Ye.
Entry ni berkurun dah nak tulis tapi tak tertulis.
Perginya Disember 2013 tapi tulisnya Mac 2015.
Jauh bebenor tu!
Hutang entry wajib dibayar! ^^
So, surprise adalah ini...
Disneyland Paris.
Ye. Igauan kebanyakkan kanak-kanak, gadis-gadis, isteri-isteri orang dan mak-mak budak.
Sangat besar. Rasa macam sehari pun tak cukup.
Hotel disediakan tapi mana mampu dengan harga Euro yang mencanak berbanding Ringgit Malaysia kalau convert.
Walaupun hakikatnya suami beli guna Pound.
Silap haribulan, makan maggi je nanti.
Kami enjoy hampir semua roller coaster dan ini yang paling I suka:
Hollywood Hotel.
Kalau tak kerana perut lapar.
Belum makan sejak pagi, lama dah naik second round.
Tak mampu nak beratur panjang.
Ye. Tak banyak yang mampu I tulis sebab memang I speechless without facial expression yang sesuai.
Hadiah honeymoon dari dia.
2013 sememangnya tahun yang sangat sedih.
Kehilangan arwah ayah bila lagi 10 hari nak menikah. Al-Fatihah.
Tahun yang sama kami bertunang dan melangsungkan perkahwinan.
Merasa juga hidup tanpa Mak mentua. Al-Fatihah.
Tahun yang sama I dapat posting ke Sarawak.
Tahun itu juga suami terpaksa tinggal jauh beribu-ribu batu untuk mendapatkan segulung ijazah.
Dan pengakhiran 2013 dengan hadiah ini.
Untuk 2015, dengan perjanjian, alhamdulillah tinggal bersama walaupun hidup di perantauan.
Doakan kami untuk yang terbaik. Amin~
No comments:
Post a Comment