Morning semua~
Dah breakfast?
Hm... kalau dah, sila hantar sikit kat I yer~ Hehe...
Sekarang ni musim cuti sekolah.
Makanya, I pun bercutilah jugak walaupun 'dibebani' dengan banyak kerja
*padahal sendiri yang malas nak buat*
(>.<)
Tapi walaupun cuti sekolah, I kena ulang-alik dari Selayang ke Gombak sebab kena babysit my siblings.
Bila perlu je baru balik Gombak.
My parents gi honeymoon berdua *ouch!*
Tapi tak mengapa...
Biarlah gi bercuti berdua.
Penat kot nak menjaga kerenah my siblings and I yang bermacam-macam kerenah.
Berbakti kepada ibu bapa.
Bila cakap pasal ibu bapa, teringat pelajar-pelajar kat sekolah I ni.
Sememangnya budak-budak baik dan masih boleh dibentuk.
Cumanya biasalah, tiada yang perfect karekternya.
Kenakalan di zaman remaja adalah perkara biasa.
Cumanya kenakalan generasi sekarang ni agak 'luarbiasa' sedikit.
Tak macam zaman I dulu-dulu.
Marah sekali dua, dah boleh nak mendengar.
Yang kena marah tu, bersyukurlah jikalau yang marah itu adalah parents.
Ramai pelajar di sekolah I adalah anak-anak yatim.
Ada juga yang kehilangan kedua-duanya.
Tinggal pula di asrama.
I terasa sebak bila mula-mula tau tentang perkara ni.
Menginsafi diri bila terkenang yang I masih ada parents untuk bermanja-manja.
*Sorry... I'm a bit spoiled*
Masih lagi dapat melihat wajah-wajah mereka.
Tapi mereka?
Hmm...
Selain tu, bersyukur juga kalau masih diberikan peluang kali kedua untuk hidup.
Accident teruk sampai remuk motor tapi bernasib baik hanya tergeser di tangan dan kaki sahaja.
Kalau kena muka?
Hilang gigi?
Hilang encem...
Itu pun masih tak bersyukur lagi ke?
Juga, bersyukur jikalau masih ada cikgu-cikgu yang berpeluh membanting tulang 4 kerat.
Bersusah-payah menyediakan modul, buat kelas tambahan, bermalam bersama, merasionalkan kembali apa yang sepatutnya dan sebagainya.
Tiada cikgu yang nak anak-anak didiknya menjadi sampah masyarakat suatu hari nanti.
Tidak kiralah apa yang dilakukannya, cuma sedikit hormat yang cikgu perlukan.
Cuma sedikit...
Akhir sekali...
Hidup ni singkat.
Please...
Fill your life with meaningful things...
*p/s: dedicate to someone... and as reminder for me too*
2 comments:
hopefully him read ur blog. tak bleh blah, siap dedicate lg tu? Dia kah? ^_^
yela...WAJIB dedicate..mahai tu... hehe...mungkin DIA yg u mksdkn~ hehe
Post a Comment