Hi peeps!
Dah lama tak berblogging. Busy dengan menjadi "Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling (BNK)" sepenuh masa. Rupa-rupanya penat juga menjadi seorang guru. Seharian di sekolah melayani kerenah para pelajar yang macam-macam dibuatnya. Sekarang ni masalah utama I adalah jam sesi dengan klien belum pun banyak. Baru 5 / 70 jam kredit. Bila dikira-kira, lepas ni kena bekerja keras setiap hari di sekolah selama 5 jam sehari untuk bersesi. Tak ada orang pun nak datang sukarela buat sesi individu dengan I. Kalau ada pun untuk group sahaja. Mungkin I belum cukup "pandai" tarik perhatian students masa relief class. Memang bukan pakar pun sebab mana pernah mengajar sekolah menengah. Setakat sekolah tadika je pun. Jarak umur sangat berbeza. Nak shift cara memang sangat payah. I pulak bukan jenis extrovert person. Nak menyembang banyak bukan cara I walaupun dah cuba banyak. Tapi apa-apa pun I memang cuba jadi diri sendiri walaupun pada pandangan orang lain mungkin kurang skill. Mungkin I ni layak jadi cikgu tadika je kot... huhu. Tapi tak apa. Not a crime for me. Cikgu tadika sebenarnya lebih penting dari cikgu sekolah menengah.
Hm... cakap tentang tadika atau pendidikan awal kanak-kanak, I sangat sedih dengan para pelajar yang masih tidah tahu membaca walaupun dah masuk form 1. Maka, pentingnya kehidupan masa kanak-kanak. Kena didedahkan dengan buku-buku. Kalau ibu bapa yang mungkin kurang mampu untuk hantar anak-anak ke tadika, sekurang-kurangnya ajarlah mereka membaca dirumah. I sangat sedih bila kena conduct student yang form 1 yang tak tahu membaca langsung. Salah siapa? I tak pasti sebab I sendiri belum jadi seorang ibu. Hanya seorang guru tadika pada masa lalu.
Impian I dah tercapai sebab I teringat kawan sekelas yang tidak tahu membaca. Kami sekelas selama 3 tahun. Selama 3 tahun tulah kadang-kala I akan ke meja tulisnya dan mengajar membaca satu persatu. Tulisannya... masya'allah~ sangat cantik dan kemas. Bukan setiap hari ajar membaca tapi bila terluang I akan ke mejanya. I selalu bawakan buku biru bertulisan besar untuk dibacanya. Dia tidak faham maksudnya sebab bahasa Malaysia buka bahasa ibundanya. I hanya nampak dia selama 3 tahun (form 1 - 3). Masa form 4, kelibatnya disekolah tak nampak pun. Mungkin berhenti sekolah. Dia seorang yang lemah-lembut, pendiam dan tidak banyak kerenah. Hingga ke hari ini I cuma berharap dapat berjumpa dengannya walaupun sekali. I nak tau sangat apa yang telah terjadi padanya selepas dia tidak bersekolah lagi. Harap-harap dia akan dapat pekerjaan yang baik dan sesuai untuk dirinya. Rindu akan kamu, Wei Kian...
4 comments:
Selamat Hari Guru! :D
cariklah kt pesbuk...HAHAHAHA
tQ @ahmad din~
@rashid: only if she already knows how to read...huhu
Post a Comment