Showing posts with label Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts

Mar 20, 2015

From Paris with Love: Surprise in Paris!

Ye.
Entry ni berkurun dah nak tulis tapi tak tertulis.
Perginya Disember 2013 tapi tulisnya Mac 2015.
Jauh bebenor tu!
Hutang entry wajib dibayar! ^^

So, surprise adalah ini...


Disneyland Paris.
Ye. Igauan kebanyakkan kanak-kanak, gadis-gadis, isteri-isteri orang dan mak-mak budak.


Sangat besar. Rasa macam sehari pun tak cukup.
Hotel disediakan tapi mana mampu dengan harga Euro yang mencanak berbanding Ringgit Malaysia kalau convert.
Walaupun hakikatnya suami beli guna Pound.
Silap haribulan, makan maggi je nanti.







Kami enjoy hampir semua roller coaster dan ini yang paling I suka:
Hollywood Hotel.
Kalau tak kerana perut lapar.
Belum makan sejak pagi, lama dah naik second round.
Tak mampu nak beratur panjang.


Ye. Tak banyak yang mampu I tulis sebab memang I speechless without facial expression yang sesuai.
Hadiah honeymoon dari dia.
2013 sememangnya tahun yang sangat sedih.
Kehilangan arwah ayah bila lagi 10 hari nak menikah. Al-Fatihah.
Tahun yang sama kami bertunang dan melangsungkan perkahwinan.
Merasa juga hidup tanpa Mak mentua. Al-Fatihah.
Tahun yang sama I dapat posting ke Sarawak.
Tahun itu juga suami terpaksa tinggal jauh beribu-ribu batu untuk mendapatkan segulung ijazah.
Dan pengakhiran 2013 dengan hadiah ini.

Untuk 2015, dengan perjanjian, alhamdulillah tinggal bersama walaupun hidup di perantauan.
Doakan kami untuk yang terbaik. Amin~

Feb 26, 2014

From Paris With Love: Another Surprise!


Second Night at France

Well, sepanjang siang hari kedua, kami travel dengan bag pack.
Sebenarnya I insist nak pakai small lugage but Mr. Hubby says NO.
But then, I dah faham kenapa ^^
Perlu tidur ditempat lain rupanya...
First night, hotel yang kami tidur, quite uncomfortable and insecure. 
And definately, bila transfer ke second hotel, superb feelings in there.
Campanile Hotel yang ala-ala Tune Hotel.
Comfortable berbanding di hotel yang pertama.




Rasa secure sangat-sangat sebab ada 2 pintu dan asing daripada bathroom.
And that night sebenarnya kami bantai makan pringles je.
No halal food and not even kebab!
Rasa menyesal ketika itu I tak beli roti Perancis masa di Versailles.
Tempat I singgah beli meringue.
So, berlapar dan nasiblah I bawa 3 in 1 cappucino.

Dan malam tu, ada another surprise...
Dulu masa kecik-kecik I hanya boleh bermimpi je.
Tengok TV dah cukup.
Tapi tak sangka realisasikan yang impian itu...

- bersambung... -

Feb 25, 2014

From Paris With Love: Day 2

*Unforgettable Honeymoon~*

Tour Paris

It was our second day in France.
Woke up in the morning and just having our breakfast with Pringles. Tak tau nak makan apa sudah. Well, avoiding myself from having any kebab sebab masa kat Edinburgh asyik bantai kebab je. Famous jugak kebab ni kat UK dan Paris. Huhu... Dan pagi tu juga kami checked out siap-siap sebab akan tidur di hotel lain. Maka, I kena angkut beg pack kami kemana-mana sahaja untuk hari ini...

That morning, we took train, again! Owh! Hatiku berdebar-debar lagi! Bila jejak kaki je, I sense bahaya disitu. Huhu.. Memang mencabar. So, Mr. Hubby terus beli tiket dan disebabkan sistem train bawah tanah ini agak mengelirukan, maka terpaksalah bertanya. Ada seorang pekerja train (barangkali) approach dan explain kat kami. Dan masa nak pergi ke tempat yang sepatutnya, tiba-tiba security menahan kami. Dengan muka garang dan tegas, dia tanya kami. Tapi... sepatah pun tak faham sebab dia cakap bahasa Perancis. Adoi! Cuak jugak sebab dia macam marah-marah. Dan pekerja tadi datang kat kami. Dia kata orang tu tanya kami beli tiket dari mana. So, kami cakaplah dari kaunter. Agaknya memang depa takut kami beli tiket haram dari pekerja tadi. Memang ada isu penipuan sebab banyak orang gypsy kat sini. Alih-alih, dia escort kami ke tempat yang sepatutnya. Owh! Hanya Dia je yang tau hati kami ketika itu.

