Jul 31, 2011

Ahlan wa sahlan, Ya Ramadhan~

Hm... tau-tu je Ramadhan dah menjelma. Bulan yang ditunggu-tunggu untuk hadir. Dan ditangisi pemergiaannya. Maka, gunakanlah Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Cuma kali ni I tak merasa sangat kehadirannya macam tahun-tahun lepas. Ada kekurangan... 

Berpuasa tanpa arwah atuk. *walaupun bukan dapat berpuasa atau berbuka puasa kat rumah arwah* 
Terasa kelainan.

Selamat Berpuasa kepada semua ^_^

Jul 29, 2011

Boipren baru lagi BEST!

Ehem! Seperti yang diwar-warkan, I dah ada new relationship dengan somebody. I sayang je dengan yang lama ni. Bukan tak tak sayang. Cuma I perlukan sesuatu yang baru. Kadang-kala hancur hati I (belum berkecai) macam tumbuk bawang putih nak masak nasi goreng bila mengenangkan yang boipren lama I sangat berbeza dengan I. Kami berbeza dari segi...

~ Dia LELAKI dan I PEREMPUAN. Sudah pasti ye. 
~ Dia suka POKOK dan I suka MANUSIA. Err... I mean deal dengan human relationships or berkaitan dengan behaviour. Dia pula 'bermain-main' dengan alam. 
~ Dia suka SAYUR tapi I HATE sayur. 
~ I suka BAYAM, PETOLA dan BENDI. Tapi dia TAK.
~ Dia cakap bahasa SAINS dan I cakap bahasa SASTERA / SOCIAL SCIENCE. Macam ayam dengan itik.
~ Dia SUKA bersukan tapi I KURANG SUKA bersukan.
~ Dia tak reti nak PUJUK tapi I suka DIPUJUK.
~ Dia BENCI susu dan I suka sangat, sangat dan sangat dengan SUSU.

Maka, I decided pasang lagi sorang. Dan dia tak kisah pun I pasang lain. Dengan yang baru ni I leh bawa ke mana-mana sahaja yang I suka. Dia tak banyak mengomel atau mengeluh. Moga-moga kami berkekalan la ye~! Nak tengok tak rupa dia macam mana? Tapi pelik sket rupa dia. Macam baru buat pembedahan penukaran jantina pun ada gak. And we are in LOVE~ Teehehee~ Malu I~

Dan memperkenalkan boipren baru I...

Mr. Android P

p/s: Jangan terkeliru dengan realiti dan fantasi ye. Juga persamaan kami adalah... 
KAMI TAK SUKA BAWANG!

PERINGATAN: 
PERBEZAAN tak semestinya tidak boleh bersama dan PERSAMAAN tak semestinya boleh hidup bersama.

Sekian, terima kasih.

Jul 27, 2011

Koyak dan Menang!

"Hello amoi! Hello leng chai! I mau bagi satu barang. Ni you ambillah. Free punya! You koyak sahaja. Tengok ada ong ke tarak. Kalau ada, you boleh menang besar punya."

Ehem! Korang mesti boleh agak kan? Ala-ala gores dan menang. Huhu. Semalam I dok usha sorang leng chai sedang cuba nak cari mangsa. Mestilah cari amoi-amoi yang muka suci. Korang pun tau kan benda-benda gini adalah salah dan boleh ditangkap tau. Kes menipulah ni. Setiap orang mesti pernah terkena. I pun tak terkecuali. Bukan setakat gores dan menang je tapi banyaklah lagi.

Kisahnya I dengan Mr. F sedang menghilangkan penat lelah setelah bersakan shopping dari Jalan TAR - Masjid India - Central Market - Bukit Bintang. I je yang bershopping. Dia tak pun . Hehe. So korang mesti tau jejantas dari Times Square ke Low Yat tu kan? Bila nak turun tangga ke adalah leng chai yang tahan-tahan orang. Selalu je I terserempak dan terus berlalu macam tu je. Tapi kali ni, I duduk and usha depa dok mengayat orang. kebetulan I dok dengan Mr. F dan 2 orang pemandu diplomat yang sedang tunggu bos depa. I hanya jadi pemerhati. Yang lain dok bergossip 3 orang. I hanya respond dengan senyum je. Malas nak campur. Sambil tu usha leng chai ni nak mengayat orang dengan bagi benda. Nampak macam kad prepaid yang nak beli nombor tu. Orang tak nak and pulangkan. 

Tiba-tiba leng chai tadi dapat mangsa. Seorang amoi. Kami berempat pulak yang gelabah nak 'selamatkan' amoi tu dari kena tipu. Bila dapat peluang dia pandang ke arah kami, kami pun buat signal JANGAN. Bila leng chai tadi perasan amoi tu dok pandang-pandang belakang, dia ubah posisi. In the end, misi TIDAH BERJAYA! Hoyeah~~~!! Lepas amoi tu pergi, ada gak leng chai tadi dok usha-usha kami. Mesti geram. Huhu. Maaflah yer, leng chai~~

Dah habis drama, kami minta diri dengan 2 orang pemandu diplomat tadi. Tapi best gak lepak-lepak jap dengan diorang. Banyak benda belajar. Sorang tu ala-ala ada social trait. Sorang lagi tak sangat. I dok analisis orang masa depa bertiga dok berborak. Hehe. Best jugak jadi macam depa. Berjalan ke sana sini. Tapi kerja tak macam orang lain. Mesti diorang ni dah jauh berjalan. Banyak pengalaman dah kan?

Okaylah. I pun nak bagi YOU tengok sejenis barang. Jangan risau.
 Tarak tipu punya. Wa kasi tengok free. Hehe.


Korang suka? Bolehlah cakap dengan I tau~! Ni namanya hair clips. Bukan setakat letak kat rambut je tapi jadikan accessories tudung pun comel. Nak design lain? Warna lain? Boleh request. Jangan segan-segan yer~~

Jul 22, 2011

Dua dan Enam

Evening peeps!
Lately cuaca panas kan? Rasa tak mau kuar dari rumah. Memerap je bagi kulit bertambah cerah. Hehe. But yet, sweating all the time. Tapi alhamdulillah Malaysia ni tak macam kat Amerika Selatan yang cuacanya mencecah 40 darjah celcius sampai 6 orang dah meninggal disebabkan kepanasan melampau. Oleh itu, kena minum banyak-banyak ye ^_^

Anyway, I'm counting days... 22 hari je lagi nak masuk 26. A huge number for me. Dah tu pulak masa puasa. Tak apalah... amik berkat. Hehe. Back to my college days. Masa tu dalam 4 tahun yang lepas. I berangan nak kawen before 25 but then, now 22 days more nak masuk 26. Berangan (BUKAN SEKADAR BERANGAN TAPI MEMANG BETUL-BETUL NAK KAWEN) nak kawen sebab nak anak cepat-cepat. Nanti bila dah tua, umur anak tak jauh beza. Nampak macam adik and kakak. Berangan! Hehe. Mungkin terpengaruh dengan environment selalu jaga baby kot. Masa tu I dengan someone. Dah merancang pun nak bertunang tapi disebabkan sedikit komplikasi, maka tak jadi. I selalu cakap kat dia nak kawen cepat-cepat. Mungkin bukan jodoh dengan dia. So, we broke up in the end. A few days back, dia tanya I pulak, "Bila nak kawen? kata umur 25." Sinis betul gurauannya. Haish! Sabar jelah. 

Sekarang, my parents dok sebut-sebut bila lagi. I dah pekakkan telinga je. Dulu, bila I dah ready, tak menjadi. Tak ada jodoh. Sekarang, just go with the flow. Cuma kadang-kala tak nak bercuti lama-lama. Payah nak menjawab. Lebih baik begitu. Tak nak jadi anak derhaka. It's okay if my parents menyinggung perasaan I BUT hard for me to satisfy my parent's side and his side. Nasib baik juga I'm a counsellor-to-be. Gunakan skills dengan sebaik mungkin. BUT I'm just an ordinary girl too, right?

Jul 21, 2011

Kuih Raya

I seorang perempuan. Tak suka buat kek or biskut. Nak-nak time nak raya. Suka memasak masakan harian (macam lauk-pauk) dan pudding. It is not a crime. I have to learn but still don't like it. Ramadhan nak menjelma. Syawal pun menyusur sejurus itu. Tempahan kuih banyak. But yet still don't like it. Just not like it BUT not hate it. How was that?

Jul 20, 2011

Rewards

Evening peeps!
Hari ni panas je memanjang. I dah berapa hari entah berkurung kat rumah. Tak tengok cahaya matahari. Paling kuat pun gi belakang rumah, jemur baju. Dah macam vampire pun ada. Nanti kulit macam Edward Cullen *oowwwhhh~~ my darling~~*. Kulit glitter and shinning macam diamond. Boleh letak hantaran LEBIH 10k *take note that. ngeee~*. Lepas kawen, suami peraga isteri dalam bekas kaca. Hehe. Okay. Stop it Ruzanna Rahman. Berangan lebih. Kalau Mr. F baca ni, mau pengsan *ye ke????!!!*. I dah melalut lebih. Hehe.

