"Hello amoi! Hello leng chai! I mau bagi satu barang. Ni you ambillah. Free punya! You koyak sahaja. Tengok ada ong ke tarak. Kalau ada, you boleh menang besar punya."
Ehem! Korang mesti boleh agak kan? Ala-ala gores dan menang. Huhu. Semalam I dok usha sorang leng chai sedang cuba nak cari mangsa. Mestilah cari amoi-amoi yang muka suci. Korang pun tau kan benda-benda gini adalah salah dan boleh ditangkap tau. Kes menipulah ni. Setiap orang mesti pernah terkena. I pun tak terkecuali. Bukan setakat gores dan menang je tapi banyaklah lagi.
Kisahnya I dengan Mr. F sedang menghilangkan penat lelah setelah bersakan shopping dari Jalan TAR - Masjid India - Central Market - Bukit Bintang. I je yang bershopping. Dia tak pun . Hehe. So korang mesti tau jejantas dari Times Square ke Low Yat tu kan? Bila nak turun tangga ke adalah leng chai yang tahan-tahan orang. Selalu je I terserempak dan terus berlalu macam tu je. Tapi kali ni, I duduk and usha depa dok mengayat orang. kebetulan I dok dengan Mr. F dan 2 orang pemandu diplomat yang sedang tunggu bos depa. I hanya jadi pemerhati. Yang lain dok bergossip 3 orang. I hanya respond dengan senyum je. Malas nak campur. Sambil tu usha leng chai ni nak mengayat orang dengan bagi benda. Nampak macam kad prepaid yang nak beli nombor tu. Orang tak nak and pulangkan.
Tiba-tiba leng chai tadi dapat mangsa. Seorang amoi. Kami berempat pulak yang gelabah nak 'selamatkan' amoi tu dari kena tipu. Bila dapat peluang dia pandang ke arah kami, kami pun buat signal JANGAN. Bila leng chai tadi perasan amoi tu dok pandang-pandang belakang, dia ubah posisi. In the end, misi TIDAH BERJAYA! Hoyeah~~~!! Lepas amoi tu pergi, ada gak leng chai tadi dok usha-usha kami. Mesti geram. Huhu. Maaflah yer, leng chai~~
Dah habis drama, kami minta diri dengan 2 orang pemandu diplomat tadi. Tapi best gak lepak-lepak jap dengan diorang. Banyak benda belajar. Sorang tu ala-ala ada social trait. Sorang lagi tak sangat. I dok analisis orang masa depa bertiga dok berborak. Hehe. Best jugak jadi macam depa. Berjalan ke sana sini. Tapi kerja tak macam orang lain. Mesti diorang ni dah jauh berjalan. Banyak pengalaman dah kan?
Okaylah. I pun nak bagi YOU tengok sejenis barang. Jangan risau.
Tarak tipu punya. Wa kasi tengok free. Hehe.
Korang suka? Bolehlah cakap dengan I tau~! Ni namanya hair clips. Bukan setakat letak kat rambut je tapi jadikan accessories tudung pun comel. Nak design lain? Warna lain? Boleh request. Jangan segan-segan yer~~
No comments:
Post a Comment