May 31, 2011

Normal Days

Morning peeps!
How's your day? Al-maklumlah cuti sekolah. Orang yang dalam mood holiday tu mesti dapat manfaatnya kan? Like me. Hehe. Anyway, even though I'm in the mood of school holidays but holidays never be holidays. Mana taknya... kan masih dalam short semester. Kena attend classes, joining program, hang out dating with friends, sleeping EXTRA hours than usual (most wanted!), settle all assignments and EXTRA homework and so on. Cuma 2 minggu ni tak perlulah bangun seawal 5:50 pagi, breakfast 7 pagi, 7:20 pagi kena gi sekolah, adakalanya kena extend on-site hours up to 11 hours, handle relief classes, meet clients and so on. Suddenly I miss those hectic days. Auwww~~

Hari ni dah masuk hari ke-2 kat UIA. The feelings is same like MY NORMAL DAYS. Macam sebab-sebab yang dah dinyatakan awal-awal tadi. I love my normal days anyway. Tiba-tiba juga terbayangkan I hanya ada 1 semester belajar je lagi untuk menikmati saat-saat normal days ni. Normal days of a student life. Bila practical, kesibukan tu membuatkan I nampak reality of life. Bila dah habis belajar, life will turns into 360 degrees. NO MORE: extra sleeping, hang out with friends (especially my CF), wake up late and stay up late, and so on. Life is like this. We will never be a student for the rest of our life. We need to work to gain experience of life. We will turn into students to gain experiences.

Ahhh~~~ I will miss those days. Kalau nak merasai jadi student, I kena pursue study in Master. My mum told me that "dah tua-tua baru nak belajar". Well, it's not a crime. Hehe. So, wait for me Mr. Master~! 6 years from now. Insha'allah~~

May 29, 2011

Compare

Hi peeps!
I nak berbelog lagi. Mengomel banyak-banyak tapi sikit-sikit cukup ler sebab badan penat setelah 3 hari non-stop holiday + shopping. Tak sabar nak balik UIA and have a long rest. At least dok UIA boleh berehat dengan tenang. Kat rumah banyak dugaan terutamanya TV. Hari-hari mengadap TV dan melayan kerenah adik-adik I. Biasalah jadi anak sulong. Huhu.

So, berkaitan dengan title kat atas tu. Adalah seorang hamba Allah yang compare I dengan someone. Dia cakap I jenis banyak mendengar dari mencelah or react or bertanya. Firstly, I akui yang I memang bukan seorang yang pandai bercakap or membalas apa yang orang cakap. I prefer dengar dari bercakap. Tapi hamba Allah ni melihat itu sebagai kekurangan skill kaunseling. I akui juga terguris sedikit tapi I tak nak cepat melatah. Accept je apa yang dikatakan. Memang ada kebenaran disitu. Cuma nak dapat skill yang macam tu bukan sekelip mata boleh dapat. I kena belajar dari banyak pengalaman. I memerlukan beribu-ribu lemon pengalaman bekerja or deal with poeple. People's matter is not easy to be handle. 

Cuma I agak terasa kenapa kea compare sedangkan dah tau memang itu adalah I. Bila banyak-banyak buat sesi pun I masih rasa lack of something. I tak tau nak bertanya apa. Dah rasa macam tak leh nak buat sesi lebih lama. Sekurang-kurangnya bertahan 1 jam. Sekarang ni pun buntu bila sesi dengan klien individu tak mencapai apa yang dah target. Kadang-kala rasa macam tak ada orang beminat nak jadi klien I. Mungkin muka kurang mesra tapi I taklah sombong pun. I takmo jadi garang tapi student I mostly tak dengar kata. I prefer to be original. Tapi tak bermaksud I tak nak belajar. Terdetik juga yang I ni hanya layak jadi cikgu tadika je. Mungkin lagi kena dengan jiwa. 

