Jul 11, 2012

Untuk Cikgu Nadiah juga...

Hi~
I menaip lagi dan menge-post entry.
Kali ni melibatkan Cik Nad jugak.
Dah lama nak post tp tak sempat-sempat.

Hm... selepas sebulan lebih meninggalkan tempat kami internship, I selalu dihujani PM Facebook, texts dan panggilan telefon dari students.
*konon-kononlah tu*
Antaranya adalah yang merindui kami berdua.
Ala-ala dimana ada Cikgu Ruzanna, disitu ada Cikgu Nadiah.
Dan dimana ada Cikgu Nadiah, disitu ada Cikgu Ruzanna.
I malu~ tee hee hee~
*konon-kononlah malu*

Tapi kan...
Ada suatu malam tu, masa tu on the way dari Besut nak balik Selayang.
I dapat message yang tak dikenali.
Bila dah message banyak-banyak, baru tau kelas tu antara yang ternakal sekali.
Message yang berbaur kerinduan.
Hehe...
I pun cakaplah terima kasih kerana masih ada yang ingat dan merinduiku.
*Ecece~*
Dan dia balas...
"Kitorang suka cikgu sebab cikgu cantik dan baik. Cikgu Nadiah pun sama :)"
*sila baca ye Cikgu Nadiah*
Owh~!! mau pengsan kejap.

Err...
Speechless.
Cantik?
Padahal gi sekolah memang selekeh.
Kadang-kadang tak sempat make up pun.
Tenyeh Lip Ice sheer colour je.
Kalau tak sempat blusher, tenyeh je lipstik merah kat pipi.
*salah satu tips 'kecantikan' untuk wanita bekerjaya. SILA jangan amalkan*
Kadang-kala even tak sempat pun sapu bedak kat muka.
Celah mana cantik...?
*thinking hard*

Baik?
I ni punyalah garang, dikatakan baik.
Nak-nak yang kelas nakal-nakal tu.
Suara dah boleh tembus 3 kelas.
Muka je tak garang.
Nak nampak garang, tenung je lama-lama.
Buat muka serius.
*tips untuk jadi cikgu yang garang tak memerlukan suara*

Dan masih menyimpan message itu...
Teringat jugak ada student cakap...
"Kalau cikgu sekolah campur, mesti ramai budak lelaki yang suka cikgu kan?"
Ha?! Apakah...?
Terasa nak pengsan tu ada sampai sekarang.
Tu belum lagi orang cakap Cikgu Nadiah tu macam muka Ayu Raudhah.
Berjuta-juta kali lagi pengsan-bangun-pengsan-bangun.
Hehe...

Anyway, really miss working with my partner, Cikgu Nadiah~

No comments: