Bila cakap pasal makan, mesti akan terbayangkan ayam yang digoreng panas-panas yang dicicah dengan sambal belacan atau air tembikai yang dibubuh ais (my favourite bila tengah lapar sangat-sangat ^_^). Tapi pernah ke terfikir cara kita makan tu kadang-kadang tak matching especially gabungan lauk-pauk? Ann sendiri pun kadang-kala belasah je makan tapi sejak akhir-akhir ini Ann akan lebih berhati-hati apabila memilih makanan. Disini Ann nak share apa yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan.
Jangan makan (sekali gus)...
- Susu + Daging
- Daging + Ikan
- Ikan + Susu
- Ayam + Susu
- Ikan + Telur
- Ikan + Daun Salad
- Susu + Cuka
- Buah + Susu (contohnya Koktel atau carrot susu)
~ Jangan makan buah SELEPAS makan nasi. Tetapi makan buah SEBELUM makan nasi. (tapi kadang-kadang pun Ann makan juga. Suka jadikan tembikai sebagai lauk)
~ Tidur 1 jam selepas makan tengahari
~ Jangan sesekali meninggalkan MAKAN MALAM kerana akan cepat dimamah usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah-tambah
~ Makanan darat (contohnya ayam) dilarang sama sekali dimakan bersama-sama makanan laut (contohnya ikan). Ini telah terbukti oleh saintis bahawa makanan seperti ayam mengandungi ion positif. Manakala makanan seperti ikan pula mengandungi ion negatif. Oleh yang demikian, tindakbalas kimia akan terhasil dan boleh merosakan usus. (Aish! Dah macam pakar pemakanan plak...)
As a conclusion, you should try this at home. Jika berkesan, teruskan amalan anda. Jika tidak, abaikan sahaja. Yelah, lain orang, lain reaksi dan kebekersanannya. Jadi, Selamat Mencuba!