Dec 21, 2011

Visit a Doctor

Doctor: Ye... kenapa?
Aku: Saya demam sekali dengan complete set. *senyum yang tak mampu nak senyum*
Doctor: Oo... Meh check ye...

(Sesi check menge-check berlangsung)

Doctor: *Letak temperature kat dahiku* 
Aku: *Duduk diam-diam*
Doctor: *Tiba-tiba dia bercakap...* Alo~~ demam... (with empathy faces)
Aku: Err...
Doctor: Mek check tekak eh... Buka mulut~
Aku: *Layankan aje...*
Doctor: Alo~~ memang demam lah...
Aku: Err... *confuse*

*Patutnya siapa yang kena kata gitu eh? Confuse. 

p/s: Mengomel setelah kembali aktif sedikit. Malam karang siaplah berselimut. Huhu~

My Precious Words~ In or Out?

"Sometimes I want to be INSIDE of hat because I did many mistakes BUT sometimes I want to be OUTSIDE the hat and wear it on top of my head because I feel proud of myself"

Wise people says...

2 days will be the BEST of you...
and the 5 days will be the WORST of you...


~ Quoted from Dr. Haniza Rais in Marriage in Counselling class ~

Dec 20, 2011

Kekurangan...

Hye peeps~! *coughing*
Opss~! Sorry...
Demam melanda selepas program.
Bila buka comment, hati meluap-luap.
Ada seseorang yang komen kat blog I ni. 
I tau siapa dia.
Minggu lepas sebelum program, dia buat I panas hati dan sampai hari ni I kalau boleh tak nak tengok muka dia.
Geram. 
Tapi tak benci.

Mulutnya banyak mengomel.
Ini kurang, itu tak cantik, yang itu tak sesuai dan macam-macam.
Mungkin dia mengomel untuk menutup rasa tidak puas hati yang mungkin dia tidak dapat apa yang I dapat.
Mungkin dia jealous.
Mungkin juga sebab dia tak boleh bersama-sama dengan I dalam 1 course yang sama.
Itu interpretation I.
Atau mungkin cara dia melepaskan geram pada I disebabkan sesuatu.
Tapi memang itu sebenarnya dia...

4 tahun berlalu...
Dah masak dengan perangai dia.
Tapi I pun manusia.
Tak baik kan kalau buat orang lain terasa dan marah-marah?
Macam Kak Aziah kata pada I, "Si Dia yang tak reti nak coping situasi yang kena dia hadapi dan lalu dilemparkan pada I" *lebih kuranglah ayat Kak Aziah. Hehe*
Dia yang bersalah pada awalnya.
Meletakkan "pra-syarat" yang akhirnya memakan diri sendiri.
Berbaloikah I dimarahi?

Okay.
Harap dia baca entry ni.
Sekian.
Terima kasih.

Dec 17, 2011

Last moment...

Hye peeps!
Dah pukul 6 pun...
Korang buat apa je ye?
I sekadar dok kat surau ber FB dengan Cik Nad.
Hari yang mau berehat-rehat.
Semalam habis pulun sakan dan memerah tenaga dengan berprogram.
Hasilnya? Alhamdulillah, selesai jua.
Pengalaman yang menarik lagi thrill.
Bukan sekadar program biasa.
Memuji atau mengutuk?
Biarlah yang berprogram je tahu...

Hmm... minggu depan adalah minggu terakhir berkuliah.
Minggu terakhir juga nak merasa life as a counselling student. 
Semester depan tiada lagi berkuliah.
Insha'allah...
Tiada lagi perlu datang lambat ke kelas.
Tiada lagi pening nak pikir nak pakai baju apa.
Tidak perlu lagi berkejar ke kelas dari mahallah ke kuliyyah.
Tidak perlu set masa 15 min berjalan kaki untuk ke kelas.
Tiada lagi tertidur dalam kelas.
Dan tiada lagi segala-galanya yang berkaitan.
I will miss those moment...

I sedang merasa sesuatu walaupun assignment masih lagi berbakul-bakul.
Selepas ni, real world of work will 'invite' me to join.
Same with those with me.
Gonna miss all those stuff...
But at the same time hoping I did my very best while in here...
Pray for me...

Dec 12, 2011

24 jam...

Hye peeps~!
Rindukan I tak? teehee~
Lama benar tak update sangat tapi rajin pulak update "wise people says..."
Lately I'm into this stuff.
Ni pun kebetulan nak menaip banyak-banyak.

Busy dengan perkara-perkara yang kurang (sket) berfaedah.
Minggu lepas berkampung 3 hari di UKM dan 2 hari lepas berada di UPM.
Berkonvensyen dan berseminar.
I malas nak upload pictures.
Kat UPM I tak sempat pula nak bergambar walaupun tenang je seminar tu.

Well, terkena pulak "Final Year Syndrome", makanya kemalasan melanda.
Dah berapa minggu juga dah tak balik ke rumah 'melawat' ayah dan bonda.
Kalau balik pun sebab nak temankan adik je.
Tanggungjawab seorang kakak dan anak

Semalam I keluar bershopping.
Dan tiba-tiba ayahanda call.
Perbualannya macam ni:

Ayah: Ha... kat mana ni?
I: Kat Masjid India.
Ayah: Dengan siapa?
I: Mr. P.
Ayah: Ha... minggu lepas jumpa. Semalam jumpa. Hari ni pun jumpa? 24 jam jumpa.
I: Hari tu bagi barang je (buat muka. nasib tak nampak)
Ayah: Bila nak kahwin ni?
I: *silence* (dengar ibunda gelak-gelak)

Hm... belum pun sampai 24 jam I jumpa Mr. P. 
Hantar barang pun tak sampai sejam. 
Ada pulak tak sampai pun 15 saat.
I lontarkan soalan tu pada Mr. P.
Dia gelak-gelak je.
Hm... tak patut betul!
*tak marah. cuma geram*

Bila I nak kahwin ye?

Wise people says...

Abaikan kata-kata orang lain...
Takkan berkudis pun...

~ Dipetik dari kata-kata seorang Hamba Allah ~

Dec 6, 2011

Wise people says...

Ibu pernah berkata:
"Carilah gadis ceria yang kan buat kau bahagia hingga ke hari tua. Walau dikau tak kaya, walau tinggal kau di gua, walau kau tak berkereta denganmu tetap setia."

p/s: Masih adakah gadis yang begitu? ^_^

- Taken from: Abang Razzee Abdul Razzaq -