Jan 6, 2015

Entry 2015

Assalamualaikum readers..
Selamat Tahun Baru 2015!
Semoga tahun baru ni terlaksanalah azam-azam tahun lepas yang tak tercapai lagi.
Hehe..

Sebagai refleksi tahun 2014, banyak benda yang I alami.
Ada yang manis dan tak lupa yang pahit.
Disepanjang tahun 2015 merupakan tahun I di Miri, Sarawak.
Tahun mencabar hati dan minda.
Bekerja selama setahun sebelum kami berdua (my husband and I) decided to live together as a normal husband and wife.
So, supposedly, I dah pun berada di Manchester pada ketika ini tapi disebabkan visa masih dalam proses, I tunda kepada Januari 2015.
Apa yang paling menarik di tahun 2014 adalah:

Visit my husband in Manchester, jejak kaki di Brunei, jelajah Gua Niah, nikmati Pesta Tanjong di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, dan yang paling besar adalah berkhidmat sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Tak lupa untuk yang kurang manis:
Perpisahan dengan workmate (Amanda dan Shida) dan tinggalkan rakan-rakan di Kolej TDT Haji Bujang.

Untuk tahun 2015 ni, I mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi berbanding 2014.
And of course, nak dapatkan sesuatu yang baik, mesti harungi yang pahit dulu.
So, SKT. Yang perlu dicapai untuk tahun 2015 adalah:

Jadi suri rumah sementara yang terbaik untuk my husband, usahakan dapat cahaya mata, hasilkan lebih banyak kraf, belajar benda baru, travel more dan nikmati kehidupan di Manchester.

Dalam banyak-banyak ni, usaha dapatkan baby tu la yang I rasa mencabar sebab semuanya rezeki dari Dia..
Sometimes I feel uneasy when people keep asking me about this.
Bitter. More than bitter I guess.
Dulu bila tak kahwin, tanya bila nak kahwin.
Dah kahwin, tanya bila nak ada anak.
Mulut orang payah nak tutup.
Pray for the best..

So, semoga tahun ini kehidupan lebih baik dan dimurahkan rezeki.
Diberikan kesihatan yang baik juga.
Amin~

Selamat Tahun Baru dan Salam Maulidulrasul 😘

No comments: