Dec 19, 2009

* Kuala.Selangor.Journey *

Semalam baru je pergi kenduri kecil-kecilan kat rumah sedara Ann. Interesting sebab entertain monyet-monyet on the way nak pergi ke sana dan juga semasa pulang ke rumah. Tapi sayang pictures tak lawa. So this some parts during the kenduri~~



Sedara-mara sebelah isteri my uncle.



My cousin (Azila) and me~





My cousin. Again...



Nenek ku yang tak suka bergambar. Candid jer...


Wak Mon and Wak Idah... In between, Wak Idah punya anak, Aqilah.


Sek fan!!!


My dad, Wak Ayob and Wak Naim (the owner / host of the kenduri).


SIX Musketeers... suppose to have SEVEN.
(dari kiri) Rashid, Arif, Udin, Wan, Aziq and Lee.
Yang nampak kepala botak kat belakang tu... is Adib.

Dec 13, 2009

* One.Fine.Day *

Lepas pergi makan kat Tanglin (makan mee kung fu), Ann dan family pergi ke Taman Tasik Perdana. Saja-saja cuci mata, menikmati keindahan alam. Jalan-jalan ke Oasis Garden dan Edible Garden. Parking kereta dekat taman permainan dan berjalan kaki menikmati alam. Sangat tenang dan sejuk je berbanding kat Taman Tasik Titiwangsa. Kali kedua datang ke taman ni. Lain kali Ann nak datang ke sini lagi~~




Mula-mula kami ingatkan setakat jadi jaga. Rupa-rupanya menyaman kereta yang parking kat tempat yang dilarang. Aja (adik Ann) nak pegang kuda tu tapi tak berani. ^_^


Di dalamnya terdapat pokok-pokok herba dan pokok-pokok buah-buahan. Tetapi sayang seribu kali sayang. Tak dijaga dengan baik...



Pokok ditengah-tengah kolam. Kolam yang tak di jaga dengan baik. Tetapi tenang berada di sini.






My beloved parents~~






Dec 11, 2009

* Apabila Si Ayah berkata-kata... *

Al-kisahnya bermula disuatu pagi yang indah, apabila si Ayah mula risau akan anak gadis kesayangannya yang meningkat dewasa. Si Ayah perlu berkata sesuatu kepada anak gadisnya. Ada juga anak-anak lelakinya tetapi kurang penting lagi dikala ini. Lalu si Ayah mula bertanya...

si Ayah: (sambil memegang bahu anaknya) Sudah ada boyfriend?

si Anak: (termanggu-mangu nak menjawab) Err...belum kot.

si Ayah: (mula berkata-kata) Kalau dah ada cakaplah. Ayah tak kisah dah kalau anak ayah ni dah ada boyfriend. Kalau belum ada carilah dalam masa setahun ni. Anak ayah ni sudah besar. Ayah tak mahu anak ayah ni kahwin lambat. Ayah bagi green light kat anak ayah ni.

si Anak: (hanya mengangguk sambil tersenyum . tak tahu sama ada patut tersenyum gembira
atau tersenyum kelat)

si Ayah: (meneruskan kata-katanya) Nanti bila berada di tempat pengajian, cari-carilah mana- mana lelaki yang baik-baik. Yang boleh memberi bimbingan. Bukan ayah mahu anak ayah ni menggatal tetapi sudah tiba masanya untuk mencari sebahagian lagi yang patut ada dalam hidup diri anak ayah ini. Sebagai pelengkap hidup. Nanti dalam masa setahun ni, perkenalkanlah mereka bila tiba masanya.

si Anak: (hanya terdiam dan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata ayah)

si Ayah: (kata-kata akhir) Ayah tak harapkan perfect tetapi biarlah yang boleh membimbing isterinya kelak. Juga cakap biarlah lembut apabila dengan kawan-kawan lelaki walaupun dia kawan baik anak ayah ini. Jangan lupa kata-kata ayah ni.

Kata-kata si Ayah berakhir disitu. Biarlah tidah panjang untuk diungkapkan tetapi harapan si Ayah sesuatu yang baik akan muncul didalam hidup anaknya. Tiada ayah yang inginkan kehancuran berlaku dalam hidup anaknya (melainkan ayah itu memang kejam dan tidak berhati perut!).

Cerita ini hanya pendek. Tiada kaitan sama ada yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Kepada semua ayah dan bakal menjadi ayah, pastinya akan tiba suatu masa nanti anda terpaksa merelakan anak-anak anda menjalani hidup yang sepatutnya. Seperti Ann, masih mempunyai ayah, masih belum menjadi hak orang lain (melainkan Dia). Apabila tiba masanya nanti, Ann tidak mahu mengecewakan ayah (walaupun kadang-kala kata-kataku dan perbuatanku menyakiti hatinya...). Insya'allah semuanya akan berakhir dengan baik apabila dimulai dengan nawaitu yang baik... Dan itulah yang berlaku apabila Si Ayah berkata-kata...

Dec 2, 2009

* Kasih Sayang Si Bulan Disember *

As usual, Ann akan berikan sedikit info buat Si Bulan Disember. Sebelum tu Ann ingin mengucapkan Happy Birthday buat adik-adikku yang tersayang (Wan & Aja), best fren ku (Aien) -[Aja & Aien lahir dibulan yang sama], kawan sekolejku dahulu (Iqa) & buat para pembaca yang meraikan Hari Lahir di bulan ini. Selamat Hari Jadi sekali lagi~~

Pemurah terhadap perhubungan

Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.

Tergesa-gesa dalam perhubungan

Suka didampingi oleh pasangan.

Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki)

Suka mempengaruhi pasangan

Curang dalam percintaan.

Kurang berkerjasama dengan pasangan.

Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru

Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.

Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12.

* Cuti 2 Minggu *

Finally tak lama lagi dah nak habis pun cuti semester. Result pun dah nak keluar (masa post entry ni Ann sedang tunggu result kuar dr pukul 4 p.m.) and minggu add/drop pun akan bermula. Singkat sangat cuti ni ye tapi nak buat macam mana. Redha jela.. Lagi pun Ann tak berapa suka bercuti lama-lama. Bosan. Masa semester bermula, Ann akan jadi workaholic. Macam semester lepas; attend program, seminar, buat sesi kaunseling dengan client, assignment, presentation, bersukan & macam-macam lagi la (tunggu next entry... tak sempat siapkan part II *wink*).

Semester depan, seperti kata-kata Cik Nad, Ann akan jadi "kamus bergerak". Amik Arabic language, BM Lanjutan & English for Academic Purposes. Menarik tapi masalah lain yang timbul. Ann masih belum cukup credit hour. Subject pun sedikit je. 5 je kot. Selalunya amik 8 - 9 subject. So masa add/drop nantilah Ann terpaksa buat something untuk cukupkan.

Dikala ini masih menunggu reault yang masih belum keluar lagi. Risau juga sebab banyak subject yang kurang yakin. Agak susah juga nak target. Walau apa pun itu tak dapat mengubah apa-apa. Ann dah habis bertawakal dan semuanye berserah sahajalah kepadanya. Ann tak mahu "tamak haloba" seperti seorang kawan Ann. Dia bukan tamak yang macam mana cuma terlalu meletakkan high expectation sehinggakan bertukar menjadi selfish. Adakah anda setuju dengan segulung ijazah sudah cukup untuk menentukan future life as a human? Fikir-fikirkanlah kerana Ann adajawapan yang selain darinya....