Samalah dengan komen tu. Macam rasa lebih layak jadi cikgu tadika dan bukan seorang kaunselor yang profesional kelak. Haish! Bunyinya macam dah surrender awal-awal. Tapi sebenarnya tak pun. Cuma tak suka kena compare. Macam kes kena compare semester lepas. Tapi tak apalah. Belajar dari kekurangan dan kesilapan. Just hoping that I'll be a SUPERB counsellor one day. Insha'allah~ I might be a loser today BUT someday I'll be a SUPERB counselor~

May 22, 2011

Bila kita diuji... (bukan lab rat ye!)

Morning peeps!
Yeah! Hari ni Ahad. Tapi esok Isnin... sob! Sedih bila fikir esok sekolah. Minggu depan memang fully exam week. Tak best. Kurang klien nak buat sesi. Cuma menjaga exam yang agak bosan dan berdebar-debar sebab amanah untuk tidak bagi student meniru. Huhu. Lepas tu kena pulak hantar paper exam dengan selamat. Jangan ada yang tertinggal. Huhu. Parah!

Dah beberapa minggu practical ni, I selalu diduga dengan banyak halangan dan rintangan. Sounds like too heavy but that's the truth. Bila satu dah selesai, satu lagi akan menjelma. This is the list of it...

~ Kena transfer ke petang.
Request dari pengetua dan ketua kaunselor emandangkan disesi petang hanya ada seorang kaunselor. First day je dah bercelaru tapi in the end alhamdulillah settle gak. Cuma kena EXTRA work hard dan EXTRA jam. Maknanya ada hari-hari yang kena dok kat sekolah selama 11 jam! Phew! So, dah SETTLE!

~ Kena compound (saman) dengan pihak mahallah.
Bukan salah I pun dan 10 orang terlibat. Kesnya panjang. I siap bergaduh kat office mahallah. Diorang yang salah tapi tak nak admit or let us go je. Kalau dah sampai 10 orang yang terlibat, bukan ke memang salah diorang? Paling geram bila dia buat generalization mengatakan SEMUA BUDAK BLOCK C DEGIL. Wooo! Panas. In the end I kalah dan bergenang gak mata ni. Huhu. So, dah SETTLE cuma tinggal nak bayar je.

~ Misi 70 kredit hour (individual counselling)
Bila kami kira-kira, entah bila nak cukup 70. Setakat ni I dapat kurang dari 10. Mana nak cekau? Budak-budak tengah exam. Dah tu bukan jenis sukarela nak datang. Haish! Sabar jelah. So, BELUM SETTLE. Tunggu aje habis practical.

~ Kehilangan yang tersayang.
Pemergian arwah atuk yang ku sayang. Semoga tenang di sana. Emosi I dah okay cuma kadang-kala bergenang jugak. Tak boleh tahan. Mungkin baru lagi. Al-Fatihah buat atukku...

~ Hilangnya kunci mahallah + locker
Hm... nak buat macam mana ni? Belum settle. Kena tunggu minggu depan. I dah jarang ada kat UIA. Sekolah lagi dekat dengan rumah. So kena sacrifice sket. Kena compound lagi :(

So, tu jelah listnya... Apa-apa pun kena settle sendiri. Kena sentiasa chill tapi taklah sampai relax sangat. Hati ni tak taulah macam mana. Agak-agaknya camne eh lepas ni? To my dearest Cik Nad... sabar eh~ Tau anda juga diduga. Baru diduga misplace hp. Barang berharga tu! Cian mama dok telefon ceq pagi-pagi. Huhu~

May 18, 2011

Setiap yang hidup itu akan mati...

"Apabila anak Adam itu meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara; sedekah jariahnya, anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat." (riwayat Muslim)

Buat arwah atuk yang kami sayangi, kami merelakan pemergianmu. 16 Mei akan menjadi ingatanku kerana kali pertama menyambut Hari Guru sebagai seorang guru (walaupun guru pelatih sahaja). Juga telah lahir seorang cicit pertama tapi tak sempat melihat kelahirannya. Walau apa pun, moga-moga atuk hidup tenang disana. 
Selamat tinggal atuk... Al-Fatihah buatmu...

