Sep 25, 2009

* Perasaan *

Apa yang anda tahu tentang perasaan? Sesuatu yang abstrak. Tidak boleh dilihat, dipegang, didengari atau dirasa (sentuhan atau deria rasa). Adakah anda memahami sepenuhnya mengenai perasaan anda? Perasaan anda itu adakah suatu kehendak atau keperluan? Pernahkah anda mengalami kecelaruan atau konflik perasaan yang hebat? Apakah kecelaruan atau konflik itu memberi kenikmatan atau kesengsaraan? Kadang-kala mungkin kita terlalu push sehinggakan kita sendiri lost or tenggelam di alam mainan perasaan sendiri. Jikalau kita tenggelam di tempat yang sepatutnya, mungkin ia adalah petanda yang baik. Jika tidak, mungkin ia memusnahkan hidup kita sendiri. Kemusnahan teruk atau sedikit bergantung kepada individu tersebut. Jika kemusnahannya hanyalah sedikit, belum tentu kita dapat bangun ke alam realiti.

Seperti kata-kata one of my lecturer, perasaan manusia didalam bahasa Melayu merangkumi maksud yang cukup meluas. Umpamanya dengan perkataan “geram”...

  1. Dengan perasaan marah -> “Ish!geram betul aku dengan budak tu. Dahlah kurang ajor pastu calarkan kete aku pulak tu!”
  2. Nampak sesuatu yang comel / sangat menginginkannya khususnya pada wanita -> “Geramnye baby tu!Rasa cam nak gigit-gigit jer pipinyer”
  3. Pada pandangan lelaki -> “Tengok awek cunt u. Geram betul aku tengok”

Perasaan juga mungkin melibatkan sesuatu untuk disayangi atau menyayangi. Which one do you prefer? Macam ibu Ann pesan, “Biar orang lain menyayangi kita daripada kita menyayangi orang lain. Mungkin jika kita terlalu menyayanginya, mungkin situasinya akan seperti bertepuk sebelah tangan” Tapi mungkin situasinya akan berubah. Orang yang kita terlalu sayang itu mungkin jenis yang payah untuk menyayangi orang lain. Depending on the situation itself. Jarang untuk kita mendapatkan kedua-duanya. Walau bagaimana pun sumenya bergantung atas diri kita & budi bicara untuk menilai sesuatu itu.

Akan tetapi, jika anda menyayangi seseorang itu TETAPI tidak dibalas dengan sepatutnya, contohnya anggap sebagai hanya kawan or adik or abg/kakak or pape lah yang seangkatan dengannya. Janganlah anda menyimpan dendam or terlalu sedih dengannya. JUST LET IT GO. It’s simple to say it rather than to make it happen. But that is the biggest sacrifice to the one that we love. Someday you might deserve to get better than that even though you can’t see it. The pain might leave the scars behind. The scars sometimes will give precious moment throughout your life. It will takes time but time will heal the wound to get “beautiful scars”.

* Warna sesuatu kertas melambangkan... *

Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?

Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?

Ena : Itu melambangkan "Suasana Pilu"

Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : Kalau kertasnya warna Putih?

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : Kalau kertasnya Kuning?

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : Kalau Merah Jambu?

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : Kalau Kelabu?

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : Kalau kertasnya Hitam?

Ena : Itu namanya kertas karbon, bodoh…….

Sep 24, 2009

* Kasih Sayang Buat Si Bulan September *

Ini cuma sebagai panduan sahaja. Jika ianya tidak benar sama sekali, abaikan... Mungkin terdapat sedikit didalam diri anda. Sebagai permulaan, Ann hidangkan info tentang bulan September...

September

- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11

Sep 18, 2009

* Sekadar ucapan *

Dear to all readers...

Sempena hari lebaran yang bakal tiba, Ann ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"... Maaf zahir & batin... Dari hujung rambut ke hujung kaki.. Kalau ada salah dan silap tak kiralah jika terasa hati semasa melawat blog Ann ni, diharapkan seribu kemaafan dipohon dari hujung rambut ke hujung kaki...

Di hari yang indah itu nanti, sentiasalah beringat-ingat untuk membuat perkara-perkara seperti ini...
--(@ Jika yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan, kawal nafsu anda semasa makan...
--(@ Jika anda sedang memandu untuk ke destinasi yang ingin dituju, ingat-ingatlah orang yang tersayang...
--(@ Jika masih ada keegoan & kemarahan dihati, runtuhkanlah tembok itu dengan memberi kemaafan...
--(@ Jika terasa kekusutan & kecelaruan, sentiasalah mengingati & mendekatkan diri kepadaNya...

Oleh yang demikian, fikir-fikirkanlah dimana anda berada...

Sep 17, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

I got this from an e-mail...

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Just Beware!!!

I got this from an e-mail You might know or heard about this but just as a reminder to u. But unfortunately, unable to attach together with the pictures from my e-mail..

Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian ( online ) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya..
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel..
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal..
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park , Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

Fwdkan email ini pada kawan2 supaya mereka tidak akan menjadi mangsa..

Sep 14, 2009

Special Dishes

Dah lama Ann tak pegang senduk. So, ayah mintak special order from me today; Masak Asam Pedas. He loves it so much! Then, another dishes, Ann buat Sayur Masak Oyster Sauce. Suddenly this reminded me to a friend. Dia sangat tak suka Seafood because masa kecik-kecik dia termakan udang busuk. Yikes! Gross! Macam manalah dia boleh termakan. Since then, she's become finicky eater; seafood. Suka sakat dia; enjoy doing that, Baby! *wink*. Pernah jer baru-baru ni makan kat Marriot Hotel, Putrajaya. Salah satu hidangannya ialah Sotong Goreng. Sangat sedap & besar. Sebelum nak makan dah siap-siap sakat dia. Nak di jadikan cerita, malam tu juga Ann kena gatal-gatal. Memang tak boleh tido. Dapat tido sejam jer. So, memang padan muka Ann. Huhu... Anyway, this dishes is just for you Cik Nad~! Hope you enjoy!!! Lalala... (*happy* teasing her)

Asam Pedas



Sayur Oyster Sauce (Cik Nad... can you spot the different? haha... *muka kijam*)



(Giler blogging sampai masukkan n3 yang merepek-repek. Adeh!)

In memories...

Yesterday, my rabbit (Kopi Susu)was died. Puncanya just her mom terlenyek dia. A bit upset but what to do. Tak ada rezeki nak menternak rabbit lagi. Lagi pun, kat rumah ni daha ada 3 ekor rabbit tapi they are getting older. I hope she'll rest in peace... Amin...

Sep 12, 2009

Petziest

Ini sekadar suka-suka jer. Dah lama tak peluk cium diorang (padahal baru jumpa 2 weeks before... hihi...)

Meyo



Ann paling tak suka dia coz suka buat muka kesian. Bila nak makan, wat muka bodo-bodo. Tapi dia mengingatkan kucing Ann yang lama; MEY. Bila malam muka dia lagi teruk!

Bet The Macho Boy



Dia taklah macho mana pun tapi dia bakal menjadi "jejaka idaman" kucing-kucing di belakang rumah Pakcik Rahman. Masih muda remaja. Tak lama lagi muscle dia akan membentuk & pasti banyak kucing betina yang akan tertarik!

Kopi Susu yang Gebu



Still a baby. Anak kepada Kopi (her mom) & Bintang or Zorro (tak tau yang mana satu ayahnya). Sangat unik coz dia tido macam kucing. Sangat manja & sekarang bertambah nakal! Watch out Kopi Susu!!!

Cuti yang tak cuti


Inilah list homework yang Ann kena buat semasa cuti 2 weeks ni. Sangat banyak! Ada yang akan dihantar lambat lagi & ada yang 1 week before raya!! so agak jiwa kacau + sedih + letih + confuse + pressure = ???. So, Ann terpaksalah bersabar. Kepada rakan-rakan seperjuangan, Selamat Mengerjakan Assignment! Kepada Cik Nad, jangan asyik blogging jer. nanti YM eh? huhu... (dah jadi biol jap!)

Cookies oh cookies!!!

Sempena raya tahun ni, as usual, my mom still amik tempahan kuih raya. Padahal awal-awal lagi dia cakap tak mampu nak wat banyak-banyak. But in the end sama jer. Masa Ann tengah menulis blog ni, dia tengah buat cookies melting moment. Then, ramailah pulak yang come to my house and ask for the cookies. Yang dah order lama, mestilah nak amik order diorang. Tapi ada satu jer yang Ann tak berapa gemar dengan client ibu ni; suka datang rumah & terus je amik cookies without order first. My mom pulak jenis yang payah to say "no" to them. Ish!macam kena buat Behaviour Therapy kat my mom ni... So, agak sengal pun ada makcik-makcik ni. But what to do...they are my mom's friends. Kenalah hormat & diam jela. Anyway, ni lah cookies yang sedap-sedap tu. Ann tak letak semua coz ada yang dah dihantar ke rumah client. So, cuci matalah yek!

Melting Moment



Snow Cookies



Cornflakes Cookies



Biskut Makmur



Ovaltine Cookies

Heaven In My Mouth


Dah sebulan Ann tak makan Choc Eclair ni. Ann & Nad gelarkannye "heaven" because rasanya sangat sedap. Didalamnya ada rasa custard. Nak makan mesti biarkan letak dalam peti ais. Yummy!!! So kalau anda terjumpa benda sebegini, jangan tak cuba tau! Kalau kat UIA, anda boleh beli kat kedai bakery tingkat atas. Dekat dengan Kyros Kebab (dah lupa nama bakery tu...ish!) So, selamat mencuba~!

Sep 10, 2009

Takut bola... Part IV

Minggu ni tak ada main volleyball. Sangat seronok but Ann rindu la pulak coz hari tu kiorang belajar dalam class jer. So agak bosan juga. huhu... BOSAN!!!

Next n3 will be....

Takut bola... Part IV
Heaven In My Mouth
Once a Maxwellian, Forever a Maxwellian...
My Childhood Posession

So, just wait for all those n3 ya'!

Sep 2, 2009

First Session with Mr. Cool

Yesterday Ann buat sesi kaunseling yang pertama. Ann namakannya Mr. Cool sebab dia memang cool & sangat-sangat bagi co-operation yang committed. So, dipendekkan cerita, semalam adakan sesi yang first kat library. Dahlah sejuk & sangat bosan. Nak cakap kuat-kuat pun risau.

So far, dia sangat bagus dalam menceritakan isu-isunya. Sebelum habis sesi, dia terus buat appointment. Excited sangat dia! Lebih daripada Ann pulak. Anyway, I really thanked to him because he's really helping me and willing to be my client. Thanks Mr. Cool~!

A.B.C


Ann ada seorang adik perempuan namanya Rumaiza (panggil Aja). Umurnya 11 tahun. Dia sangat nakal, kreatif, bersuara nyaring (tak payah pakai speaker) & sangat generous (terutamanya pada kakaknya... huhu). Baru-baru ni kami semua berkumpul 1 family kat rumah. Yang dari Johor & HUKM, Cheras pun balik sekali. So agak meriah jugaklah (meriah sebab bergaduh... huhu...).

Nak dipendekkan cerita, adalah sekali ni Si Aja asyik berulang-ulang kali cakap pasal ABC. Kebetulan juga Ann tengah berborak dengan adik Ann (yang dari HUKM, Cheras) pasal menstrual. Tiba-tiba Aja mentioned again about ABC. Then, kami pun tanyalah ABC tu apa. Nak tau dia cakap pe? Dia translate ABC = Allah Bagi Cuti...

Tergelak besarlah bila dia kata gitu. So, kepada kaum perempuan, anda bolehlah gunakan "terms" tu selain daripada bendera jepun or bulan dah naik. :p

Takut bola... Part III

Semalam Ann continue main volleyball tapi dok tepi je. Bola pun ada 5 biji and Mr Rozain nak 1 team 6 orang jer. Macam biasa, Ann akan mengelakan diri daripada join. Jadi budak nakal jap. Budak nakal yang suka langgar peraturan. Huhu... Sangat best! Nadia, Iffa & Hana pun join sekali. Memang betul geng budak nakal. Haha...

Then, before class habis, Mr Rozain tunjukkan teknik yang betul untuk bermain volleyball. Dia tak pernah jemu nak tunjukkan berulang-ulang kali tapi kami jer yang masih tak reti-reti lagi. Pity him~!

Semasa dia nak tunjuk skill tu, dia panggil beberapa orang girls untuk wat demo tapi sorang pun tak nak. Then dia pulak suggest "siapa yang takut bola, sila tampil kehadapan". Ish! Terasa betul. Menusuk ke hatiku. Hehe. Tapi tak apa... Salah sendiri... So, tak bolehlah nak elak!!! Kan... Kan... Kan...?