Mar 8, 2013

Semalam, hari ini, esok, lusa, tulat dan bila-bila

Fuh! title punyalah panjang.
Tak ada idea nak letak title pe.
Anyway, hye readers~
Tengahari sudah.
Dikala ini, ibu sibuk di dapur dan anak daranya pulak sibuk berblogging.
Hoh! Perangai~
Hehe...

Dah berhari-hari nak update blog tapi tak tercapai.
So, sementara ada idea ni, eloklah menulis sesuatu.
First of all, alhamdulillah interview semalam dah selesai.
Nervous bukan main lagi.
Tapi bila dalam bilik, dah macam tak ada perasaan.
Semua soalan yang diajukan memang tak ada apa yang I baca.
Dan I pun tak tau la pe menda-menda yang I jawab.
So, result tak taulah macam mana nanti.
Okay ke?
Hmm...

Selesai temuduga semalam, bermula hari ini, I akan sibuk kembali menguruskan hal kahwin.
Owh! terlupa...
Insha'allah dalam masa lebih kurang 2 bulan lebih ni, I akan jadi isteri orang.
Ouch! Sounds like berat tanggungjawabnya.
Well, sebenarnya it was decided by my parents and made a first move for it.
Not requested by my fiance's side.
Since I pun tak tau bilanya nak posting dan my fiance pun kalau rezekinya untuk sambung belajar di overseas (insha'allah~), maka itu yang menyebabkan my parents tak berfikir panjang.
Sorang dok sana, sorang dok sini.
Bila fikir-fikir balik, entah bilanya nak kahwin nanti.
Yang si dia confirm selepas setahun baru balik Malaysia.
Soon, bulan 7 puasa, bulan 8 raya dan si dia akan berlepas pada bulan 9.
So, tak ada masa yang sesuai lagi.
Nak ikutkan my parents nak menikahkan je dulu.
But then, nak jugak buat makan-makan sikit.
So, kenduri besar terus jawabnya....

Alhamdulillah juga Tok Kadi kata ON.
Dewan sekolah pun dapat jugak.
Lagilah dekat dengan rumah. 
Nak jalan kaki pun boleh sangat (I mean berjoging. hehe~)
Scenery dewan sekolah tu atas bukit.
Ehem...
Juga kami adalah bakal pengantin pertama yang berkenduri disitu sebab Guru Besarnya baru buka kepada orang ramai untuk buat kenduri atau majlis disitu...
So, rezeki kami...
Alhamdulillah~

So, insha'allah, bulan Mei adalah bulan yang dinantikan...
Doakan segala urusan dipermudahkan~
Ameen~

No comments: