Mar 17, 2011

Hari Tanpa Suara

Dah nak dekat 2 hari ni suara tak berapa nak ada. Alhamdulillah hari ni suara tu ada tapi serak-serak. Azab jugak bila tak boleh nak bercakap banyak dan bergosip. Tapi mungkin ada bagusnya sebab tak perlu mengomel banyak-banyak dan juga bercakap benda-benda yang tak perlu. Sebab setiap kali nak bercakap, mesti kena tulis dalam my lovely notebook. Habis penuh buku dengan 'conversations' yang agak pendek tapi sampai maksudnya. Usually, bila bercakap, akan panjang lebar. Maka, orang akan paham lebih baik... *ye ke?*

Semalam jumpa doctor. Dia kata takde demam tapi dia bagi jugak ubat demam. Siap nak bagi MC, tapi I kata okay je lagi. Dan pagi ni, ada rasa lain sket. Mintak-mintak kalau nak demam pun, biarlah petang-petang sket sebab nak settle kan homework yang bertimbun-timbun ni. 

So, doakan saya get well soon, ya'~!

2 comments:

Lizzie Yasmin said...

minum air yogout lar.. salu membantu...

ikha said...

Get well soon kak Ann!