Morning peeps!
Well, cepat betul seminggu berlalu. Haish! Membayangkan cuma beberapa hari je lagi nak masuk sekolah balik *macam I pergi sekoah jadi budak sekolah balik*. Lepas tu nak balun 3 minggu dengan banyak program *Busy bukan main eh kau!* Tapi tak apalah. Demi learning process, ku sanggup redah segala rintangan. Hehe *dramatic*. Soon, my normal days will end. Owh! Tak happy langsung. Sebab: PENAT dowh! Haish! Pagi-pagi dah mengomel. Tak boleh! Tak boleh! Huhu...
Okay. Straight to the point. Merujuk pada title di atas, I merujuk pada mock teaching last week. I jadi first presenter. Okeh. Cuak. Alhamdulillah everything was settle with the smoothest flow. Lega. Cuma geram tu I pulak dapat title "cikgu nakal". Haish! Tang mana ceq nakal ni~ Then, I was blushing in front of my friends and lecturer. Gila kau! Mana tak blushing sebab I tak buat apa-apa pun ~_~. Entah tang mana yang ceq nakal pun ceq tak taulah. Then a friend cakap, "ha! hidung cikgu dah merah," Haha. Mau gelak tapi cover. Jahat ye you all ni. Hehe.
Okay. Itu masa mock teaching. Dapat kawan-kawan yang nakal-nakal. Suka mengusik, especially lelaki. My CF pun sama naik dok mengusik I *siaplah my CF~! huhu~*. Sabar jelah~ Ni baru mengajar beberapa orang je. In reality?! Ish! Tak payah cakaplah. Masa practical ni, I selalu dapat relief class. Kalau dapat kelas yang baik-baik dan jenis tak melawan. Hormat guru. Tu tak apa lagi. Ni kelas yang nakal-nakal, tak nak dengar cakap cikgu dan macam-macamlah. Rasa nak menangis wo!
Okeh! Kita start dengan my education background. Masa sekolah rendah, I memang sekolah campur. Tapi semestinya masa pengalaman kat sekolah rendah taklah banyak yang I ingat. Masuk form 1, I sekolah campur selama sebulan je. Sekolah yang I practical sekarang. So, experience tak banyak sebab baru masuk form 1 lah katakan. Dah tu sebulan je. Next, kena transfer to girls' school. So, situasi berbeza. Kalau nakal-nakal pun, semua girl. Nak melawan pun, tahap mana je. Dah semua perempuan, maka hati semua orang kan nak sama je. Empati lebih. Sensitif memanjang. Nak ganas-ganas pun tahap mana je. Hehe. Tapi taklah so girlish. My parents memang sengaja hantar I kat sekolah perempuan. Kebetulan pulak sekolah tu dah berpindah bangunan. Dari KL ke area yang agak dekat dengan rumah. So, take this chance to send away their daughters at that school. Then, masuk form 6, sekolah lelaki tapi hanya form 6 je campur. Feeling? Tak sama sebab semua matured enough. Nakal-nakal tu biasa je. Tak tahap tinggi. Sekolah tak kawal ketat sangat tentang disiplin budak-budak form 6. Pandai-pandai jaga diri.
Sekarang? I practical kat sekolah campur. Haru! Environment lain macam. Paling tak suka depa cakap, "cikgu, saya tak faham cikgu cakap apa," Haish! Bagi jugak sekor-sekor ni. Tak apa. Pengalaman. In conclusion, nampak tak bezanya kat situ? Antara mock and reality?
p/s: Terasa nak mengajar sekolah kat sekolah perempuan sahaja. Boleh?
No comments:
Post a Comment