Aug 31, 2012

Untitle Entry...

Salam Syawal dan Salam Merdeka...
Well, masih beraya sakan lagi ke?
Hopefully beringat-ingatlah nak kawal nafsu makan tu.
Hehe...
Anyway, sebut pasal beraya ni, baru je kawan-kawan Cik Aja (my younger sis) datang beraya.
Dan I buat penampian khas buat diorang semua.
Rasa-rasanya mesti Cik Nad pun dah boleh teka.
Hehe.
Bila I muncul je, diorang gelabah sebab I ada kat rumah Cik Aja.
FYI, tahun lepas I dan Cik Nad adalah guru praktikal kaunseling di SMKDE.
Memang masing-masing terpancul panggil I "Cikgu Ann".
Masih melekat title 'cikgu' rupanya.

Yang paling tak leh lupa, one of my ex-client pun ada beraya sekali.
I siap cakap, 'eh... macam kenal je kamu ni?'
Dan terus jawab, 'taklah...'
Dan, dan je eh...
hehe...
It's okay. Kerahsiaan.
I noted that.
^_^

Anyway, Selamat Hari Raya, readers~

Aug 23, 2012

Ke-Berat-Tan

Salam Syawal~
Best tak beraya?
Banyak ke collect duit?
Hehe... 
Soalan yang tak wajib dijawab oleh orang yang berumur dan sudah bekerja.
Tapi alhamdulillah I masih dapat walaupun berkurangan dari tahun-tahun yang dahulu.
Tak apa.
Still sweet 17 27.
*berangan nak jadi 17 kembali*

Anyway, bila berakhirnya puasa, lagi scary I nak timbang-menimbang.
Dahlah hari tu "hilang" berat dari 47kg ke 45kg.
Internship dengan tekun dan dedikasi sehingga kurang makin tapi banyak exercise.
Ni pula, dok rumah cam kurang makan.
Dah tu pulak puasa dan bekerja.
Kepenatan bekerja melebihi tahap kelaparan.
Nama je half day tapi rasa macam full day bekerja.

So, starting for today...
Eat a lot!!!
Bukan pelahap tapi tahap kritikal dah ni.
And for appetizer...


Roti yang comel berbentuk rabbit.
Dengan sapuan penuh mentega dan kaya.
Ditambah dengan kasih seorang ibu yang dengan sepenuh hati bagi bekal kat anaknya.
Rajinnya ibu dia buatkan bekal untuk dia.
Beruntung dapat ibu yang rajin.
I wish someday I'll be able to make it for my dearest-to-be-hubby and my beloved children.
Letak loads of love.
Bentuk comel-comel.
Bawak gi office and school.
Hehe...
Insha'allah~
*Berangan sungguh si Ruzanna Rahman ni. Tahap imaginasi yang menjangkaui batasan....*



Dimakan oleh budak yang adorable (^.^)
Kesian kat rabbit sebab telinganya dah rabik (>.<)
Tak apa... Teacher Ann allows you.

Aug 19, 2012

Salam Syawal...

Assalamualaikum...
Syawal pun dah menjelma dan Ramadhan pun melabuhkan tirainya...
Moga-moga masih ada lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Dikesempatan ini, Ann nak ucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Hati-hati diperjalanan pulang ke kampung.
Dan ingatlah orang yang tersayang...
^.^

Aug 16, 2012

Physical Education v.s. Dancing

As Salam readers...
Since my previous entry was about my R.U.T.I.N...
Extra ordinary for me and still new to adapt...
Which is dancing.

Teringat masa kerja dulu, kat daycare.
Diminta ajar Physical Education (PE) kat budak-budak.
Sebulan tak keruan nak mengajar.
Lama-lama okay je even kadang-kala memang KENA melompat ke sana ke mari bersama-sama budak-budak.
Dan... boleh adapt dah sekarang.
Tapi yang sekarang ni... menari?
Mengajar menari...?
Hm... haru...

Alhamdulillah dah 2 minggu menjadi gutu-tari-tak-bertauliah.
Sekadar copy dari video dan tak semua yang copy tu I reti nak buat.
Belasah je tapi still okay. *kot...*
Kadang-kala terpaksa nyanyikan lagu tu sebab sedikit masalah teknikal ang tak boleh nak explain.
Sebab? Banyak sangat dugaan nak mengajar menari ni.
Kalau mengajar dalam kelas je tak apa lagi tapi ni mengajar kat pintu masuk sekolah.
Depan sekolah tu memang jalan besar.
Lagi 'best', dekat dengan kedai runcit.
Hangus...
Kalau yang lalu-lalang tu naik kereta, boleh tahan lagi.
Naik motor?
Memang confirm toleh kepala.
Dah observe banyak kali.
Buat tak reti ajelah...