Anyway, macam yang korang tau, praktikal dah habis (including case presentation and asg etc.). Before cuti, I dah cakap kat Cik Nad yang I nak reward myself. Then, I tambah lagi. Bagi banyak. Hehe. 

Reward yang wajib adalah: 
~ Keluar Dengan Mr. F (tunggu dia datang sini je. you tak datang, I kuar dengan orang lain. full stop). Kenapa wajib? Sebab...Long-Distance Relationship. Ada faham?
~ Menjahit. Tempahan tak banyak mana pun. Sekadar own satisfaction.
~ Update blog hari-hari (kalau boleh)

Yang harus:
~ Bershopping kat DAISO dan kedai bunga yang lain. Dah lama tak ke sana. Kerja I 'keluar' duit je. Hehe. Dah lama tak keluar beli-belah tau~~!
~ Makan aiskrim banyak-banyak.
~ Berinai. Bukan nak kawen ye. Rombongan meminang belum datang.
~ Habiskan baca buku-buku yang berkepam. Kalau dapat buku FIRAUN, sehari pun dah habis. Hehe.

Yang lain? Tengah fikir lagi. Penat dah menaip. Mau lunch. Da...



Jul 19, 2011

Blogger Yang Famous

Hi peeps!
Dah dinner? Kalau belum, bila nak dinner sekali, bolehlah ajak I join juga. Hehe. Anyway, sekarang ni I nak mengomel dulu. Dah lama I nak post entry macam ni tapi tak sempat. Banyak lagi benda nak dibuat. And then, I write this for my own satisfaction. Mungkin ada juga yang share perasaan yang sama atau pun pernah tulis entry yang sama macam I, silalah komen dibawah yer.

Okay. Macam yang semua dah tau (para-para bloggers), dalam dunia blog ni ada yang famous, ada yang tak dan ada je yang baru nak mulakan 'kehidupan' sebagai blogger tegar (macam I tapi dulu yer. hehe). Tapi yang I kurang gemar sebab dalam dunia ni ada yang suka dan ada yang haters. Biasalah tu tapi macam annoying jugak especially bila baca kat blog-blog orang lain. Sakit mata nak membaca dan sakit hati nak digest (bukan diperut untuk dimakan). Okay. Let me explain in further...

The Famous Bloggers:
Best je kalau jadi blogger yang famous. Setiap saat ada je yang nak membaca entry kita. Berbaloi menaip entry sebab ada yang membaca. Lepas tu ada pulak yang komen lepas baca. Bukan setakat seorang dua (dan selalu sangat tak ada) yang komen tapi berpuluh-puluh. Kadang-kala mencecah angka beratus-ratus. Seronok hati bila baca komen. Lepas tu pulak kadang-kala terserempak kat luar, boleh pulak ada yang cam kita. Ada sesetengah tu pulak dah famous sampai masuk tv, majalah dan etc. Ada jugak yang tau-tau je posmen bagi parcel dari peminat. Best kan? Dah macam celebrities pulak. TAPI yang tak bestnya ada HATERS. Okay. Fine. Cuma annoying bila 'mengomel' ada orang yang tak suka, terus post satu entry. Kalau satu je tak pe jugak tapi setiap kali ada orang yang komen macam-macam, ada je entry yang macam tu. Haish! Kalaulah 10 orang yang komen macam tu, 10 entry yang kurang senanglah akan dibaca. Kadang-kala nampak macam meminta simpati pulak. Please. Don't react. Just respond in another way. Yang tu fikir sendiri. Lepas tu kan, dah tak ada privacy kan nak mengomel yang bukan-bukan?

