Assalamualaikum...
Okay, masa untuk I menulis entry official yang pertama untuk tahun ini.
Seperti tahun-tahun sudah, I taklah menetapkan azam baru sebab nanti tak tercapai.
Memang betul kita mesti ada azam atau pun perancangan tapi tidak bagi I.
Tapi tak bermakna I tak ada impian.
Cumanya... yelah.
Takut tak terkejar.
Huhu...
Anyway, tahun ni I bakal menerima geng-geng baru yang berstatus kepunyaan orang atau isteri orang.
Can't wait for that! ^^
Bila bercakap pasal status ini, ramai yang memberi pendapat masing-masing.
Ada yang prefer untuk bercinta dahulu baru bercinta cara yang halal atau cinta yang halal selepas berkahwin tanpa bercinta dahulu.
So, apa pun yang anda pilih, itu semua ditangan anda.
Kalau I?
Well, frankly speaking, kami berkawan hampir 3 tahun tapi meletakkan hati didalam keadaan yang moderate.
Tiada yang lebih.
Mungkin takut kecewa dan hubungan sebelum kahwin sememangnya bukan sesuatu yang pasti.
Pada ketika itu masing-masing berjaga-jaga dalam hubungan supaya tiada yang terluka.
Tapi apa yang telah tertulis dan doa I dulu-dulu, I mahukan nikah itu secara yang baik dan cepat.
Dan siapa tahu I dapat apa yang I nak.
Juga sebagai orang Muslim, solat istikarah itu penting sebab perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Besar tanggungjawabnya.
Lain juga "treatment" nya.
Selama masa yang tidak berapa banyak ini,berkecimpung dalam dunia sebagai kaunselor, memang selalu deal dengan parents.
Mencabar dan tercabar.
Disitu I nampak hubungan suami isteri itu penting untunk masa akan datang lebih-lebih lagi dalam pemilihan pasangan.
Kaca? Cantik? Pandai? Kaya?
Tepuk dada, tanya hati...
Pada I, I perlukan seseorang yang memahami I lebih-lebih lagi I ni jenis yang agak "fragile".
Perlukan suami yang sanggup melayan kerenah dan kekurangan I itu.
Alhamdulillah masih lagi dapat kekal.
Cuma kadang-kala termakan juga kata-kata orang, "Ala... baru kahwin... Lama-lama nanti tahulah."
Memang mencabar hati ini takut-takut kalau... *tak dapat nak teruskan ayat ini*
Alhamdulillah diatas nikmat mengurniakan I seorang suami walaupun kami terpaksa PJJ dan Cinta antara benua.
Mana ada situasi yang I tak menangis sebab berjauhan.
Opps! Bocor sudah.
Hehe...
Kadang-kala agak cemburu tengok rakan-rakan update status rindu dengan suami yang berjauhan negeri atas urusan kerja.
Dekat je pun tapi hakikatnya I tahu macam mana perasaan itu.
Cuma jarak, keadaan kewangan dan masa yang jadi penentu.
Dan untuk tahun ini, kalau I ada azam pun, mungkin ini je matlamat yang I nak; experience pregnancy.
Agak stress sebenanrnya.
Mulut orang tak boleh nak ditutup daripada bertanya.
Dulu sibuk tanya bila nak kahwin.
Sekarang?
Rezeki belum tahu lagi...
Cuma masih boleh cover sebab alasan suami jauh atau I yang jauh.
Bila fikir umur, perempuan ni ada limit umur untuk pregnant.
Berdoa agar rezeki itu ada ^^
So, itu sebab I sukar untuk berazam untuk tahun ini.
Sesuatu yang tak pasti ^^
Jadi, apa azam anda?