May 14, 2011

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Hi peeps! 
Dah lama tak berblogging. Busy dengan menjadi "Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling (BNK)" sepenuh masa. Rupa-rupanya penat juga menjadi seorang guru. Seharian di sekolah melayani kerenah para pelajar yang macam-macam dibuatnya. Sekarang ni masalah utama I adalah jam sesi dengan klien belum pun banyak. Baru 5 / 70 jam kredit. Bila dikira-kira, lepas ni kena bekerja keras setiap hari di sekolah selama 5 jam sehari untuk bersesi. Tak ada orang pun nak datang sukarela buat sesi individu dengan I. Kalau ada pun untuk group sahaja. Mungkin I belum cukup "pandai" tarik perhatian students masa relief class. Memang bukan pakar pun sebab mana pernah mengajar sekolah menengah. Setakat sekolah tadika je pun. Jarak umur sangat berbeza. Nak shift cara memang sangat payah. I pulak bukan jenis extrovert person. Nak menyembang banyak bukan cara I walaupun dah cuba banyak. Tapi apa-apa pun I memang cuba jadi diri sendiri walaupun pada pandangan orang lain mungkin kurang skill. Mungkin I ni layak jadi cikgu tadika je kot... huhu. Tapi tak apa. Not a crime for me. Cikgu tadika sebenarnya lebih penting dari cikgu sekolah menengah.

Hm... cakap tentang tadika atau pendidikan awal kanak-kanak, I sangat sedih dengan para pelajar yang masih tidah tahu membaca walaupun dah masuk form 1. Maka, pentingnya kehidupan masa kanak-kanak. Kena didedahkan dengan buku-buku. Kalau ibu bapa yang mungkin kurang mampu untuk hantar anak-anak ke tadika, sekurang-kurangnya ajarlah mereka membaca dirumah. I sangat sedih bila kena conduct student yang form 1 yang tak tahu membaca langsung. Salah siapa? I tak pasti sebab I sendiri belum jadi seorang ibu. Hanya seorang guru tadika pada masa lalu. 

Impian I dah tercapai sebab I teringat kawan sekelas yang tidak tahu membaca. Kami sekelas selama 3 tahun. Selama 3 tahun tulah kadang-kala I akan ke meja tulisnya dan mengajar membaca satu persatu. Tulisannya... masya'allah~ sangat cantik dan kemas. Bukan setiap hari ajar membaca tapi bila terluang I akan ke mejanya. I selalu bawakan buku biru bertulisan besar untuk dibacanya. Dia tidak faham maksudnya sebab bahasa Malaysia buka bahasa ibundanya. I hanya nampak dia selama 3 tahun (form 1 - 3). Masa form 4, kelibatnya disekolah tak nampak pun. Mungkin berhenti sekolah. Dia seorang yang lemah-lembut, pendiam dan tidak banyak kerenah. Hingga ke hari ini I cuma berharap dapat berjumpa dengannya walaupun sekali. I nak tau sangat apa yang telah terjadi padanya selepas dia tidak bersekolah lagi. Harap-harap dia akan dapat pekerjaan yang baik dan sesuai untuk dirinya. Rindu akan kamu, Wei Kian...

May 10, 2011

Kaunselor juga manusia biasa...

Hi peeps! 
Hish! Lama tak update entry. Mengantuk tak payah katala. Tambah penat. Huhu...
Tapi kali ni kena update gak. Emosi tak menentu. Bila busy, tak ingat. Bila dok relax, emosi kurang baik. I pun manusia jugak. Dah seminggu result dah kuar tapi I rasa tak puas ati. Result makin turun. Macam entry yang lepas gak. I rasa usaha, doa dan lain-lain dah cukup. Tapi masih dapat C. Macam mana tu?

Sekarang nak kejar tapi dah tak larat. Usaha lebih, doa juga begitu tapi tak tau silap mana. Mungkin ada kesilapan lain yang I buat, maka result jadi begitu. Kalau orang lain dok cakap "tak apa... cuba lain kali".... sangat typical answer. I hate that. I mean it. Kalau dok provoke pun, lagi menyampah. So macam mana tu?

