Ehem! Seperti yang diwar-warkan, I dah ada new relationship dengan somebody. I sayang je dengan yang lama ni. Bukan tak tak sayang. Cuma I perlukan sesuatu yang baru. Kadang-kala hancur hati I (belum berkecai) macam tumbuk bawang putih nak masak nasi goreng bila mengenangkan yang boipren lama I sangat berbeza dengan I. Kami berbeza dari segi...
~ Dia LELAKI dan I PEREMPUAN. Sudah pasti ye.
~ Dia suka POKOK dan I suka MANUSIA. Err... I mean deal dengan human relationships or berkaitan dengan behaviour. Dia pula 'bermain-main' dengan alam.
~ Dia suka SAYUR tapi I HATE sayur.
~ I suka BAYAM, PETOLA dan BENDI. Tapi dia TAK.
~ Dia cakap bahasa SAINS dan I cakap bahasa SASTERA / SOCIAL SCIENCE. Macam ayam dengan itik.
~ Dia SUKA bersukan tapi I KURANG SUKA bersukan.
~ Dia tak reti nak PUJUK tapi I suka DIPUJUK.
~ Dia BENCI susu dan I suka sangat, sangat dan sangat dengan SUSU.
Maka, I decided pasang lagi sorang. Dan dia tak kisah pun I pasang lain. Dengan yang baru ni I leh bawa ke mana-mana sahaja yang I suka. Dia tak banyak mengomel atau mengeluh. Moga-moga kami berkekalan la ye~! Nak tengok tak rupa dia macam mana? Tapi pelik sket rupa dia. Macam baru buat pembedahan penukaran jantina pun ada gak. And we are in LOVE~ Teehehee~ Malu I~
Dan memperkenalkan boipren baru I...
Mr. Android P
p/s: Jangan terkeliru dengan realiti dan fantasi ye. Juga persamaan kami adalah...
KAMI TAK SUKA BAWANG!
PERINGATAN:
PERBEZAAN tak semestinya tidak boleh bersama dan PERSAMAAN tak semestinya boleh hidup bersama.
Sekian, terima kasih.
4 comments:
HAHAHHAa
yepp, perbezaan sebenarnya lagik ok kot utk hidop bersama...
fuh!
neck tie mane..hehe
@aisha: ye...tp lg byk gduh adala...hehe
@anon: kan dah buat surgery tkr gender.hehe
Post a Comment