The Ordinary Bloggers:
Kepada si blogger tegar yang sekadar suka 'mengomel' setiap masa diblog, entry-entry disini bagaikan helaian-helaian kertas yang mencatat setiap yang dicoretkan. Lama-lama dah jadi ahli kelab blogger tegar. Hehe. Kalau nak mengomel pun, siapa peduli nak kena marah ke pe ke kan? Feel free to write. Dah macam pengganti buku-buku diary yang old skool tu. Hehe. Then, blogwalking ke blog-blog orang lain. Nak cari inspirasi dan benda-benda baru yang kadang-kala kita tak tau pun benda tu wujud. Kadang-kala macam tak logik pun ada. Huhu. TAPI yang part tak senang bila komen bukan-bukan. Blogwalking kat blog orang famous. Bila tak suka, dengki, sakit hati, jealous dan apa-apa yang berkaitan dengan hati busuk, komen yang tak elok. Sumpah seranah. Adoi! Macam budak-budak je. Ada tu pulak bila si Famous Blogger dah post ketidak senang hati pasal komen tu, terus balas komen. Komen yang bukan-bukan. Buat penat je. Baik gi tulis entry ke, pe ke yang lebih baik. Buang tenaga kamu je. 

Okay. Tu je kot. Ayat tunggang-langgang. Do I care? Well, I'm NOT.

Jul 18, 2011

Menjahit Itu Terapi

Hi peeps!
Hm... I baru je rasa sesuka hati bila dah dapat Hp Straps baru. Menukar ganti yang lama.
 Menarik tapi saje nak tukar accessories. Kali ni handmade lagi colourful. Macam gula-gula!! Hehe. 
Sebenarnya dah lama nak buat tapi tak sempat-sempat. Mujurlah ada masa. Hehe. 
Nak lihat hasilnya?...

Tada...!!!

Colourful tak?

Ada macam gula-gula tak?
Hehe.

Berminat? 
PM through my Inbox. 
Eh! Silap. Ni bukan fB. Hehe. 
Just drop your comment below this entry. Jangan pulak kat shoutbox sebab takut tak perasan.
Tak pun terus ke blogshop I ni (click here).

Hm... rugi tau kalau tak memilikinya. 
Arggh!!!

Tips: Hilangkan Make Up (Untuk Kulit Sensitif)

Hi peeps!
Entry kali ni I buat ala-ala girlish you~! *bajet!*
Sebenarnya dah lama nak post entry ni. Sekadar nak share tapi asyik busy je memanjang. Dok mengomel banyak-banyak dalam ni *eh! blog aku, suka hati akulah!*. So, tanpa lengahkan masa, tips ni memang sesuai untuk orang yang kulit sensitif (macam I) dan juga mungkin alahan pada mata (macam I juga). Nak-nak sesiapa yang dry eyes tu. Kalau pakai make up remover, kita kadang-kala was-was dengan bahan-bahan yang ada dalam tu kan. 

Mari I perkenalkan...


Yeah~~!!
TAPI tunggu dulu. Mungkin anda ingat I ni main-main. Serius ni. I suka baby shampoo sebab:

~ Tak pedihkan mata bila remove make up tang mata.
~ Ada sabun yang mencuci kulit sekali.
~ Bila dah sental pada muka, boleh bilas dengan air je.

Macam yang anda tahu, dah nama pun baby shampoo. So, orang dewasa pun boleh pakai. Betul tak? Kalau anda rasa-rasa macam akan keringkan kulit muka anda, pakailah pape yang patut. You know what I mean, right? So, okaylah. Tu je yang I nak share kali ni. 

Good Luck~!

Jul 15, 2011

Cikgu Ann Oh! Cikgu Ann

Hi peeps!
Dah tido? Ke susah nak tido? Hehe. Kalau payah sangat nak tido, meh singgah baca entry I ni. Hehe.
I pun susah nak tido sebab kena-teman-orang-lain-yang-belum-pun-tido. Ehem...! Hehe. Tengah dok melayan seseorang, tiba-tiba my EX-student chat dengan I. Dok elok-elok sembang, dia kata gini...


Okeh. Tapi yang peliknya, sape CIKGU NAN tu eh? Mana wujudnya? Ke dia nak cakap "cikgu DAN cikgu Nadiah? Bila I tanya balik, dia kata gini...


HOHOHO! Sila take note yer... Panggil je CIKGU NAN...
Adeh! Pape jelah yer... Tak apa. Cikgu maafkan. Hehe.
Tapi I paling touching part ni...



Okeh. Tido. Nite semua~


Confusing Dual Relationship

Evening peeps!
Dah lunch? Ke terus minum petang? Hehe.
Anyway, I nak bercerita sikit. I yang confuse sekarang ni. Tadi classmate Cik Aja (adik I) datang rumah. Buat projek sekolah. So, tak jadi masalah sebenarnya. Tapi yang jadi masalahnya, I sendiri yang confuse. Sebab? Diorang suma tu EX-students I. I confuse nak gelarkan diri KAKAK kepada Cik Aja atau CIKGU yang pernah mengajar kelas diorang? Adeh! Payah betul ni.

