Showing posts with label Handmade. Show all posts
Showing posts with label Handmade. Show all posts

Jan 30, 2014

Kreativiti

Pre-cut Felt (Flower)
10 pairs = RM7.50
50 pairs = RM36.00

Simple Brooch
RM2.50 / piece
Buy more to get less!

Feb 1, 2013

DIY Hantaran

Tak mo taip panjang-panjang.
So bolehlah ke link ini~


Sila, sila~

Nov 14, 2011

Hiasan

Hye peeps!
Ni sekadar nak post entry je...
Gambar ni sudah cukup membuatkan I lapar ^_^

Sedap tak?

Nov 9, 2011

Homework T_T

Hye peeps!
Malam ni I dah nak berangkat ke Ipoh. Naik train. *Yippie!! - keriangan berganda*
Berangkatnya pukul 11 malam karang. My mum berpesan jangan tido sebab karang tersasul ke Butterworth.
Tersasal, nanti I call aje Cik Nad. Hehe

Before I balik, I kena siapkan or sekurang-kurangnya start buat homework.
*bukan keriangan berganda lagi T_T*
Kena siapkan tempahan orang...


Bila dah siap, akan jadi begini...


OR


sama dengan...

*model pilihan minggu ini...*

Juga assignment...
Banyak sebenarnya tapi I suka yang ini...


yang berkaitan dengan ini...

*sila JANGAN komen sebab seni itu abstrak. tee hee~*

Hm... itulah antaranya.
Sebelum bercuti DALAM bercuti, sulam dengan banyak kerja.
Berblogging juga dikira bekerja ^_^

ANDA PUN DAH SIAP KE KERJA?! 
^_^

Sep 16, 2011

Penyakit Mental


Hi peeps!
Entry kali ni takmo sedih-sedih. I dah tinggalkan semua masalah kat pintu rumah I. Finally, home sweet home. Like my mum said, cuti-cuti kat rumah ni tak payah fikir sangat. Hari Ahad nanti baru "kutip" balik masalah yang I tinggal kat depan rumah tadi.

Sepanjang hari juga I habiskan masa dengan kerja-kerja suri rumahtangga. Malam-malam, start menjahit tempahan-tempahan. Ada customer yang bertanya-tanya dah. Hehe. Maaflah yer~ Ada kebaikan juga hobi menjahit craft ni sebab I nak release tension. Macam therapy. Hanya fikir tentang nak menjahit yang terbaik untuk customer.

Esok? Planning nak keluar cuci mata. Cuci mata pun kat PWTC je. Temankan someone ^_^. Ada pameran pertanian rasanya. Layankan aje walaupun bukan bidang I. Hehe. Janji I keluar dan my parents tau. Kalau sempat shopping jam, lagi bagus. Therapy jugak tu. Hehe. I memerlukan jam yang tahan lasak. Jam I yang I pakai sejak tingkatan 3 dulu, baru je rosak kat tali jam, awal tahun ni. Malas nak ganti tali. Terus beli yang baru. Sayang sebenarnya tapi I tak akan buang. Kumpul duit lagi nanti I ganti tali jam tu. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk tahun ni. Moga-moga murah rezeki lagi, boleh I beli emas seketul. Hehe. Tak tipu tau walaupun gayanya macam tak congruent sebab I dok gelak tadi. ^_^

So, mau sambung menjahit. Tak siap, sambung aje esok. I rabun sket nak jahit malam-malam ni. Hehe. So, see ya' then ^_^

Jun 10, 2011

Practical Bersambung Semula

Morning peeps!
Cepat betul Jumaat menyinggah. Macam I tak sempat buat apa-apa. Ahad ni pun i akan kembali ke rumah. meneruskan perjuangan kat sekolah yang AKAN berakhir lagi 3 minggu. Membayangkan lagi 3 minggu yang bakal sibuk. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya I satisfied dengan my sewing stuff. Their names are "Lovely Birdie". Adik I dah mengomel banyak kali. Kawan-kawan dia push I nak order crafts. Maka, I create my new craft for my collection. 

Yellow Birdie

Pinky Birdie...

Yellow II Birdie...

Okeh. Banyak tu je pictures yang I amik. Yang lain tak sempat. Huhu
Nak tau lebih banyak crafts, boleh jemput ke blogshop I yang tak seberapa ni~ (click je) Garden of Crafts.

Enough for that. Selama 2 minggu ni, I baru merasa I benda. I preferable to be a student rather than working. Dulu masa kat kolej, I rasa okay je nak buat part-time. Tiap-tiap Sabtu or cuti semester mesti I akan buat part-time kat day care. Maybe I do really in love with that situation, surrounded by adorable children, and most important thing is I love children and work with sincere. Kenapa sekarang tak macam tu ye? Tak kena jiwa jadi seorang kaunselor ke? Hello, Cik Ruzanna~! Third year, okay?! Bukan tak suka tapi macam still not fit into me. That is why I don't really care if after this I will re-use my diploma certificate back. Well, I NEVER regret for being in counselling things. Just upgrading my level and knowledge. I have intention to pursue my study in Early Childhood areas. For counselling, part of tool to support my weaknesses. Not going to blame anyone. 

