Mar 20, 2015

Househusband

Atau house-spouse / stay at home father / house dad.
Secara tradisinya atau tipikalnya, lelaki mana boleh jadi suri rumah kan?
He suppose to become the breadwinner and work outside the home to provide the family with income and benefits.

Okay. Untuk context ni, sebagai dependant kepada isteri yang sedang belajar di luar negara.
Dapat biasiswa.
Pada I, sangat cool untuk ini.
Sebab? 
Sacrifice untuk banyak benda, tinggalkan kerja hakiki atau ambil cuti tanpa gaji untuk bersama isteri.

Ada orang kata, sungguh b*d*h tinggalkan kerja (let's say he is an engineer yang berjawatan besar dengan gaji berkepuk-kepuk).
Ye. fikirkan memang dia b*d*h.
Mungkin dia boleh just terus kerja dan biarkan isteri di luar negara.
Bila dia dapat cuti, bolehlah datang jenguk isteri.
Ye, itu pun KALAU dia dapat bercuti.
Ye, itu pun KALAU wife dia atau dia senang nak dapat zuriat.
Ye, itu pun KALAU isteri dia hati memang tak akan pandang pada lelaki lain.
Ye, kalau lelaki ini MEMANG hati kental tak pandang orang lain.
Dan ye juga untuk sebarang kemungkinan yang lain.

I sangat kagum pada orang-orang yang I kenal kat UK dan mereka merupakan kawan-kawan suami I.
Sacrifice yang sangat besar sama ada yang dah mempunyai anak mahupun tidak.
Bukan sesuatu yang senang untuk tinggalkan kerja dan menumpang duit daripada isteri.
Memang I kagum.

Diorang bukan suka-suka nak buat macam ni tapi semuanya ada sebab.
Dan itulah dinamakan kasih seorang suami kepada isteri.
Tinggalkan ego dibelakang untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik.

Kalau seorang suri rumah (wanita) selalunya ada benda lain yang boleh dibuat.
Tapi mereka?
Ye, mereka perlukan rutin yang berlainan untuk ini: jaga anak, kerja sementara, attend any classes that fits them, bersukan dan lain-lain.
Menarik kan?

Semoga itu yang terbaik buat mereka. Amin~

From Paris with Love: Surprise in Paris!

Ye.
Entry ni berkurun dah nak tulis tapi tak tertulis.
Perginya Disember 2013 tapi tulisnya Mac 2015.
Jauh bebenor tu!
Hutang entry wajib dibayar! ^^

So, surprise adalah ini...


Disneyland Paris.
Ye. Igauan kebanyakkan kanak-kanak, gadis-gadis, isteri-isteri orang dan mak-mak budak.


Sangat besar. Rasa macam sehari pun tak cukup.
Hotel disediakan tapi mana mampu dengan harga Euro yang mencanak berbanding Ringgit Malaysia kalau convert.
Walaupun hakikatnya suami beli guna Pound.
Silap haribulan, makan maggi je nanti.







Kami enjoy hampir semua roller coaster dan ini yang paling I suka:
Hollywood Hotel.
Kalau tak kerana perut lapar.
Belum makan sejak pagi, lama dah naik second round.
Tak mampu nak beratur panjang.


Ye. Tak banyak yang mampu I tulis sebab memang I speechless without facial expression yang sesuai.
Hadiah honeymoon dari dia.
2013 sememangnya tahun yang sangat sedih.
Kehilangan arwah ayah bila lagi 10 hari nak menikah. Al-Fatihah.
Tahun yang sama kami bertunang dan melangsungkan perkahwinan.
Merasa juga hidup tanpa Mak mentua. Al-Fatihah.
Tahun yang sama I dapat posting ke Sarawak.
Tahun itu juga suami terpaksa tinggal jauh beribu-ribu batu untuk mendapatkan segulung ijazah.
Dan pengakhiran 2013 dengan hadiah ini.

Untuk 2015, dengan perjanjian, alhamdulillah tinggal bersama walaupun hidup di perantauan.
Doakan kami untuk yang terbaik. Amin~

Mar 5, 2015

Shaw and Crompton, Oldham

Assalamualaikum~
Winter masih belum melabuhkan tirainya.
Tak sabar tunggu spring sebab tak tahan sejuk memanjang.
Nak keluar rumah tak sah kalau tak pakai winter coat with one or 2 pieces of long shirt!
Pergi kedai belakang rumah jangan harap nak pakai cam yang I biasa buat kat Malaysia.
Menangis kesejukkan la nampaknya. Huuu~

Well, a few weeks ago snow turun dengan banyak tapi tidak lebat di luar rumah I.
Yang peliknya, tak jauh (lebih kurang sejam dengan menaiki tram) boleh dapat snow.
Oh! Sangat menarik jalan-jalan cari snow.
Of course excited sebab mungkin sekali dalam seumur hidup ada peluang macam ni.

Untuk bermain dengan snow, 2 kali juga I keluar bandar 
Gigih jugalah dengan menahan kesejukkan.
Paling dekat adalah di Oldham.
Kali pertama datang, enjoy lebih kurang je...








Gumpal-gumpal hingga mampat.
Lalu, letak susu cair, sirap, kacang dan jagung.
Owh~! ABC kepal!

Tak puas hati dan wheather prediction kata the following nye ada lagi snow turun.
Dan kali ni kami pergi dengan kawan husband I.
Cuma yang kurang best nye adalah semua kawasan yang dipenuhi snow yang tebal adalah private area.
Maknanya ke semua tanah yang kosong ada pemiliknya dan sebenarnya kami dah 'ceroboh' masuk.
Memang bedal je main sampai kena sound dengan pakcik dan makcik yang lalu-lalang kat situ.
Nasib sempat buat snowman :p




Peperangan bermula!





Berat - Sederhana - Ringan


Rose among the thorns *I tak taulah nape selalu dikelilingi lelaki :p*



Meet my Olaf~


Muka ketakutan sebab ceroboh tempat orang :p

Dan mana boleh lupa part yang ni.
Jantung berdebar-debar sebab buat salah :p


In the end, semua happy.
Bukan setiap hari dapat rasa snow.
Bukan setiap hari juga dapat peluang yang baik.