Sekarang nak kejar 3.4 pun belum tentu dapat. Mungkin betul apa yang sorang cikgu ni cakap. Dia kata akan ada 1 tahun yang kita akan down, banyak kecewa dan sedih. Mungkin I sedang mengalaminya. Masa first year dah cukup down. Ni down lagi. Tak tau la boleh naik lagi ke tak.

Agak-agaknya macam mana ye?

May 7, 2011

RapidKL dan Touch n Go

Hi peeps!
Sihat? Dah makan? DAa tido? Huhu. Merapu! Anyway, I baru je sampai rumah about an hour ago. Keluar dengan orang tersayang yang almost 2 bulan tak jumpa. Excited pada asalnya tapi jadi emo bila kenangkan RapidKL dan Touch n Go. Sekarang bertukar sistem sehingga kadang-kala agak menyusahkan orang ramai. Dulu senang je. Bawa duit cukup-cukup, masuk bas, bayar kat pemandu, dapatkan tiket dan terus duduk. Sekarang? Advance tapi leceh.

Kenapa advance dan bagus? Sebab:
~ Hanya bawa kad Touch n Go. Tak perlu bawa duit banyak-banyak.
~ Jimat masa sebab hanya perlu touch kad tu je.
~ Boleh reload banyak mana pun.

Keburukan? Banyak! Antaranya:
~ Orang takde kad terpaksa beratur dan beli kad sampaikan jam dibuatnya. 
~ Buang masa orang sebab kena tunggu lama sehingga pakcik bas tu habis settle kan pembayaran kad.
~ Orang yang hanya kena bayar RM1 untuk perjalanan dekat, terpaksa beli kad. sedangkan tak perlu pun.
~ Kena reload bila kad berbaki RM2.50. Kurang dari tu dikira takde kredit.
~ Bila nak reload, nak masukkan duit ke dalam mesin sangat mengambil masa sebab mesin tu takleh detect duit. Duit licin sangat.
~ Guna sistem canggih tapi bas keluar masuk hanya setengah jam hingga sejam baru dapat naik bas. Alahai...
~ Dah tu pulak kat kawasan Selayang hanya ada RapidKL. Metro dah tak ada! Nak keluar rumah dengan guna public bus dah macam nak menangis!

So, untuk hari ni, I duduk dalam bas tu almost 2 hours! Bukan jam tapi sebab orang nak beli kad. Dah tu pulak bila tak ada kad, orang tu tak boleh naik bas. Sistem begini dah macam MEMAKSA pelanggan untuk ikut cara ini. Sebagai pelanggan seharusnya ada rights untuk memilih tapi dah lain pulak. Kan tak adil tu...

Juga masa terbuang begitu sahaja disebabkan sistem yang kurang efisyen. Dah 3 kali naik bas dalam masa 2 minggu ni. Maka, I dah merasai azabnya. Mula-mula boleh tahan tapi lama-lama? Wallahualam....

First Week @ SMKDE

Hi peeps!
First week of my school days as a practical counsellor had already completed. Menempuh 3 hari yang pertama agak sedikit mencabar. Lebih ke penat dan tak cukup tido. Mungkin bercuti 3 minggu yang membuatkan I lena sangat. Tapi sebenarnya a few days before I masuk kat sekolah, my life kat rumah a bit hectic. Banyak angkat berat-berat, tak cukup tido and not enough rest. Then, berlanjutan hingga ke hari sekolah. Gagahkan diri jugak ke sekolah with my red-dry eyes sampai cikgu-cikgu dan students naik takut tengok I. That is my major fears in the first place. Lebih-lebih lagi kalau buat sesi. Risau client kurang percaya dan takut tengok mata I yang merah-merah, yang disangkakan sakit mata. I can't avoid that. For me, rest means have enough sleep on my bed. So, mungkin 6 minggu yang akan datang my life will be stabil. Hopefully! *crossing my fingers*

Back to main story. First day kat sekolah rasa macam NAK BALIK RUMAH. Padahal, baru setengah jam, dah dok merengek-rengek kat Cik Nad untuk pulang ke rumah. *mentang-mentang rumah kau dekat!* Sebab? Kena transfer ke sesi petang sedangkan kami amik class disebelah petang. Ditambah pula kami memang dah tak boleh tangguh lagi untuk amik subject tu sebab tak nak extend 1 semester lagi. Tak perlu pun sebenarnya sebab jadual dah cantik-cantik je. Tak kacau orang bak kata Cik Nad. Jenuh turun naik tangga dan ke sana sini untuk dapatkan penyelesaian. We are almost 'get' a chance to change school!. It is not the best solution anyway. Sekolah dah okay sebenarnya. Maka, tak bolehlah angkat kaki atas sebab kena tukar ke sesi petang. Huhu. Sangat immature and unprofessional kalau buat macam tu. Am I right? Finally, we decided to stick with this school and 'hidup' dua alam. Isnin dan Rabu pergi sekolah sesi pagi. Selasa dan Khamis dok kat sekolah for the whole day from 7:20 a.m. until 6:40 p.m. Ni pun tak cukup lagi jumlah jam yang kena habiskan. Hopefully dapatlah settle (-_-!)

Sekarang ni, my another major concern is the shifting of my language. Belajar dalam English, sampai sekolah totally in Malay. Mungkin terlalu 'selesa' maka nak shift pun macam kelakar. Juga first time buat proposal dalam Bahasa Kebangsaan. Ada juga kata-kata sinis dari seseorang yang lagaknya kami ini 'bersalah' sebab belajar dalam English. Haish! Payah. Tapi tak apalah. Standart macam tulah. Takleh kata pape. Buat je sehabis baik!

Lain-lain perkara? Alhamdulillah banyak benda dah start buat. Cuma paling gerun bila nak buat sesi. Even though pernah buat with real people, tapi rasanya diri ni macam kecik je bila ada dalam bilik kaunseling. nak gunapakai teori pun entah bila nak selitkan. Taknak macam 'sembang-sembang makcik'! Mungkin I perlu berdikit-dikit dulu. Kasi panas dulu baru okay kot... Huhu. Insha'allah minggu depan Cik Nad and I akan bagi talks about "Belajar Kemahiran Belajar". Sounds like weird sebab gunapakai teknik tu pun hanya 20%. Selebihnya entah ke mana. hehe. Harap-harap tak bagi salah ilmu. Juga berusaha cari client! Menyelam sambil minum air.

Buat masa ni Cik Nad tinggal dengan I. Rumah family. Kadang-kala risau jugak if we ended up with arguments. Mau tinggal 6 minggu lagi, ma...! Kalau gaduh-gaduh mau tak haru dibuatnya. Nanti tinggal aje Cik Nad ke sekolah dengan berjalan kaki. Ngee~~ Tak pun suruh je dia tido dalam stor dengan hamsters. Hehe. *jangan risau, hamster I baik ye Cik Nad! Hehe*

Hari ni dah pun pagi Sabtu. Rasa singkat sangat masa nak bercuti. Lepas Zohor nanti nak keluar dengan orang tersayang. Dua bulan tak jumpa. Nak ikutkan badan penat tapi kalau tak jumpa, entah bila dia nak turun KL. Payah kalau macam tu. Masa itu penting. Sebab? I nak kejar banyak benda dengan kekurangan yang ada pada I. Harap-harap I dapat habiskannya (^_^)...

Before I forgot... I suka dapat title CIKGU sebab macam sweet je bila ada orang greet with that title. Cuma bila dah pegang title tu, banyak tanggungjawab yang kena pegang. Banyak juga beheviour yang kita kena jaga. Anak murid hanya kenal kita dari luaran kalau belum tahu dalaman... *aku tak merepek, okay?*

May 3, 2011

First Day of School~

Hi peeps!
Hari ni entry pendek je ye. Penat sangat. Mata pun dah tak mampu nak ngadap lappy lama-lama. Kabur. Penat sangat ni. Tilam dan bantal sudah memanggil-manggil. Nak tau lebih lanjut, sila ke blog Cik Nad ye. Dia sedang berusaha menulis entry macam karangan sekolah. Hehe. Jangan marah ye~!

