Sep 6, 2011

Anak Dara Pemalas

Assalamualaikum semua~
Dah lama I tak berblogging. Sibuk dengan urusan hal rumahtangga yang tak berkesudahan. Part-timer la katakan. Macam Cik Nad kata "berbakti untuk ibubapa". Cuti 2 bulan yang agak penuh. Ditambah pula dengan bulan Ramadhan dan persiapan menanti bulan Syawal. Alhamdulillah, dapat juga cuti seminggu. Sayang UIA lebih sebab 'memberi' cuti tambahan. ^_^

Selain tu, sejak habis praktikal baru-baru ni, I jadi EXTRA empathy. Mana taknya, sekarang tak boleh tengok orang susah sikit especially my mum yang kat rumah ni. Adik-adik I yang lain, typical-tradisional-Malay-man. The youngest sister, biasalah. Anak bongsu. Manja lebih. Yang kerjakan hal rumahtangga ni, harapkan my mum sorang je. Orang lelaki ni bukan tau apa. Ingat kerja-kerja kat rumah ni macamlah mudah. Senang nak uruskan. Haish! Typical minded! So, rutin harian memang pack. Dibulan puasa, tak payah cakaplah. Pagi-pagi I dah mengerjakan jahit kraf. Tu pun minggu pertama je. Hari lain, tolong my mum buat kuih. Bila pukul 4 je, ready kemas-kemas. Then, masak untuk berbuka. Malam-malam, dah flat. Alhamdulillah, sekarang ni macam dah relaks sket. Tu pun kena tolong-tolong sket buat kuih sebab ada tempahan lagi. Nak ikutkan tak sanggup dah. Huhu. Sampai la ni, ceq muak dah makan biskut. ^_^

Then, ditambah dengan bekerja keras membanting tulang di rumah Opah. Adeh! Haru~~ Dibuat pula dengan "tiada anak-anak dara yang berkelayakan" untuk bersama-sama membanting tulang. *paham-paham sendiri*. I pun tak berkelayakan juga. Maklumlah I budak bandar. Typical people said that "anak dara bandar tak reti buat kerja rumah". Tapi yang peliknya *from my observation* kan... anak dara kampung pun sama je. I assumed that they are much expert bila menguruskan hal rumahtangga. Ada yang lagi teruk pun ada. So, lelaki-lelaki diluar sana, jangan ingat anak dara bandar tak reti buat kerja yer~ Juga I kurang gemar typical-tradisional-Malay-man. Bukan tak suka. Cuma kurang gemar. Harap maklum ^_^.

Sekarang, selepas terlebih buat kerja, I demam. Sekarang bertemankan hot porridge. Minum kopi pun payau T_T *help~*

Tak terlambat kan nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin~"

3 comments:

fairus said...

KALAU ADA ANAK DARA PEMALAS, EMAK BAPALAH YANG KENA ASUH SUPAYA DIA JADI RAJIN... :)

Ruzanna Rahman ~♥ said...

yup! tp payah gak nk asuh klu dh liat..huhu

kadri azmi said...

selamat hari raya maaf zahir batin...