Dec 20, 2011

Kekurangan...

Hye peeps~! *coughing*
Opss~! Sorry...
Demam melanda selepas program.
Bila buka comment, hati meluap-luap.
Ada seseorang yang komen kat blog I ni. 
I tau siapa dia.
Minggu lepas sebelum program, dia buat I panas hati dan sampai hari ni I kalau boleh tak nak tengok muka dia.
Geram. 
Tapi tak benci.

Mulutnya banyak mengomel.
Ini kurang, itu tak cantik, yang itu tak sesuai dan macam-macam.
Mungkin dia mengomel untuk menutup rasa tidak puas hati yang mungkin dia tidak dapat apa yang I dapat.
Mungkin dia jealous.
Mungkin juga sebab dia tak boleh bersama-sama dengan I dalam 1 course yang sama.
Itu interpretation I.
Atau mungkin cara dia melepaskan geram pada I disebabkan sesuatu.
Tapi memang itu sebenarnya dia...

4 tahun berlalu...
Dah masak dengan perangai dia.
Tapi I pun manusia.
Tak baik kan kalau buat orang lain terasa dan marah-marah?
Macam Kak Aziah kata pada I, "Si Dia yang tak reti nak coping situasi yang kena dia hadapi dan lalu dilemparkan pada I" *lebih kuranglah ayat Kak Aziah. Hehe*
Dia yang bersalah pada awalnya.
Meletakkan "pra-syarat" yang akhirnya memakan diri sendiri.
Berbaloikah I dimarahi?

Okay.
Harap dia baca entry ni.
Sekian.
Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Wow... sape lh tu yer.. ish ish ish..
Mcm buat drama...