Jan 31, 2010

Assignment Marathon!

Hampir seminggu sudah berlalu.Lama juga eh tapi apa yang Ann dapat? Well, sedikit sahaja kot. Lebih banyak terperap dalam rumah dari keluar rumah. Tak banyak kena cahaya matahari (agak-agak semakin cerah tak kulit saya? tak perlulah pakai krim pencerah kulit) dan semakin tembam (banyak menikmati my mother's homemade dishes). Bermula dari Sabtu minggu lepas, hanya keluar ke Shah Alam, menikmati kawasan Selayang dan tidak lupa berjalan-jalan sekitar kawasan rumah. Bunyinya seperti agak membosankan tetapi Ann prefer begitu. Ann bukanlah jenis yang "kaki keluar", so lebih baik berehat di rumah sahaja. Tidah perlu keluar duit, mengerah banyak tenaga dan mangambil masa untuk keluar. Lagi pun Ann sentiasa busy bila berada di fakulti. Bermula episod baru, setiap hari di fakulti, dari pagi sehingga kadang-kadang lewat malam. Agak memenatkan but I enjoy it so much. Prefer to be workaholic lady! So bila dah dapat cuti, kenalah menikmatinya dengan baik. Mungkin anda tidak bersetuju dengan kata-kata Ann. So, terpulang pada keselesaan masing-masing kerana setiap orang berbeza dan unik! Bermula minggu depan, ehidupan kembali busy dengan pelbagai perkara. Disaat ini sedang bermarathon dengan assignment, quiz, mid term exam dan segala benda dan perkara yang PATUT ada pada seorang pelajar. Enjoying myself to the fullest! (sekarang dah jadi n3 merepek ^_^)

2 comments:

nadia said...

saya balik cuti ni pun, buku tak sentuh langsung. macam mana bawa balik penang, macam tu la bawak balik ke uia semula :)

sy setuju ngan awk. cuti adalah cuti. masa ni la nak rehat ke apa. so, we should enjoy our holiday.

Anonymous said...

fight for your life syg