Okeh. Mungkin ada yang sedikit confuse. Terperangkap confuse dengan I. Hehe. Ceritanya macam ni...
I praktical baru-baru ni kat sekolah adik-adik I (Cik Aja and Mr. Aziq). Tapi awal-awal lagi I tak nak adik-adik I dikenali dengan ADIK CIKGU. Ala... macam ANAK CIKGU lah katakan. *sounds weird* Bukan tak bangga ada adik kat sekolah tapi I tak nak kawan-kawan depa dok labelling adik-adik I. Pity them. Kang diorang buat salah, dah pulak tak boleh nak marah-marah diorang pulak. Lagi pun I nak bebas. Tak nak sebab ada adik-adik, I kunun-kununnya senang nak buat practical kat situ. I pilih ke sekolah tu pun sebab penah jadi student selama sebulan kat situ. So, pape pun trial and error jelah. Jenuh jugak menyimpan rahsia. In the we get busted! Tapi bukan satu sekolah yang tau. Adalah 2 buah kelas sebab I relief class untuk both of my siblings! Macam tau-tau je. Hehe. Then, Penyelia Petang pun dah tau sebab ada sekali tu I kena bawa adik I balik sebab my grandpa has passed away. So, I yang kena uruskan. I still takleh lupakan muka diorang macam mana. Agak terkejut. Hehe. Maaflah, Penyelia Petang...

So, make it short. Tadi kawan-kawan Cik Aja panggil I CIKGU. Hm... belasah jelah. Hehe. Nak tergelak pulak. Muhahahahahahhahahahahaha! *buruk btul gelak. mau kena reject dengan lelaki encem. huhu*

Jul 12, 2011

Pengakhirannya~

Hi peeps!
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi  kerana I sangat, sangat dan sangatlah lega dengan situasi sekarang. Syukur bila semuanya selesai dengan baik. Siang tadi baru je selesai hantar segala assignments dan reports. Banyak habis duit kat situ tapi tak apalah. Belajar punya pasal. Lagi pun memang nak buat yang terbaik. Mesti ikut semua plan. Dan sekarang I tak sabar-sabar nak tunggu internship pulak. Nak rasa cabaran yang seterusnya. Hehe. 



Tapi baru lepas balik ni, ada rasa kerinduan especially to my partner, Cik Nad. Bekerja keras untuk beberapa bulan ni *macamlah lebih dari 6 bulan! huhu* Anyway, thanks to her because being supportive person especially during my hardest time even kadang-kala mungkin kurang sabar dengan beberapa perkara. So, sorry about that ya'! *Jangan babap I lepas ni Cik Nad!* Hehe.


And to all my juniors yang akan ke practicum tahun depan *kalau terbaca entry ni yer~*, GOOD LUCK to you~! Kalau nak bahan dari kami, MAAFKAN kami untuk beberapa sebab:

  1. Menjaga CONFIDENTIALITY clients dan apa-apa yang berkaitan dengan hal sekolah. Korang pun tahu kan~~ Hehe
  2. Setiap sekolah mempunya KEPERLUAN YANG BERBEZA. Contohnya sekolah A: memerlukan lebih banyak kemahiran belajar dan manakala sekolah B mungkin tak perlukan itu. Masa hari pertama, kami ada berbincang mengenai topik-topik untuk group counselling. TAPI tak guna langsung pun sebab sekolah memerlukan perkara-perkara lain...
  3. Wajib menjadi seorang yang berdikari sebab bila kat sekolah, semuanya buat sendiri dan belajar pengalaman untuk jadi berdikari. 
  4. Ada kemungkinan keperluan yang diminta oleh lecturer boleh berubah-ubah ikut perubahan. Mungkin sekarang Dr. kata kena buat semuanya. Mana tau time korang ada pulak yang dah diubah... kan? hehe



TAPI...
Kami tak kedekut untuk berkongsi cerita dan apa-apa information tentang practicum. Kami bersikap terbuka... *cuma jangan tanya soalan-soalan yang merepek-repek dah ler. hehe*. Juga guideline yang dah diberikan oleh Dr. Cumanya guideline yang kami dapat tak lengkap pun. Kami sendiri pun ada yang terkapai-kapai. Cuma banyakkanlah bertanya kalau tak nak sesat jalan. hehe.

