Dec 31, 2012

Less than 30 days~

Salam readers...
Well, pagi-pagi buta ni belum nak melelapkan mata.
Mengantuk tapi entah, jari-jemari ni gatal nak berbelog.
Kunun-kunun rajinlah tu... hehe.
Cuti sekolah nak habis dah.
Rabu ni kembali busy dengan rutin 8 - 5 petang.
Hopefully my days will be superb than before.
More and more will come!
^__^

Then, bila dikira-kira, "Owh! My pre-new life is coming ahead!"
That's what I'm realized about.
Before this, seriously, and very serious to say that I'm kinda lazy to have this kind of occasion.
That was before the sad event happened to my future fiance.
Tak tahulah kenapa jadi kemalasan yang amat sangat.
Even my mum also facing the same issue.
Rupa-rupanya adalah yang terjadi...
Tapi ada hikmah disebaliknya...
*Encik-bakal-Tunang-yang-sweet, sila jangan marah. hehe*

Dia 'tunda' bersebab.
Sekarang adik I di Kuching insha'allah dapat pulang beraya.
Daripada nak beli kain 1 set untuk nikah, terus sekarang dh ada baju nikah.
Lalu Encik-bakal-Tunang-yang-tak-berapa-nak-sweet kata, "Ni belum tunang pun dah ada baju nikah."
Baju tunang dan nikah recycle.
Pakai baju tunang tu, baru guna sekali masa convo.
Baju nikah tu adalah baju mak sedara saya 30 tahun yang dulu.
Tapi masih sesuai dipakai dikala ini.
Dua-duanya alter kasi cantik.
*kot......................*
Bukan kedekut nak beli baru tapi selagi tak perlu membazir dan masih elok, boleh je dipakai...
Ada banyak sebab lagi tapi tak perlu kasi tau. 
^___^

Frankly speaking, risau sebenarnya...
Hardly to express it.
Around less than these 30 days, anything can be happen.
Mendoakan yang baik-baik buat kami.
Harapnya Cinta Rockmelon tu manis rasanya dan lembut dimakan.


Tak terlalu muda mahupun terlalu masak.
Juga tak busuk.
Sedap dimakan...
Kan Cik Nad?
^___^

Dan sekadar mau share dengan apa yang I ceritakan tadi...
Bukan mau bermegah-megah cumanya dikala kita ditimpa musibah mahupun cabaran.
Berfikirlah positif dan rasional.
Jika terlalu banyak pilihan, mintalah pendapat dan timbang tara yang mana terbaik untuk kita.
Sebab setiap pilihan, pasti ada pengakhiran.
Biarlah pengakhirannya yang baik-baik...
^__^

p/s: kekok nak sebut the words t.u.n.a.n.g

Dec 17, 2012

Ada Apa Pada Nama?

Salam semua~
Er... terbelit lidah I nak sebut title entry ni.
Hew, hew~
Well, recently I'm doing fine.
Alhamdulillah~
Lepas resign dari tadika, sekarang bersambung dengan tempat kerja baru a.k.a. my old workplace.
It was 4 years ago I left that place.
With the reason of further my studies and now I'm back~!
Semua dah besar panjang: darjah 1, 2 dan 3. 
Badan pun semangat-semangat.
Makan sedap barangkali *memang aunty masak sedap! :)*

Tak menjangka pun lepas resign nak kerja balik.
Resign pun atas alasan-alasan yang I rasa memang terdesak.
Alhamdulillah kali ni lagi dekat dengan rumah. 
Hanya 10 min je *kiranya dah ditolak dengan berhenti sebab traffic light*
Tak perlu hari-hari main clutch dan break bila berhenti kat bukit.
Kesannya sakit kaki dan lenguh-lenguh.
Kereta manual ye. Bukan auto~!
Tapi apa-apa pun dari situ I belajar cara nak jadi cekap memandu.
Tuhan itu Maha Mengetahui.
Dia lebih tahu kenapa dan mengapa.

So, berbalik pada title entry ni.
Nama I, Nur Ruzanna Binti Rahman.
Kalau nama panggilan Ruzanna atau pun Ann.
Zaman dulu-dulu orang panggil Zana tapi disebabkan ramai yang menasihati agar nama itu kurang baik maksudnya, makanya jadilah Ann.

Ada apa dengan nama?
Hm... cerita ni paling interesting kalau dikaitan dengan budak-budak...
Dari nama secantik Ruzanna, boleh pulak bertukar menjadi 'Okana'.
Dah macam nama mesin mengurut dari Jepun.
Hew, hew~
Tak apa. Budak umur 3 tahun yang sebut.
Pelat sikit.
Lepas tu jadi nama 'Aruza'.
Macam nama Jepun dan Arab pun ada.
Kalau Arab maksudnya nasi.
Owh! Pun boleh~
Dan tadi ada budak panggil I... 'Louisa'...
Okeh! Mat Salleh celup muka Asia.
Jauh sungguh sebutan dan ejaannya.

Esok? Lusa? Tulat?
Mau panggil apa ye?
Sebab kat center ni I dipanggil Ruzanna Jia Jia.
No short name.
Kalau teachers yang lain namanya senang je...
Kelly, Stella, Aunty Zee, Jacqualine, Candy, Constant dan Ayu.
Dan I? Hm... perlu ke bagi tau nama pendek I?
Hew, hew~
Harap-harap budak-budak baru next year khatam sebut nama I yang cantik ini.
(T.T)