p/s: ini entry berkepam!
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
So, I baru je balik dari Majlis Penutupan Hari Malaysia.
Jubli emas untuk Sarawak ^^
Well, 3 minggu plus-plus di Miri dan alhamdulillah taklah susah sangat nak cari makanan halal sebenarnya.
Cuma kena rajin dan kadang-kala perlu spend duit sebab agak mahal jugak kat sini.
Kalau malas nak masak, kena makan luarlah jawabnya.
Huhu~
Kadang-kala tu bukan malas memanjang tapi atas sebab kekangan kerja, keluar pagi pukul 6.30.
Balik sah-sahlah langit dah gelap.
Al-maklum Miri gelap cepat sangat.
Hehe...
Antara favourite makanan adalah Lelapan.
Means ada 8 jenis lauk dan nasi.
Mesti ada timun, kacang panjang, kubis, kangkung, tempe, tauhu dan sambal belacan dan ayam / ikan / daging / seafood.
Next, Rojak Sotong Kangkung / Tauhu
Sedap dimakan dengan ABC untuk minum petang ^^
Next, Acar.
Makan dengan keropok Terengganu.
Dalamnya ada betik muda, bijan dan cili.
Hard to explain but the taste?
Yummy, bah!
So, lepas ni nak rasa Mee Kolok pulak.
Belum sempat nak rasa tapi member-member kata Mee Kolok kat Kolej sedap.
Dan kek lapis Sarawak versi Miri pun sedap tapi apakan daya, belum mampu nak fly bawa balik ke KL.
Dan sini pun ada pasar sayur, ikan dan buah-buahan.
Lagi 'berselera' bila 'daging' Ball Python, labi-labi mahupun kura-kura turut dijual secara terbuka.
Ergh! Terasa sangkut makanan ditekak.
Walaupun dijual secara terbuka, tapi sendiri mau fahamlah sebab majoritinya bukan beragama Islam.
Yang Melayu dan beragama Islam ni kira cam kecil bilangannya.
Dan I respect orang disini yang memahami berlainan agama dan budaya.
Semuanya mereka ambil kira.
Tak adalah nak riuh sekampung.
Contohnya kalau kedai Cina tapi menjual makanan halal, diluar kedai akan ditulis "No Pork Serve Here".
Dan sebenarnya banyak je makanan halal disini cumanya nak cari makanan yang macam kat semenanjung tu payahlah sikit.
Setakat ni jumpa 2 kedai mamak dan 1 kedai Kelantan.
Dan lama-lama kamek sik boleh makan yang pedas-pedas sangat bah.
Perut sik biasa sudah (T.T)
Dan perkataan dari bahasa Sarawak yang I belajar adalah:
Sik = tak / tidak
Aok = ya
Nangga = tengok
Molah = buat
Cangkir = cawan
Berambeh = singgah
Tok / tek = ini
No comments:
Post a Comment