Mar 17, 2012

First baby step~

Just to be noted.
Jot down while I can.
Unable to describe by words.
But I'm proud with that situation.
Hopefully it will be end with joy and happiness.
Amin~

Mar 16, 2012

Hye peeps~
I baru balik dari ziarah Opah I kat Damansara.
Dia turun sini.
Tak sempat nak balik Ipoh, alhamdulillah dapat jugak ziarah dia.

Hm... baru semalam cakap pasal kain ela nak buat baju CONVO yang dah disimpan selama 3 tahun.
Dan hari ni pula...
Senyap-senyap rupanya my mum beli cadar LAWA untuk kawen / bertunang nanti.
Aish! Terlalu berwawasan my mum ni.
Mak Uda and Opah I siap cakap lawa cadar tu.
Yang pastinya warna beige.
Again?
Opah I pulak siap bagi idea buat bunga tabur (tak tau lagu mana design nye) atas katil.
Tak sanggup den nak mendengarnya.
Mak Uda I pulak siap nak cucikan langsir masa dia kawen dulu.
Langsir tu pun my mum pakai jugak.

Anyway, even diorang yang merancang awal untuk I...
But I feel grateful to have them.
Care about me...
And I love them~
^_^

Mar 15, 2012

3 Tahun Menyulam Kasih

Evening peeps~
Mengambil sedikit masa menaip entry.
*padahal banyak lagi kerja yang kau boleh kerjakan! (>.<) *
Lately bengkek  dengan MukaBuku barangkali.
Yang menjadi idaman.
Dream of all girls around the world.
Get married.

Penuh MukaBuku I dengan good news.
Yang berkahwin.
Yang baru disahkan pregnant.
Yang baru deliver baby.
Yang boleh bermanja-manja dengan anak-anak.
Yang dapat second, third baby.
Dan berbahagia bersama suami.
Tak sakit hati.
Jealous sikit jer.
*tak tipu (>.<) *
Genuine ^_^

But it's okay.
*pujuk hati kunun-kunun*
I ada terbaca 1 article.
Lupa exactly words yang digunakan.
Dalam article tu kata minta bersabar.
Jodoh dah ditetapkan.
Lambat atau cepat, semuanya dah ditulis masa dalam perut ibu lagi.
Kalau lambat, mungkin ada sebabnya.
Barangkali ada kekurangan dari diri sendiri dan sebab itulah 'diberi' masa untuk menampung kekurangan itu.
Jadinya, cuba fikir-fikirkan kekurangan yang mungkin kalau kita kahwin, adakah kita mampu lakukannya?
Maka, Dia Maha Mengetahui.

Jadi, sabar ye~ 
*untuk kau juga ye~*
I tergerak nak tulis entry ni sebab I dok bincang dengan my mum pasal baju convo nanti.
Ada sepasang kain yang dibeli khas 3 tahun lepas untuk I convo nanti.
Baju batik. Beige with black.
Berangan nak buat kebaya dan cam ada sulam-sulam / kerawang (lupa namanya).
Masa display kat patung, nampak sangat macam wanita Melayu terakhir.
Classic and pure.
Dapat bayangkan?
Hehe...

So...
My mum pulak kata, "nak pakai untuk CONVO or BERTUNANG nanti?"
Err... kain ela tu dah menyulam kasih selama 3 tahun.
Bila ntah mau pakai?
(>.<)

Mar 14, 2012

Bersyukurlah~

Morning semua~
Dah breakfast?
Hm... kalau dah, sila hantar sikit kat I yer~ Hehe...
Sekarang ni musim cuti sekolah.
Makanya, I pun bercutilah jugak walaupun 'dibebani' dengan banyak kerja 
*padahal sendiri yang malas nak buat* 
(>.<)
Tapi walaupun cuti sekolah, I kena ulang-alik dari Selayang ke Gombak sebab kena babysit my siblings.
Bila perlu je baru balik Gombak.
My parents gi honeymoon berdua *ouch!*
Tapi tak mengapa...
Biarlah gi bercuti berdua.
Penat kot nak menjaga kerenah my siblings and I yang bermacam-macam kerenah.
Berbakti kepada ibu bapa.

