Showing posts with label Bermonolog. Show all posts
Showing posts with label Bermonolog. Show all posts

Oct 11, 2012

A Letter to MBBH...

*Harapnya MBBH membaca entry ini...*

Dear my beloved MBBH~,

Diharapkan warkah berupa entry yang tak seberapa ini dapat mewakili apa yang tersirat selama ini... Kelu lidah ini untuk berkata-kata dihadapan awak. Mulut ni terkunci bila saya mahu menyampaikannya. Moga-moga bila awak mmbaca entry ini...

Maaf. Perkara pertama yang saya nak ucapkan. Merahsiakannya selama ini. Tapi saya tahu yang awak pun tahu. Cuma buat-buat tak tahu. Tak nak ambil peduli. Tapi saya tahu awak peduli... Saya tak mahu beritahu awal-awal sebab saya takut awak terluka sehingga menjejaskan pelajaran awak. Saya tak mahu awak beremosi. Saya tak mahu kita bertengkar. Saya tak mahu hati awak disakiti oleh saya. Sebabnya... saya sayang awak...

Maaf. Sebab saya merosakkan mood awak dihari konvokesyen kita... Hari yang bermakna buat awak. Tapi itulah hari yang paling sesuai untuk saya meluahkannya walaupun hanya beberapa patah perkataan. Saya tahu awak menahan perasaan awak. Tapi moga-moga awak memahami niat sebenar saya. Sebabnya... saya sayang awak...

4 tahun kita bersama-sama. Kenal hati budi masing-masing. Tapi jodoh kita lebih kuat sebagai seorang sahabat. Dan kerana itulah kita masih kekal lagi hubungan ini. Dan saya tahu awak juga sayangkan saya... Benarkan begitu...?

Insha'allah saya bakal berada difasa yang seterusnya didalam perhubungan kami. Saya mendoakan awak juga akan berada ditempat yang sama macam kami. Saya tak mahu awak keseorangan sebab awak layak untuk ada seseorang yang menyayangi awak. Saya harap awak tak berada lebih jauh dari saya. Sebabnya... saya sayangkan awak...

Saya tak mampu berkata lebih disaat itu. Saya jadi kelu. Saya jadi sedih sebab kita mungkin akan lagi jauh... Saya harap dengan entry ini awak faham apa yang ingin saya luahkan. Janganlah awak jaukan diri dari saya. Sebabnya... saya sayangkan awak, my close friend~

From me with love,
Momo

Aug 16, 2012

Physical Education v.s. Dancing

As Salam readers...
Since my previous entry was about my R.U.T.I.N...
Extra ordinary for me and still new to adapt...
Which is dancing.

Teringat masa kerja dulu, kat daycare.
Diminta ajar Physical Education (PE) kat budak-budak.
Sebulan tak keruan nak mengajar.
Lama-lama okay je even kadang-kala memang KENA melompat ke sana ke mari bersama-sama budak-budak.
Dan... boleh adapt dah sekarang.
Tapi yang sekarang ni... menari?
Mengajar menari...?
Hm... haru...

Alhamdulillah dah 2 minggu menjadi gutu-tari-tak-bertauliah.
Sekadar copy dari video dan tak semua yang copy tu I reti nak buat.
Belasah je tapi still okay. *kot...*
Kadang-kala terpaksa nyanyikan lagu tu sebab sedikit masalah teknikal ang tak boleh nak explain.
Sebab? Banyak sangat dugaan nak mengajar menari ni.
Kalau mengajar dalam kelas je tak apa lagi tapi ni mengajar kat pintu masuk sekolah.
Depan sekolah tu memang jalan besar.
Lagi 'best', dekat dengan kedai runcit.
Hangus...
Kalau yang lalu-lalang tu naik kereta, boleh tahan lagi.
Naik motor?
Memang confirm toleh kepala.
Dah observe banyak kali.
Buat tak reti ajelah...

Hari ni kenalah menyanyi sebab tak ada muzik.
Suara memang tak berapa nak cukup.
Kena nyanyi kuat-kuat bagi 18 orang yang dengar.
Hari ni cuaca mendung je dari awal pagi.
Memang complete set!!

Tapi tak apalah...
Hopefully hasilnya baik.
Risau kena edit lagi.

Dan sekarang rasa lebih rela ajar PE dari menari 
(T.T)

Jun 7, 2011

Bermonolog: Tamak ke?

Tamak.
Kita nak orang-orang yang kita sayang sentiasa ada dengan kita.
Tapi mungkin juga kita dah dibuang jauh-jauh.
Macam dulu-dulu...
Sentiasa dicari.
Bila dah tak mahukan kita, cuba untuk meletakkan tembok sebesar tembok China.
Orang kata lepaskan sahaja sebab kita tak mungkin dapat memiliki semuanya.
Tapi kita tetap nak yang asal.
Hm... mungkin takkan terjadi lagi situasi yang macam tu. 
Makin lama akan menyepi.
Orang-orang yang kita sayangi mungkin tak mampu lagi berada di sisi kita.
Yang kekal hanyalah memori...