Oct 11, 2012

A Letter to MBBH...

*Harapnya MBBH membaca entry ini...*

Dear my beloved MBBH~,

Diharapkan warkah berupa entry yang tak seberapa ini dapat mewakili apa yang tersirat selama ini... Kelu lidah ini untuk berkata-kata dihadapan awak. Mulut ni terkunci bila saya mahu menyampaikannya. Moga-moga bila awak mmbaca entry ini...

Maaf. Perkara pertama yang saya nak ucapkan. Merahsiakannya selama ini. Tapi saya tahu yang awak pun tahu. Cuma buat-buat tak tahu. Tak nak ambil peduli. Tapi saya tahu awak peduli... Saya tak mahu beritahu awal-awal sebab saya takut awak terluka sehingga menjejaskan pelajaran awak. Saya tak mahu awak beremosi. Saya tak mahu kita bertengkar. Saya tak mahu hati awak disakiti oleh saya. Sebabnya... saya sayang awak...

Maaf. Sebab saya merosakkan mood awak dihari konvokesyen kita... Hari yang bermakna buat awak. Tapi itulah hari yang paling sesuai untuk saya meluahkannya walaupun hanya beberapa patah perkataan. Saya tahu awak menahan perasaan awak. Tapi moga-moga awak memahami niat sebenar saya. Sebabnya... saya sayang awak...

4 tahun kita bersama-sama. Kenal hati budi masing-masing. Tapi jodoh kita lebih kuat sebagai seorang sahabat. Dan kerana itulah kita masih kekal lagi hubungan ini. Dan saya tahu awak juga sayangkan saya... Benarkan begitu...?

Insha'allah saya bakal berada difasa yang seterusnya didalam perhubungan kami. Saya mendoakan awak juga akan berada ditempat yang sama macam kami. Saya tak mahu awak keseorangan sebab awak layak untuk ada seseorang yang menyayangi awak. Saya harap awak tak berada lebih jauh dari saya. Sebabnya... saya sayangkan awak...

Saya tak mampu berkata lebih disaat itu. Saya jadi kelu. Saya jadi sedih sebab kita mungkin akan lagi jauh... Saya harap dengan entry ini awak faham apa yang ingin saya luahkan. Janganlah awak jaukan diri dari saya. Sebabnya... saya sayangkan awak, my close friend~

From me with love,
Momo