Sekian. I mau tido. Nite semua~~!

May 1, 2011

Selamat Pengantin Baru, Puan Aien~

Salam~!
Huu~ finally dah kawen pun my BFF ni. Agak sedih gak sebab kawanku dah dicurik Inchik Khalik. Hehe. Anyway, I doakan depa semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga~ Juga dapat anak ramai dan sila cepat-cepat yer supaya I leh jadi aunty. Hehe.

*time selepas nikah. haish! tersilap hug. hehe*

*my ex-school mate... sekolah rendah, Shut*

*majlis resepsi sebelah Aien*

*majlis resepsi sebelah Khalik*

Thanks kawan-kawan sebab membenarkan I mencuri pictures ini. Hehe. Masa resepsi Aien tak dapat bergambar sebab protocol dari Istana Pahang. Ada orang penting yang hadir dari Pahang. Then, I pulak datang dengan family. So, takleh wat pape la... sob! sob! Jealous depa dok bergambar sakan (>.<)

Perempuan KL Liar. Jangan kawan dengan dia! Bahaya! Reti?

P/s: Kalau rasa tak sanggup baca, sila jangan baca sebab mungkin mengguris hati anda. I takkan bertanggungjawab yer. Apa yang I tulis adalah melalui apa yang I dan kawan-kawan I rasa. Tiada niat nak singgung hati sesiapa. Kami mungkin budak bandar, terlalu open-minded tapi kami tetap manusia biasa. Please be open ya'! Thanks for reading this...

Salam semua!
Agak-agak kalau anda seorang girl. Dok and lahir memang berstatus KL. Then kuar pulak statement diatas. Marah tak? Haish! Hang kira alien kalau tak da perasaan. So, itulah yang I dan kawan-kawan I dok berasa sangat ni. Banyak lagi yang buat terasa hati. Ni antara senarai statement yang agak EXTRA judgemental.
Perempuan KL ni...

~  liar sangat. Malam-malam clubbing. Subuh baru balik. 
~ tak reti masak. Kalau masak hangus!
~ mana reti nak mengemas rumah. Rumah macam sarang tikus!
~ dah tak ada nilai Kemelayuan atau tak kuat amalkan cara tradisional (termasuk bukan Melayu). Ala-ala semuanya Barat.
~ tak reti hormat orang tua.
~ tak reti pakai kain batik.
~tak reti menjahit. Kalau jahit pun senget. Pegang jarum pun keras!
~ asyik speaking London je memanjang. Mana reti cakap Melayu.

Hoho. Agak-agak sakit hati tak? Ni sekadar yang I selalu dengar. Hangin satu badan sebab I memang lahir kat KL. Nak tengok sijil lahir I pun boleh. I memang dah lama dok Selangor tapi sekolah kat KL. Bila terbaca statement member I (termasuk bukan Melayu) dan juga cakap-cakap orang, lalu I terpikir kejap. Jahat sangat ke girl KL ni. Macam hina sangat. So, I ignore. Tapi disini I nak jelaskan sikit ye...
Perempuan bukan asal KL juga...

~ ada yang liar. Nak-nak kalau culture shock dan dapat kawan yang salah. maka, mereka juga terpesong.
~ ada yang tak reti masak langsung. Masak pun boleh hangus. Mungkin sebab mak dia manjakan sangat kot...
~ tak berapa pandai mengemas. Rumah tunggang-langgang jugak. 
~ pun ada yang tak suka langsung pakai baju tradisional. Katanya old school sangat...
~ tak reti nak cakap baik-baik dengan parents sendiri.
~ mungkin dah moden sangat sampai tak pakai kain batik.
~ manalah ada masa nak belajar menjahit. Tempah aje... Lalu jari-jemari pun keras.
~ tak reti cakap Melayu dengan betul. Nak speaking London sekadar penambah rasa.

Well, apa pendapat anda? Rugi jadi manusia kalau tak mahu memahami orang lain sebab kita semua sama. Tak ada orang yang perfect. So, please don't be so judgemental. Not good for your heart especially from your heart. Learn to understand people better and you'll get in return in future.