P/s: Kalau rasa tak sanggup baca, sila jangan baca sebab mungkin mengguris hati anda. I takkan bertanggungjawab yer. Apa yang I tulis adalah melalui apa yang I dan kawan-kawan I rasa. Tiada niat nak singgung hati sesiapa. Kami mungkin budak bandar, terlalu open-minded tapi kami tetap manusia biasa. Please be open ya'! Thanks for reading this...
Salam semua!
Agak-agak kalau anda seorang girl. Dok and lahir memang berstatus KL. Then kuar pulak statement diatas. Marah tak? Haish! Hang kira alien kalau tak da perasaan. So, itulah yang I dan kawan-kawan I dok berasa sangat ni. Banyak lagi yang buat terasa hati. Ni antara senarai statement yang agak EXTRA judgemental.
Perempuan KL ni...
~ liar sangat. Malam-malam clubbing. Subuh baru balik.
~ tak reti masak. Kalau masak hangus!
~ mana reti nak mengemas rumah. Rumah macam sarang tikus!
~ dah tak ada nilai Kemelayuan atau tak kuat amalkan cara tradisional (termasuk bukan Melayu). Ala-ala semuanya Barat.
~ tak reti hormat orang tua.
~ tak reti pakai kain batik.
~tak reti menjahit. Kalau jahit pun senget. Pegang jarum pun keras!
~ asyik speaking London je memanjang. Mana reti cakap Melayu.
Hoho. Agak-agak sakit hati tak? Ni sekadar yang I selalu dengar. Hangin satu badan sebab I memang lahir kat KL. Nak tengok sijil lahir I pun boleh. I memang dah lama dok Selangor tapi sekolah kat KL. Bila terbaca statement member I (termasuk bukan Melayu) dan juga cakap-cakap orang, lalu I terpikir kejap. Jahat sangat ke girl KL ni. Macam hina sangat. So, I ignore. Tapi disini I nak jelaskan sikit ye...
Perempuan bukan asal KL juga...
~ ada yang liar. Nak-nak kalau culture shock dan dapat kawan yang salah. maka, mereka juga terpesong.
~ ada yang tak reti masak langsung. Masak pun boleh hangus. Mungkin sebab mak dia manjakan sangat kot...
~ tak berapa pandai mengemas. Rumah tunggang-langgang jugak.
~ pun ada yang tak suka langsung pakai baju tradisional. Katanya old school sangat...
~ tak reti nak cakap baik-baik dengan parents sendiri.
~ mungkin dah moden sangat sampai tak pakai kain batik.
~ manalah ada masa nak belajar menjahit. Tempah aje... Lalu jari-jemari pun keras.
~ tak reti cakap Melayu dengan betul. Nak speaking London sekadar penambah rasa.
Well, apa pendapat anda? Rugi jadi manusia kalau tak mahu memahami orang lain sebab kita semua sama. Tak ada orang yang perfect. So, please don't be so judgemental. Not good for your heart especially from your heart. Learn to understand people better and you'll get in return in future.
1 comment:
If could u see me, let me be me... simple...
Post a Comment