Happy Saturday, readers!
Saturday I selepas cuti raya adalah berada di sekolah.
Hah! Ogos yang mencabar untuk tahun ni.
Campur gaul dengan kerja yang bertimbun-timbun.
But then, never mind~
Secara logiknya mana ada pekerjaan yang tiada stress mahupun emosi yang terganggu.
Alhamdulillah masih mampu untuk berfungsi lagi.
Well, cakap pasal wishlist, I scroll entry lama-lama seawal tahun ini.
Nampaknya wishlists tersedia ada, kena peram lagi.
Bila tengok balik, terasa macam budak kecil pulak.
Mungkin I dah jadi matang kot.
Haha..
So, wishlist yang akan I senaraikan kali ni, Insha'allah untuk masa terdekat ini.
Wishlists Jangka Pendek
1. Insha'allah dapat tinggal bersama Mr. P by Januari. Hanya tinggal pengesahan hitam putih. Cuma nak sampai ke garisan itu, agak menduga. Ehem! *pray for both of us*
2. By the time tinggal bersama, wajiblah I belajar memasak, mengemas, menjaga rumah, menjaga hati suami dan yang seangkatan dengan ciri-ciri suri rumah yang pandai serba-serbi. Mencabar.
3. Wajiblah juga untuk I kekalkan otak ini berfungsi sehinggalah I kembali bekerja semula, wajib cari tempat-tempat yang I boleh akses buku-buku ilmiah seperti ke kedai buku mahupun library. Sounds like I ulat buku. Hehe... Tapi seperti keperluan sebab I dah merasa beberapa bulan tidak bekerja dan bila kembali bekerja, otak jem. Yes, jem. Kerajinan itu perlu.
4. Wajib juga untuk I tingkatkan kemahiran art and crafts sebab itu hobi I. Kegilaan I. Juga mengatasi ranking kegilaan membeli atau mengumpul pinggan mangkuk dan periuk belanga. Hehe.
5. Meluaskan pemandangan dan pemahaman di negera orang lain seperti melawat tempat-tempat orang. Paris (checked!), Bath (checked!), York (checked!), Miri Sarawak (checked!), Kuching Sarawak (checked but not satisfied). Next month yang terdekat, Gua Mulu dan Labuan. Brunei? Tak sempat merasa nampaknya.
6. Mencari apa-apa short courses or kelas-kelas menjahit. Hehe.
Well keinginan typical human sentiasa akan berbeza-beza.
Hoping that my August will end with a sweet outcomes.
*menangis dalam hati je*