Hari ni kenalah menyanyi sebab tak ada muzik.
Suara memang tak berapa nak cukup.
Kena nyanyi kuat-kuat bagi 18 orang yang dengar.
Hari ni cuaca mendung je dari awal pagi.
Memang complete set!!

Tapi tak apalah...
Hopefully hasilnya baik.
Risau kena edit lagi.

Dan sekarang rasa lebih rela ajar PE dari menari 
(T.T)

Aug 14, 2012

IIUM Convo 2012... Lagi...

Salam Ramadhan...
Hampir kepenghujung Ramadhan rupanya.
Tak sedar cepat betul masa berlalu.
Bila ingat-ingat balik, rindu Ramadhan yang lepas-lepas especially berbuka dengan roomates dan sahabat-sahabat sekuliah.
Tahun ni dah tak merasa macam tu.
Sibuk dah dengan urusan sebagai wanita bekerjaya bak kata Cik Nad.
Hehe...
Dia pun dah jadi wanita bekerjaya dan masih kekal status 'cikgu / ustazah'...
Harap-harap tak perlu pakai high heels ke sekolah.
Hehe... *jangan mare ye Cik Nad*

Dan Ramadhan kali ni tak terlepas dari kenangan-kenangan manis dan pahit.
Tak lupa juga untuk berdoa yang baik-baik dan moga-moga termakbul...
Amin~
Harap-harap dapat bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang, insha'allah~
Manalah tau di Ramadhan yang akan datang akan lebih bermakna.
Tak akan sama dengan Ramadhan yang lepas-lepas.
Betul tak?
^__^

Owh ye...
Terlajak...
Entry lepas ada banyak yang terkeliru.
Adeh~! Sukar difahami agaknya bahasa 'sansiskrit' I.
Hehe...
So, sila tengok link ini ye~
Tengok pada Semester 1, 2012/2013 session...
Yang link lepas belum update barangkali...

p/s: tahun ni berkonvo dengan adik jugak~
hopefully he can come back and fly from Kuching, Sarawak
^.^
Dahla tak dapat balik beraya ~.~
Juga... yesterday was my Birthday.
^.^

Aug 8, 2012

IIUM Convocation 2012

Alhamdulillah...
Finally keluar juga tarikh convocation...
Masa dulu-dulu, dok sibuk tengok orang berkonvo dan kini tibalah giliran I berkonvo.
Tapi...
Belum buat clearance.
Pitis kurang. Hehe...


Dan tersenarai...


Nur Ruzanna Binti Rahman.
Sama macam nama dalam IC...
Hehe...

And to:
Cik Nad...

Convo kita 1st day sebelah petang.
Boleh check kat sini (IIUM Convo 2012
So... bila mau amik robe eh? ^__^
 TAPI kan.... nape 2010 eh?
huuu~

And waiting for this...
Sama ke?
Insha'allah~



p/s: legakah bila tarikh tak sama dengan konsert budak-budak ni...? Sebabnya tahun 2010...
dan those who read this, bunga ros merah hidup nak banyak-banyak ye~!
hehe...

Aug 2, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

Salam Ramadhan~
Entry kali ni, juga berkaitan dengan rutin harian I sebagai kindergarten teacher selama 3 minggu.
Almost a month tapi tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas.
Tak sedar memulakan tugas seawal 8.00 pagi dan tau-tau je 2.30 petang, punch card balik.
Saban hari, muka-muka comel nilah yang menemani I. 
Dan setiap hari juga tak sah kalau tak meninggikan suara disebabkan kenakalan depa-depa ni.
Tapi alhamdulillah, kenakalan dan kedegilan tulah yang memberikan satu kepuasan bila dapat mengajarkan ilmu asas sebelum melangkah ke alam realiti kelak...

Cuma sayangnya I masuk pada semester kedua dan seperti banyak yang mereka ketinggalan.
Bukan mengajar membaca, menulis dan mengira je tapi tu termasuklah adab-adab yang baik dan apa-apa sahaja yang baik untuk mereka belajar.
I hanya akan 'gila' bila dalam kelas.
Melayan kerenah yang degil, nakal, banyak bertanya, suka tiru apa yang I buat dalam kelas, tak suka share barang, bila kena marah budak tu boleh lagi senyum tak ada perasaan dan macam-macam lagilah.
Sayang kalau tak didik dengan baik.
Sempurna itu tak mngkin untuk dicapai tapi apa yang mampu itu lebih baik dari tak beri apa-apa.
Betul tak?








Tahun depan tak jumpa dah sebab dah melangkah ke alam sekolah rendah...
T.T

p/s: tak leh berangan banyak! Lesson plan tak siap-siap lagi ni!!!
T.T