Sep 3, 2012

Sembang-sembang Budak

As Salam semua...
Sihat ka?
Well, harapnya begitulah ye ^.^
Untuk hari ni I nak bercerita dengan budak-budak comel kat preschool I ni.
Kalau nak bercerita, bukan main banyak ceritanya.
Dari minggu pertama sampailah sekarang, takkan habis punya.
Diorang taklah buat hal tapi disebabkan mulutnya yang bijak dan perwatakan yang comel, mampu buat I tersenyum
*tapi memang selalu kasi Teacher Ann naik minyak darah*
Apa sahaja yang keluar dari mulut budak-budak ni lebih ikhlas, genuine dan logik.
Yang orang dewasa pulak membayangkan yang budak-budak ni selalu fikirkan sesuatu yang ala-ala fairy tales *akulah tu. hehe*

Hari ni pun ada cerita jugak.
Tapi bukan hari ni je tapi dah berhari-hari bila balik je, I selalu bercerita dengan my mum tentang pe yang jadi kat sekolah.
Macam yang kita selalu buat dulu-dululah Cik Nad *terindu pulak. hehe*

So, cerita hari ni:
Masa ajar dancing untuk hari ni, tiba-tiba Ming Zhou (bukan nama sebenar) dok sibuk mengadu kat I yang Jordan (bukan nama sebenar juga) dok sibuk tanya pasal 'married or not'.
I pun mula naik angin tapi masih cool. 
Tanyalah kenapa bising-bising.
Lepas tu dia cakap, 'Teacher Ann, are you married?'
Owh! Terkedu bila soalan begitu keluar dari mulut budak 6 tahun.
Tanpa cakap banyak terus kata, 'No, I'm not married yet'
Lepas tu adalah dia mengomel-ngomel dalam Mandarin yang I hanya paham dia ada sebut perkataan 'bagus'.
Aish! Apakah?!

Okeh. Tak apa.
Masa Revision Care, I tanya, kenapa dia suddenly tanya soalan tu.
Dia jawab, 'Because I saw you wear a ring.'
Owh! Rupanya dia nampak cincin emas kat jari I.
Hehe.
I excited dan tanya lagi, 'Then, if I wear a ring meaning that I'm married. Am I right, Jordan?'
Dia jawab, 'Yes, because my mummy and my daddy wear a ring,'
I jawab, 'Oh! I see... which fingers they wear the rings?'
Sambil tunjuk jari I.
Jordan jawab, 'This fingers' *tunjuk jari manis sebelah kiri*
Dan terus I tanya, 'Okay Jordan, did I wear on this finger?'
Dia jawab No je.
Lalu I terangkan, 'So, meaning that I'm not yet married, lorh,'
Terus dia ber'ooohhhhh' panjang-panjang.
*gelak bersama-sama. hehe*

So, budak pun tau logiknya kan?
Tu belum lagi kalau I nak bercerita pasai saiz baju, I bawa bekal apa, kenapa begitu dan begini, dan macam-macamlah.
So, my life is full with children's thought.
How greatful I am.
Alhamdulillah~

p/s: Teringat Dr. Siraje suka menyebut 'sembang-sembang makcik" bila buat sesi kaunseling. Recalling that moment ^.^

No comments: