Feb 25, 2012

Intern Days

Hye peeps~
Bertemu lagi ^_^
Agak lama jugak tak ber-update.
Busy sangat-sangat.
Tapi disebabkan ada orang rindukan bukupurple ini, makanya I KENA paksa update.
Hehe.

I sekarang ni berstatus Intern Counsellor.
Ehem... ehem...
Bukan menunjuk-nunjuk.
Title ini agak berat sebenarnya walaupun bukan 100% kaunselor.
Tak boleh dipandang remeh.
I internship kat sebuah sekolah.
1 word to describe them: Awesome~
Kenapa? 
Even there are many obstacles and challenges, just go with the flow and take it as a good lesson to be learn.

Pejam celik, rupanya dah 4 minggu dah berada di alam intern.
Hebat bukan? ^_^
Cumanya semalam I serong...
What? Serong?
Serong = Ponteng.
Hehe.
Serong ke UIA je.
Tak datang sekolah sebab kena attend perjumpaan dengan lecturers.
Macam gi kelas lah...
Seronok jugak rupanya.
Meninggalkan sekolah tersayang.
Berbakti kepada UIA kembali.
^_^

School?
Pergi lapar, balik lapar sebab bilik kaunseling jauh.
I dah turun 3 kg!
T_T
Not good at all sebab I dah kembali ke underweight.
I need those!
Sebab nanti tak boleh menderma darah~~
*macamlah kau pernah menderma darah!*
Hehe.

Students, admin and teachers?
Friendly.
Alhamdulillah running smoothly.
Harapnya biarlah hingga akhirnya~ Amin...
Cumanya I dah ada personaliti baru.
I jadi gangster bila masuk ke kelas-kelas tertentu.
Mungkin PERLU sebab kadang-kala mungkin lagi dekat dengan mereka (students, I mean).
Dahlah suara I tak berapa nak kuat.
Tapi sekali marah, nasiblah kau.
Hehe.
Usually, I jadi gangster bila dengan budak-budak lelaki.
Tak mendengar kata.
Yang perempuan, boleh tahan lagi.
My partner Cik Nad pun begitu juga.
Pernah tengok dia bertukar hijau dan jadi garang.
Owh! Cuak dibuatnya.
Begini rupanya bila Cik Nad bertukar menjadi hijau.
Hehe.

Waktu berkhidmat?
9 pagi sampai 5 petang.
Drive.
Ha! Tu satu lagi hal.
I bukan selalu drive.
Ayah I selalu mengomel suruh drive bila cuti-cuti cinta sem. 
Mungkin I ni degil *memang pun sebenarnya. ketegaq lebih!*.
Tapi tulah...
Bukan tak tau cumanya tak dirasakan ada keperluan (denial).
So, sekarang ni, hari-hari berulang drive.
Dan Cik Nad selaku pemangku co-pilot.
*tunggu dapat lesen kete baru boleh naik pangkat. hehe*
So, bawa kereta Wira macam naik Ferrari.
Tapi taklah laju.
Berhati-hati sebab nak ke sekolah je pun.
10 min ke sekolah paling cepat.
Hehe.

Paling menarik?
Ada punch card!
Fuyooo~~
*excited lebih*
Sekolah banyak pokok dan ada padang besaq.
Hari-hari boleh senyum kat sapa-sapa je termasuk... (rahsia...hehe).
Dipanggil 'Cik Ruzanna' or 'Cikgu Ruzanna'.
Hehe.
Dan tu je kot... *thinking hard*

Yang tak menarik?
'Suka' sangat salah eja nama I.
Rozana, Roziana, Ruzana dan apa-apa sekali pun.
Juga, masuk kelas relief, nyanyi lagu 'Rozana' si Amy Search itu.
I jadi blushing~ Aww~

Begitulah rutin harian I sekarang (walaupun tak bercerita sepenuhnya).
Balik mahallah, terus flat. 
Kadang-kala dok tengah makan pun boleh terlelap.
Teruk sungguh >.<

Tapi apa-apa pun doakan I boleh buat yang terbaik.
Bila ada cabaran yang datang, mampu untuk hadapinya walaupun hanya dengan senyuman yang mahal ini.
Hehe.

Oklah guys...
Nak buat kerja sikit *banyak sebenarnya*.
Petang karang ada Mesyuarat Agong PIBG.
Nak beramah mesra dengan parents.
Tema: Baju merah.
I love it~!
^_^

No comments: