Mar 2, 2010

Special Task

  • Malam tadi...
Attend meeting dan dimasukkan dalam bureu Special Task. Terkejut juga sebab tak tahu-menahu tentang apa-apa. Yang lagi terkedu bila kena buat name tag untuk committee! Before this hanya adore bila dapat name tag dan sekarang totally different! Other task... sediakan door gift dan hamper. Tak mengapa... redha jelah...

  • Pagi Ahad (28/3)...
Toby dan Kecik telah dibuang oleh ibu selepas mendapat tahu "mereka" telah "membuang" merata-rata. Apa lagi, ibu pun geram ler! Alih-alih Ann jadi volunteer bersihkan "bahan buangan" tersebut (jangan ditanya apa rasanya -_-)

  • Apa yang anda rasa?
Tak dapat nak digambarkan perasaan sekarang. Bagaikan ada awan di atas kepala yang berwarna kelabu. Tetapi kadang-kadang sahaja ada disinari cahaja matahari... Sedang mengalami krisis...

  • Senarai yang harus dibuat?
  1. Habiskan Bachelor in Education (Guidance and Counselling)
  2. Belajar Aikido (baru dapat attend 1 class sebab waktu clash!)
  3. Belajar gitar (tengah belajar separuh jalan)
  4. Belajar bahasa Mandrin (hanya tau sedikit bahasa German)
  5. Improve skill memasak (tetapi bukan sebab "nak kawin kena pandai memasak!")
  6. Belajar swimming
  7. Belajar crochet / menjahit / sulaman (ala-ala prempuan Melayu terakhir gitu...hehe)
  8. Belajar lebih banyak art and craft
  • SDS (Self-Directed Search) anda?
S (social), A (artistic), I (investigative). Yang paling bagus S, E (enterprising), A. E diperlukan supaya dapat memujuk client tapi Ann tak pandai memujuk!

  • Pendapat tentang cuaca?
Bahang + tiada angin + silau yang melampau = PANAS. Dilaporkan juga telah berlakunya kebakaran dan air dicatu di kawasan yang tertentu. Jadi mesti ada kesedaran untuk tidak membazir dan sentiasa menjaga alam. Kadang-kala benda yang kecil dan simple pun boleh membawa kepada perubahan. Contohnya: menggosok gigi. Bila gosok gigi, jangan biarkan air sentiasa mengalir (paip dibuka tanpa menadah dan dibiarkan) begitu sahaja. Bunyinya macam aktivis pencinta alam pula...

  • Sekarang berada di...?
Luar RC. Update blog tapi wifi pula tak berfungsi dengan baik ~_~

No comments: