Salam Ramadhan~
Entry kali ni, juga berkaitan dengan rutin harian I sebagai kindergarten teacher selama 3 minggu.
Almost a month tapi tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas.
Tak sedar memulakan tugas seawal 8.00 pagi dan tau-tau je 2.30 petang, punch card balik.
Saban hari, muka-muka comel nilah yang menemani I.
Dan setiap hari juga tak sah kalau tak meninggikan suara disebabkan kenakalan depa-depa ni.
Tapi alhamdulillah, kenakalan dan kedegilan tulah yang memberikan satu kepuasan bila dapat mengajarkan ilmu asas sebelum melangkah ke alam realiti kelak...
Cuma sayangnya I masuk pada semester kedua dan seperti banyak yang mereka ketinggalan.
Bukan mengajar membaca, menulis dan mengira je tapi tu termasuklah adab-adab yang baik dan apa-apa sahaja yang baik untuk mereka belajar.
I hanya akan 'gila' bila dalam kelas.
Melayan kerenah yang degil, nakal, banyak bertanya, suka tiru apa yang I buat dalam kelas, tak suka share barang, bila kena marah budak tu boleh lagi senyum tak ada perasaan dan macam-macam lagilah.
Sayang kalau tak didik dengan baik.
Sempurna itu tak mngkin untuk dicapai tapi apa yang mampu itu lebih baik dari tak beri apa-apa.
Betul tak?
Tahun depan tak jumpa dah sebab dah melangkah ke alam sekolah rendah...
T.T
p/s: tak leh berangan banyak! Lesson plan tak siap-siap lagi ni!!!
T.T
No comments:
Post a Comment