Akhir sekali sebelum I masuk tidur, I satisfied bila requirement practicum I dah mencukupi. Malah terlebih sikit. My partner and I bekerja keras sampai 11 jam sehari untuk cukupkan semua tu:

~ Site Hours: 256++ (yang asal 250 hours)
~ Group counselling: 40++ (yang asal 30 hours)
~ Individual counselling: 70++ (yang asal 70 hours)

Hopefully apa yang kami dah buat berbaloi dengan markah yang kami akan dapat. Amin...

Okeh! Good Night~!


Jul 10, 2011

Journal: Final Week @SMKDE


Evening peeps~!
Pape pun, kalau nak baca, dah alang-alang tu bacalah sampai habis ye walaupun panjang. Huhu~

"Today was our last day at Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. With the mixed feelings, I was only could say it into a word; unpredictable. It is not some sort of negatives feelings to be describes, but most of it with satisfaction that I can’t describe with any suitable word. When I flash back from the first day of our practical in that school, I was about to ‘escape’ myself from that school. Many things were happened but finally until the end, my partner and I was managed to complete it. Until this moment, I feel that it is worth because I learn thousand things that I was unable to learn it by even thousands books. It gave me clear pictures about the reality as a counsellor at school.

*Maaf. Curi dengan kebenaran. Hehe~*

Even though during my practicum days always came across with many obstacle (almost every day my heart were pumping very hard as the signs that something will happen), but I was realized something that is very precious to be noted; be patient and always be positive. The major obstacle was losing my beloved grandfather during my first time celebrating Teacher’s Day as a teacher (even though just a practicum teacher / counsellor) for my whole life. I will remember it until my last breath and for me to regain my strength was a bit tough because I am in a grief situation. Since then, I learn to be always positive and try recovering or solving anything in a quick way but with calmness in it.


 My practicum days was also made me realized that I’m still lack of micro skills and unable to use fully of techniques and therapy that I am supposed to use. I used to feel down but I realized that to gain all of it, I need more time to do that. So many things that I need to prepare myself before my internship by next year. But at least I knew it earlier before it was too late for me. I feel grateful for that anyway even though it was quite tough for me to handle my own feelings. From there, I know it is ‘hard’ to be capable counsellor and to gain that, might be thousand times for me to experience it. I am half-way to end my life as a counselling students. In order to have that, I need to learn and get more experience for that.
My final week is full of sobbing and sadness due to handling my individual clients and group counselling. Most all of my clients who came with different background and story made me sinking into their own world. Perhaps, these made me more empathy and wanted so much to be with them and guiding them all the time. But unfortunately, with ethical bind and I am just an ordinary human, can’t do that to make any changes. Each of them including me, are the agents of ‘changes’ in order to have better life. They cannot run and hide but at least to solve it. It might be difficult when relates to the family members because they are unable to resolve it. The only things to solve are themselves. At least they are heading and aiming for a comfortable and bright future if they can endure it and strive for their life. We usually watch helpless and needy person in television, but in reality, we came across thousands of them. I learn for not sinking and cry together with them but endure, become a good listener and guide them into the right path.
 Finally, I will miss few magical words that I received every day when I am around at the school; ‘Assalamualaikum, Cikgu’, ‘Selamat Sejahtera, Cikgu’ and ‘Terima Kasih, Cikgu’. Those magical words made my day enlighten even I am in the mood of sad, stress, happy, and in any mood that I tried to encounter for 7 weeks. When I was in the first week, I can feel the awkwardness in receiving them but gradually I learn to love it. Sometimes some students just bow to me to show respect and still enough for me. I never skipped to reply all those magical words and even I am in a hurry, I look at them and gave a sincere smile. I love to smile even though some of them (who don’t know me very well) looked at me and put judgement that ‘I am proud, egoistic or arrogant’. By just a sincere smile, it shows warmth and acceptance from me with unconditional love."


p/s: Journal adalah part of my assignments yang berdozen-dozen. Masa mengarang journal ni, dah rasa seribu perasaan; baik negatif mahupun positif. Tapi I masih rasa suatu pengalaman yang baik untuk I belajar. For GUIDE students (junior), better prepare yourself because what you learn from books will never be the same. Don't play around because it is serious matter. Juga jangan tenggelam macam I. ngee~~

Jul 9, 2011

Lagu Untuk Adinda

Hello peeps! 
Dah lama tak berbelog. Busy sangat sebenarnya. Cuma nak buat reflection of feelings kat sini. Hehe. Dalam hati I ada taman bila terima ni kat Fb I. wooot! wooot! Hehe *gatai*


Oklah. Da...