Nov 15, 2012

Cinta Rockmelon

Ehem...
Ini adalah tajuk novel I yang terbaru~ *dengan nada bajet*
Tak jual dipasaran sebab nilainya mungkin anda tak mampu membelinya.
Harga: Tiada angka yang boleh disama nilaikan dengan apa yang telah dilalui...

Banyak yang telah terjadi sejak sehari sebelum convo lagi.
Excited apabila yang layak diterima dihari I menerima segulung ijazah.
Berkongsi kegembiraan dengan adik yang juga menerima segulung ijazah ditempat yang sama, dikala 30 tahun yang lepas ibu melihat ayah menerima MBA dipentas yang sama. 
Duduk dikerusi tetamu yang sama.
Sibuk pula dengan meraikan convo anak-anak kecilku.
Tetapi...
Semua kegembiraan itu deselang-selikan dengan musibah yang tak tau penghujungnya...
Berita sehari sebelum convo sudah cukup rencahnya...

Dan... walaupun seorang kaunselor (yang belum posting) tapi I juga manusia biasa.
Cara yang terbaik cuma ada satu...
Lebih banya merasionalkan pemikiran.
Kena kuat dan positif sebab kena kuat untuk orang lain.
Dan biarlah musibah ini menjadi rahsia sebab Hadith Tabrani mengatakan, "musibah, sedekah dan ibadah itu adalah rahsia,"
So, biarlah sedikit yang tahu...
Doakan yang terbaik sebab mungkin setahun, 2 tahun dan bila-bila. 
*barangkali dan harapnya tabah dan lebih tabah*

Ehem...
Berbalik dengan novel I tadi~ *dengan nada gedik lagi*
I nak bagi hint.
Ceritanya dah bermula pun.
Dan nak masuk ke pertengahan cerita...
Hint-nya adalah...

"Saya dan Ruzanna ni dah kawan selama 2 ke 3 tahun. 
Saya pun dah tak ada sesiapa kecuali Ruzanna. 
Jadi saya merancang untuk ke level yang seterusnya..." 

So, novel 'Cinta Rockmelon' I Insha'allah ceritanya ada sesuatu...
Kenapa Rockmelon?
Sebab ada orang tu bagi free Rockmelon kat I.
Padahal tak pernah kenal dan jumpa pun.
(^_^)

Dan officially memulakan tulis check list dan menghitung hari.
Jangkamasa: Sebulan dan mungkin kurang sebulan.
Level yang pertama: My E-day~
*kekok nak cakap 'My E-Day' sebab macam dalam mimpi*
Alhamdulillah ada permulaanya...

3 comments:

nadia said...

whooo....i'm crying read ur entry. be stong girl. Allah always with you. Insyaallah, u can face it.
Congratulation in advance on ur E-day.

p/s: eh i pn dpt rasa rockmelon free tu kn? ^_^
btwn, awk ingt x, semua bermula pd hari awk attend kursus kawen kn? ni la jodoh nama'y ^_^

Ruzanna Rahman ~♥ said...

Thnx nad...try my best to be strong and strong...
I will and always free to lend my ears and shoulder to others...
May sadness will not be the reason for me to move forward :)

and thnx too for congratulate me ^_^
Rockmelon free mmg sdp kan? muhaha *gelak jht*
DAN ke kursus kawen yg kena paksa (tp bukan kena pksa sgt pun...)..
hikmahnye xperlu rushing attend kursus kwen dah skrg... hehe

kalam said...

SEMOGA BEROLEH KEBAHAGIAAN AMINN ..