So, perjalanan kami menggunakan train tersebut memang pening. Even orang yang kami jumpa tu pun kata memang susah sikit nak faham servis train disini. Dan pada I, hati meronta-ronta untuk keluar dari station train ini!

Dan... tiba juga tempat yang menjadi idaman kalau berkunjung disini. Eiffel Tower. Well, hatiku dah berbunga-bunga. Mata bersinar-sinar *tapi cover-cover sebab silau matahari*. Macam dalam mimpi! Eiffel Tower depan mata! Dulu-dulu tengok gambar je. Dan sekarang...

Tapi...
Someone made my day bitter. Ada 2 orang girl approach kami. Depa cakap, "Can you speak English?" My instinct says NO. Depa tunjuk kami kertas dan minta sign kat situ. I pun tarik lengan Mr. Hubby untuk tak menghiraukan diorang tapi Mr. Hubby agak sukar nak bergerak. Tau-tau sorang girl ni bengang agaknya lalu cucuk I dengan sebatang pen ditangannya. She pokes me! Arggh! Terus mati perasaan excited. I felt like wanted to slap her badly. Seriously! 

En. Suami tak berkata pe. Dia pun tergamam. So, untuk menenangkan jiwa ini, kami jalan-jalan sekitar Eiffel Tower.


Dan Mr. Hubby reward me with this!

Nutella Crepe!

Okeh! Baru sejuk hatiku dengan crepe berharga "beberapa" Euro itu. I tak bayar sebab tulah I tak berapa tahu harga dalam matawang Malaysia. Hehe... So, disebabkan perut tak berapa nak berisi makanan sangat. Maka, memanglah bantai aje makan apa. Janji tak kebulur. So, mengharapkan ada makanan. Huhu~

Dan next station, Ke Versailles! Well, I tak tahu ada pe sebenarnya kat sana tapi Mr. Hubby sangat excited sebenarnya nak pergi dan Subhanallah~ Cantiknya~





Whatever it is, I still love this picture most.

Namanya terkenal sebagai Kota Cinta.
Eiffel Tower 

Dec 27, 2013

From Paris With Love: Day 1

*Unforgettable Honeymoon~*

It's a surprise, baby~!

It is 4th December 2013 (Wednesday).
As usual, I woke up in the morning and in my mind has been set up that we were going to London, today. Yay! My husband told this just after I bought ticket to Manchester and it was a month ago. So, my husband went out a little bit early cause he needs to do work on his stuff at his lab. And for myself, preparing a hot tea and sandwiches for breakfast and packed up a few for us to eat during the journey.


Bread + sliced sausages + marmalade + butter.

Looking at my watch which is almost 10 am, rushed picked up my bag pack, lock the room and rushed out heading to the lab. We had promised to meet outside the faculty. So, we meet up and catch a bus heading to Liverpool.


And... reaching here... a surprise awaits me! It wasn't London but...


Paris.
Yeah, it was Paris.
Mr. Hubby dah siap sedia pegang his mobile phone to capture the moment.
I wish I can put that video but tak boleh sebab I kurang pengetahuan tentang upload video ke blog. Huhu~
Sejak I diberitahu akan ke Paris, kelam-kabut I cilok mobile phone Mr. Hubby dan dengan pantas belajar bahasa Perancis. Owh! Terasa gila ketika itu. Mana lagi Mr. Hubby dok kata kat sana banyak pick pocket. Eee~ memang sangat gila dan extremely surprise!

Well, it tooks 1 hour flight. Lalu bandaraya London dulu. Padahal I yang beriye-iye nak ke London dek kerana "penipuan" yang telah dibuat oleh Mr. Mohd. Fauzihan bin Karim. 

Alhamdulillah, safely arrived!

BUT...
Our journey begins with bitter feelings in it. Masa beli tiket or billets untuk naik train, ada seorang lelaki Muslim berbangsa France membawa abangnya dan anak lelakinya yang masih kecil untuk pulang menjenguk maknya dia Paris. Dia selalu suruh kami berhati-hati dengan pick pocket sebab banyak orang gypsy. Bila sampai kat station yang dituju, barulah kami faham. Ada certain tempat yang memang black area station. Siap ada askar dan security. Tak pasal-pasal kami yang nak bertanya tempat pun akan dicurigai. Cuma kebarangkalian orang yang Muslim, senang dikenali dengan berhijab, tendency untuk jadi mangsa mereka agak rendah. Disaat itulah bermula jantung I berdegup kencang setiap kali nak naik train dan dikesan tempat black area. 



Gila bukan?
So, kami menginap hotel yang indah khabar dari rupa... Juga diakhir honeymoon kami, diberitahu kawasan yang kami menginap adalah black area jugak. Gulp! Gare du Nord. Double gulp!


Dan santapan kami untuk malam itu setelah berlapar...


Alhamdulillah~

* to be continue... *