Bila cakap pasal ibu bapa, teringat pelajar-pelajar kat sekolah I ni.
Sememangnya budak-budak baik dan masih boleh dibentuk.
Cumanya biasalah, tiada yang perfect karekternya.
Kenakalan di zaman remaja adalah perkara biasa.
Cumanya kenakalan generasi sekarang ni agak 'luarbiasa' sedikit.
Tak macam zaman I dulu-dulu.
Marah sekali dua, dah boleh nak mendengar.

Yang kena marah tu, bersyukurlah jikalau yang marah itu adalah parents.
Ramai pelajar di sekolah I adalah anak-anak yatim.
Ada juga yang kehilangan kedua-duanya.
Tinggal pula di asrama.
I terasa sebak bila mula-mula tau tentang perkara ni.
Menginsafi diri bila terkenang yang I masih ada parents untuk bermanja-manja.
*Sorry... I'm a bit spoiled*
Masih lagi dapat melihat wajah-wajah mereka.
Tapi mereka?
Hmm...

Selain tu, bersyukur juga kalau masih diberikan peluang kali kedua untuk hidup.
Accident teruk sampai remuk motor tapi bernasib baik hanya tergeser di tangan dan kaki sahaja.
Kalau kena muka?
Hilang gigi?
Hilang encem...
Itu pun masih tak bersyukur lagi ke?

Juga, bersyukur jikalau masih ada cikgu-cikgu yang berpeluh membanting tulang 4 kerat.
Bersusah-payah menyediakan modul, buat kelas tambahan, bermalam bersama, merasionalkan kembali apa yang sepatutnya dan sebagainya.
Tiada cikgu yang nak anak-anak didiknya menjadi sampah masyarakat suatu hari nanti.
Tidak kiralah apa yang dilakukannya, cuma sedikit hormat yang cikgu perlukan.
Cuma sedikit...

Akhir sekali... 
Hidup ni singkat.
Please...
Fill your life with meaningful things...

*p/s: dedicate to someone... and as reminder for me too*

Mar 3, 2012

Nikmatnya Bercinta~ Kau ada?

Hye again~
Update blog di rumah setelah seminggu 'bertungkus-lumus' di sekolah kesayangan I~
Hehe.
Okay. Please make it short Cikgu Ruzanna.

Today's topic is about L.O.V.E.~
Poetis bunyinya.
Mungkin gara-gara selepas buat Inventori Gaya Bercinta.
Hehe.

Cinta itu universal.
Suci lagi murni *aiceh~!*
Cumanya kan...
I kurang gemar budak-budak sekolah nak bercinta.
Bukan larang cumanya sekarang ni melampaui batasan-batasan.
I pun bukan nak berceramah tapi cumanya pelik.
Masih mentah.
Seawal sekolah rendah pun dah ada awek bagi si budak lelaki dan kayu balak bagi si budak perempuan.
Lagi UP sikit, kalau budak laki ada cikaro.
Aiyo~!
Apa nak jadi entah...

Frankly speaking, I pernah ada 'boya-priend' jugak masa sekolah dulu tapi tu pun nak dekat-dekat SPM.
I ni KURANG berkawan dengan lelaki sebab I dulu sekolah perempuan.
Tapi tak bermaksud I ni tak kenal lelaki.
Belum tahap culture shock bila jumpa lelaki.
^_^

Cinta budak-budak sekolah dulu setakat aku suka kau dan kau suka aku.
Tapi yang budak-budak sekarang ni siap panggil umie - abi lagi.
Kalau abang - sayang ke, honey ke, baby ke, pumpkin ke dan yang seangkatannya cam okla lagi.
Tapi guna yang cam orang dah kahwin seperti umie - abi tu... err... dah ada anak eh?
  
Partner I (Cik Nad tau~ I masih straight!) dan I pernah berbincang pasal keterlanjuran.
Sejak dulu lagi benda ni banyak terjadi.
And again, I pun kadang-kala takut pada diri ini.
Harapnya diri ini selamat dan begitu juga to all girls out there.
Nauzubillah min zalik~

Sayang diri.
Hargai diri.
Ingat Tuhan.
Ingat ibu yang memberi susunya walaupun setitik.
Ingat ayah yang membanting tulang empat keratnya.
Dan...
Jangan percayakan lelaki...

*Entry untuk ingatkan diri sendiri dan juga all girls out there~*