insha'allah...*.
With that, we just try our best to endure and stick with this kind of relationship.
For me it is hard, a lots of effort, trustworthy, usnuzon (besangka baik), a lots of arguments and endure as much as I can.

So, doakan kami yang terbaik dan kekal hingga ke syurga *for YOU to read*. Amin~~~~
And for him *and not for YOU to read.hehe*, please be patient with me because I am keras kepala (tak dinafikan), tak mendengar kata, dan bukan penyabar.

So, just end it with lots of love to you, guys.

p/s: Mood jiwang kejap + mengantuk + mereng study = ???!!


Apr 2, 2011

I suka perempuan cantik!

Ha! Jangan pulak terkejut dengan statement tu ye. Teeeeeeeeeeettttttttt!
 Memang betul I suka pada perempuan cantik. But err... I'm STRAIGHT. Ehem... belum tukar taste lagi *and not gonna change!*. Well, lately asyik terserempak dengan ramai perempuan cantik je. Jealous? Tak jugak. I'm just amaze. Nak-nak yang mixed girl. Lepastu muka macam doll. Kalau bagi kebenaran, mau aje sentuh-sentuh. Ehem... I mean, nak tau tahap kelicinan kulit muka diorang. 

Then, I pun selalu jugak usha-usha blog orang. Kagum kalau kat blog tu ada yang cantik. Sometimes, I wish to be like them but bila fikir-fikir balik, apa guna rupa tapi perangai kurang senonoh. Betul tak? Manusia ni tak perfect. Mesti ada kekurangan. Tapi dalam kekurangan tu, ada kelebihan. 

Moral of the story:
Tengok perempuan cantik is NOT a crime for girl *tapi jangan bernafsu lain ler*. Kalau lelaki, confirm salah. Ye tak? ngee~

Hargai pemberianNya sebab tiada yang perfect sebab kita manusia biasa.

Kalau ada rupa yang elok, janganlah meninggi diri. Sebab kadang-kala kalau nak ditarik, bila-bila masa pun boleh jadi.