Feb 25, 2014

From Paris With Love: Day 2

*Unforgettable Honeymoon~*

Tour Paris

It was our second day in France.
Woke up in the morning and just having our breakfast with Pringles. Tak tau nak makan apa sudah. Well, avoiding myself from having any kebab sebab masa kat Edinburgh asyik bantai kebab je. Famous jugak kebab ni kat UK dan Paris. Huhu... Dan pagi tu juga kami checked out siap-siap sebab akan tidur di hotel lain. Maka, I kena angkut beg pack kami kemana-mana sahaja untuk hari ini...

That morning, we took train, again! Owh! Hatiku berdebar-debar lagi! Bila jejak kaki je, I sense bahaya disitu. Huhu.. Memang mencabar. So, Mr. Hubby terus beli tiket dan disebabkan sistem train bawah tanah ini agak mengelirukan, maka terpaksalah bertanya. Ada seorang pekerja train (barangkali) approach dan explain kat kami. Dan masa nak pergi ke tempat yang sepatutnya, tiba-tiba security menahan kami. Dengan muka garang dan tegas, dia tanya kami. Tapi... sepatah pun tak faham sebab dia cakap bahasa Perancis. Adoi! Cuak jugak sebab dia macam marah-marah. Dan pekerja tadi datang kat kami. Dia kata orang tu tanya kami beli tiket dari mana. So, kami cakaplah dari kaunter. Agaknya memang depa takut kami beli tiket haram dari pekerja tadi. Memang ada isu penipuan sebab banyak orang gypsy kat sini. Alih-alih, dia escort kami ke tempat yang sepatutnya. Owh! Hanya Dia je yang tau hati kami ketika itu.

So, perjalanan kami menggunakan train tersebut memang pening. Even orang yang kami jumpa tu pun kata memang susah sikit nak faham servis train disini. Dan pada I, hati meronta-ronta untuk keluar dari station train ini!

Dan... tiba juga tempat yang menjadi idaman kalau berkunjung disini. Eiffel Tower. Well, hatiku dah berbunga-bunga. Mata bersinar-sinar *tapi cover-cover sebab silau matahari*. Macam dalam mimpi! Eiffel Tower depan mata! Dulu-dulu tengok gambar je. Dan sekarang...

Tapi...
Someone made my day bitter. Ada 2 orang girl approach kami. Depa cakap, "Can you speak English?" My instinct says NO. Depa tunjuk kami kertas dan minta sign kat situ. I pun tarik lengan Mr. Hubby untuk tak menghiraukan diorang tapi Mr. Hubby agak sukar nak bergerak. Tau-tau sorang girl ni bengang agaknya lalu cucuk I dengan sebatang pen ditangannya. She pokes me! Arggh! Terus mati perasaan excited. I felt like wanted to slap her badly. Seriously! 

En. Suami tak berkata pe. Dia pun tergamam. So, untuk menenangkan jiwa ini, kami jalan-jalan sekitar Eiffel Tower.


Dan Mr. Hubby reward me with this!

Nutella Crepe!

Okeh! Baru sejuk hatiku dengan crepe berharga "beberapa" Euro itu. I tak bayar sebab tulah I tak berapa tahu harga dalam matawang Malaysia. Hehe... So, disebabkan perut tak berapa nak berisi makanan sangat. Maka, memanglah bantai aje makan apa. Janji tak kebulur. So, mengharapkan ada makanan. Huhu~

Dan next station, Ke Versailles! Well, I tak tahu ada pe sebenarnya kat sana tapi Mr. Hubby sangat excited sebenarnya nak pergi dan Subhanallah~ Cantiknya~





Whatever it is, I still love this picture most.

Namanya terkenal sebagai Kota Cinta.
Eiffel Tower 

3 comments:

msredcheesecake said...

naik tak Eiffel tower tu?

Ruzanna Rahman ~♥ said...

tak sbb malas nak beratur dan klu nak turun takde lif..huhu

Suria Hana said...

haih..jeles aih. nak pi jg paris. kiki.