May 28, 2012

Update Post-Intern

Hye peeps!
Memang tersangat tak update blog. Rasanya blog ni pun dah tiada yang sudi melawat *kot~*. Busy dengan ber-internship = prakticum sebagai Intern Counselor. Title yang tak sebesar mana. Tapi pulun jugak hampir 4 bulan. Kalaun pregnant ni, tummy dah besar *mula melalut. sila abaikan*. 

Sedar tak sedar, 4 tahun hampir berlalu. Teringat bila berborak dengan Cik Nad. Masa tahun kedua di UIAM. 
"Bilalah nak final year ni. Nanti pejam celik, pejam celik, dah pun sampai ke penghujungnya." 
Dan sekarang... bila hantar je assignments yang semestinya berlambak-lambak ni, tamat sudah 'berkhidmat' sebagai siswazah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling). Dan memberi laluan kepada 'berkhidmat' sebagai penanam anggur yang berjaya. Sukses lagi! ^___^

Sebenarnya, bila sekarang berfikir-fikir, baru terasa betapa scary nya nak menamatkan belajar kat sini. Rasanya tak sama seperti masa Diploma dulu. Mungkin sebab masa Diploma dulu, I sememangnya bekerja sambil belajar *baru terperasan sekarang*. Bila sekarang, sibuk-sibuk mencari tempat bekerja walaupun Insha'allah dapat posting. Tapi masa menunggu itu lama. Sekarang pun memang I dah mulakan bisnes sendiri *walaupun tidak dikenali ramai. sob! sob!*. Bisnes itu sampingan *rasanya*. Tapi tak apa. Walaupun scary tapi I extra part confident sebab confident tu penting! Confident dapat kerja even guna Diploma dan mungkin ada mengalami kegagalan semasa mencari kerja. 

Soalan cepumas dikala ini adalah: (1) Posting bila? Negeri mana? (2) Lepas ni buat pe? Kerja pe? (3) Bila planning nak kawen? Dengan siapa? Dah habis ni menikah terus ke?
I boleh je menjawab soalan 1 dan 2, tapi yang ketiga tu... pending kejap. ^___^

Sekarang I belum lagi rasa sedih nak meninggalkan UIAM dan rakan-rakan yang ku cintai ini *sayang UIAM lebih? err...*. Belum sebab: (1) Assignment belum submit lagi, (2) Report sekolah belum dihantar, (3) Kem belum gi lagi, (4) Appreciation dinner belum gi lagi, (5) Belum packing barang-barang kat bilik ni, and FINAL one...
(6) Belum jumpa kali terakhir dengan orang-orang yang sentiasa disisi I kat UIAM ni...

Yang the FINAL one tu la yang paling penting sebab dalam 4 tahun tu, kalau I kawen, boleh dapat 2 orang anak ^______^ *teeeeetttt~~!*


*Hmmm... tiba-tiba rasa sedih bila menaip rangkap terakhir tu...*