Oct 11, 2014

Fly Away

Assalamualaikum bloggers~
Rindu dengan blog and as usual, busy penyebabnya.
Well, sejak ada Instagram, hampir semua update ke dalamnya. 
Dah jadi pemalas nak menulis.
Penyakit kronik untuk Ruzanna Rahman.
Owh! Rindu nk menulis.
So, kali ni, wajib tulis sesuatu.

A year ago, I choose to be in Miri, Sarawak.
Mengajar dan belajar tentang budaya lain.
Tentunya I sukakan pengalaman itu.
But unfortunately, ini adalah keputusan tudak rasmi.
Masih menunggu hitam putih tapi tak sabar nak bagi tahu.
Insha'allah by Januari 2015, I akan fly ikut suami.
Cuti tanpa gaji selama 1 tahun 8 bulan dan 16 hari.
Dan pengetua bagitau bahawa I mungkin tak akan kembali ke sekolah yang pertama I di hantar.
JPN juga kata begitu.
Kalau ikutkan memang I tak boleh buat macam tu tapi pengetua tak sanggup nak biarkan kekosongan jawatan sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah ini terbiar dengan jangkamasa yang sangat lama.

Sesungguhnya mana hati ini tak girang.
Tapi fikirkan balik, masa setahun lebih tu sangatlah panjang untuk jadi suri rumah.
Mati kutu duduk rumah.
Hari-hari belajar resepi baru.
Pagi-pagi hantar husband ke pintu dan tunggu dia balik menjelang petang.
Mengadap laptop dan tv.
Kalau berkemampuan, ke library pinjam buku.
Bila rajin, boleh ber zumba dengan husband.
Kalau boring, berkraf atau hias rumah.
Sounds like typical housewive.

I dah biasa mental dan fizikal bergerak.
Mungkin dengan perjanjian I dan husband ini adalah salah satu cara untuk I menikmati alam berumahtangga yang sebenar.
Bezanya adalah berada di UK.
I dah buat perjanjian bahawa kalau I tak pregnant selama 2 kali visit ke UK, maka I wajib berada disisinya.
Well, janji tetap janji.
Family first.
Harapnya keputusan ini adalah yang tepat walaupun disepanjang perjalanan itu taklah sebaik dan semanis yang diidamkan.

So, wait for me Mr. Husband.
Bulan depan you balik kita boleh uruskan visa sama-sama ye.
Miss you~


1 comment:

arek said...

tahniah..best la dapat duduk dgn husband lepas ni hehe