Evening peeps!
Meh minum teh ais! ^_^ Tengah menjamu mata tekak sambil tunggu my parents to fetch me. Have to go home 'coz need to settle things by tomorrow. Sambil tu berblogging la. My baby lappy ada dengan I. Line pun sangat laju. Tapi battery pulak tak cukup nak 'survive'. Maka, I kena taip laju-laju! Owh! *dramatic*
Anyway, berkenaan dengan tajuk di atas. Setelah 4 minggu kat sekolah, I observe something. Ni dari pandangan I je. For counselling students, all these is just an additional issue or tips for all of you. You will never get this in any books! *setahu I ler. hehe* Let's begin...
~ Make Up
Hoho! Penting wo! Tapi taklah suruh make up tebal-tebal macam opera cina. Cukuplah sekadar pakai lipstik yang matching dengan warna kulit, blusher secukup rasa, eyeliner kalau perlu dan eye shadow. Tapi basically, lipstik dan blusher. Nampak comel gitu. *terbayang Cik Nad gi sekolah pakai gitu. ngee~ ehem! I straight ye!* Cuba bayangkan kalau gi sekolah dengan muka pucat lesi. Pastu pulak tak senyum. Haish! Orang lain akan nampak anda sakit or scary. Just pakai sekadar nak nampak lively je.
~ Pakai Baju Yang Bright (Ceria)
Cuba bayangkan kalau kita pakai colour yang dull dan hitam semuanya. Agak-agaknya ada tak orang yang 'berani' nak dekat dengan kita? Nampak kita macam rigid dan beri negative prediction. Am I right?
~ Senyuman Ikhlas
Senyum itu sedekah. Well, kat sekolah, my partner and I tak diperkenalkan pada guru-guru yang kat bilik guru. First day, terus terperap dalam bilik kaunseling. So, ubatnya, senyum kalau jumpa sesiapa. Macam I, seorang yang kurang ramah dan tak banyak cakap. My weapon is just a sincere smile. At least orang yang tengok kita tak takut nak tegur. Senyum aje kalau cikgu lelaki atau students lelaki. Bukan kira nak menggatal ye tapi first move untuk dapatkan potential clients. Hehe.
~ Always say YES!
Sebagai Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling, banyak benda yang kita tak tahu. Buku-buku kena tolak ke tepi sebentar. Bukan tak pakai langsung tapi pengalaman mengajar banyak benda. Kalau diberi apa-apa tugasan oleh guru kaunselor atau pihak atasan, always say YES. Never reject it! Kalau reject, aiseh... MELEPAS satu peluang. Ingat yer~
~ Kantin Sekolah
Ehem! Penting jugak ye. Kami pernah buat observation duduk kat kantin selama students gi rehat. Duduk kat barisan pelaja-pelajar lelaki lagi. Outcome: Lepas tu diorang boleh tegur kami dan senyum. Not a crime duduk bersama-sama students. No barrier between us. Okay?
~ Bilik Rehat Guru
Well, mula-mula dulu rasa a bit awkward. Macam semua mata tertancap kat I. Segan wo~~ hehe. Tapi ada bagusnya sebab masa tulah nak berjumpa dengan cikgu-cikgu lain. Dahlah kami ni terperap dalam 'gua' bilik kaunseling. So, nak bersosial, cuci mata, bergosip, beramah mesra, bertukar pendapat dan lain-lain lagi, ha... masa tulah. So, sila rajin-rajinkan diri untuk ke sana yer~
Okeh! Setakat ni tu je kot. From my observation. Tapi tak taulah orang lain pulak. Hehe. Kalau ada apa-apa tips lagi, sila bagi tau yer~ Selamat Membaca~ ^_^