Apr 19, 2011

Kerja Seminggu yang Berbaloi

Hi peeps!
hari ni I nak post something yang I buat selama seminggu. Berbaloi sebab puas hati. Dapat duit jugak. ngee~~ 

Firstly...
Dapat pengganti baru daripada yang ni...

*hilang tak lama dulu. Bukan lawa. Sama ada masuk dalam tong sampah or ada yang berkenan lalu...*

Kepada yang ini...

*I buat sehabis simple*

Secondly...
Request from my mum. Baru beli hp baru tapi calar-balar! Maka, decided buatkan satu untuk dia...

*gubahan pokok pasu dan bunga memang sesuai untuk dia*

Thirdly...
Telah dapat siapkan 2 items sekali gus! Gila tak? muhaha! 

*dah request berbulan-bulan tapi baru hari ni siap*

Juga...
For Cik Nad...
*sorry kalau toooooooooo girlish. sengaja. Haha*

*pink inside. sengaja jugak. Haha*

Harap semua suka~~~ Dan untuk waiting list, sila bersabar ye... hehe.

Sep 18, 2010

Domo Si Mp3 Pouch

My recent masterpiece. 
My sissy, Cik Aja, nak sangat mp3 pouch.
So, dalam kelemasan dengan assignment yang berlambak-lambak macam ikan sardin, lalu, jahitkanlah jugak untuk dia...
Domo yang kurang comel *_~

Sep 4, 2010

Ugly Duckling!

Okay... Dah lama tak officially "berbelog" dan meng- upload pictures. Maka banyak ler benda yang miss. Ni baru jer balik dari UIA petang semalam. So, terus mengerjakan kain flannel dan felt yang dah lama tertunda. So, baru jer berjaya buat a few things. Sebenarnya dah banyak tapi tak ada pics pulak. But happy sangat-sangat ^_^. So, nilah hasilnya...

My Ugly Duckling. Ada rupa itik ke ni?

Hp Pouch. Dah buat a few weeks ago. I love my wabbit! Ada orang dah order tapi mungkin lambat sket kot nak buatnya... huhu

My Tsunami Kanzashi flower. Blaja online tutorial jer!
So, more craft is coming soonnnnnn!

Jul 5, 2010

I ♥ You, Button Boy.

Ehm... pengumuman yer... Ann ada boyfriend baru. Namanya Button Boy. Dah lama mencari dia tapi baru sekarang jumpa. Dia taklah encem macam Ashton Kutcher or segagah Arnold Schwarzenegger. Biasa-biasa aje.  sekarang ni dia akan selalu menemani Ann even nak tido sekali pun. Nak tengok dia tak? Nilah buah hati baru I~~ Mari kita mulakan...

Eins...



Zwei...



Drei...



My Button Boy ♥

Lalala~ encem tak? Hehe. Dah lama nak buat doll macam ni cuma belum ada masa. Then cari resources yang betul untuk menjahitnye. This is my first attempt. So, the stitch was a bit messy. So I made another things. Just do it as a purpose of experiment and my passion towards stuff like this. Another attempt I made for my sister. It is like this...
A for A.J.A (dah macam rupa alien pun ada)

Well... still not good enough for me. I MUST try for another design. Wish me luck!

Nov 25, 2009

* Origami ~ Bookmark *



Salah satu hobi Ann~~ ORIGAMI! Ann belajar dari sebuah website. Agak susah juga step untuk menghasilkannya. Jadi Ann akan cuba untuk permudahkan kepada yang ingn mencubanya. Ikutilah langkah-langkah yang seterusnya~~



1. Sediakan kertas yang berukuran segiempat tepat. Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja kertas mengikut kesukaan anda. Lebih elok jika menggunakan kertas pembalut hadiah.




2. Dibahagian belakang perlulah kosong kerana untuk membezakan di antara dua bahagian.


3. Lipat kertas kepada dua bahagian dan mestilah sama ukuran.



4. Potong kertas tersebut mengikut garisan tadi. Ambil salah satu kertas itu.


5. Seterusnya, lipatkan kertas tersebut sekali lagi. Sama seperti yang di atas.



6. Kali ini, lipat kedua-dua sisi kertas sehingga bertembung dibahagian tengah. gunakan garisan lipatan yang telah dibuat sebentar tadi.



7. Lipat sedikit dibahagian hujung kertas. Lipat mengikut lipatan yang sedia ada. Ia digunakan sebagai penanda.


8. Kemudian, lipat kertas mengikut lipan segitiga sebentar tadi. Setelah dilipat, buka lipatan segitiga tadi.




9. Setelah itu, lipat kedua-dua bahagian dan pastikan ianya selari. Biarkan ia bertembung di tengah-tengah.


10. Selepas itu, lipat di bahagian atas sedikit mengikut lipatan yang sedia ada.



11. Lipatkan jalur yang hujung mengikut lipatan yang sedia ada. Buka dengan perlahan-lahan dan teliti. Kelopak akan terbuka dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan sedikit bantuan untuk membukanya.



12. Gambaran dibahagian belakang.



13. Gambaran di hadapan apabila kelopak telah dibuka.



14. Hasil daripada lipatan tadi.




15. Lipat sedikit dibahagian belakang dan jadikannya 4 lipatan kecil.



16. Lihatlah hasilnya! Selamat Mencuba!


p/s: Please drop in your comment. Saya sangat menghargainya. Kritik jika perlu supaya saya dapat buat yang lebih baik daripada ini...